Search Filters
Tapisan Carian

Keputusan Carian : [Seni Persembahan] 211

Susunan :

TARIAN JOGET JOHORE SPORTS CLUB

Seni Persembahan >Tarian

"Joget Johore Sports Club" ialah salah satu lagu yang mengiringi tarian joget, sejenis tarian tradisional Melayu yang popular di Malaysia, khususnya di negeri Johor. Tarian joget dipercayai berasal daripada tarian Portugis, Branyo, yang diperkenalkan semasa era penjajahan Portugis di Melaka. Sejak itu, joget telah berkembang dan menjadi sebahagian penting dalam budaya Melayu, dengan pelbagai lagu seperti "Joget Johore Sports Club" dicipta untuk mengiringi tarian ini.

Tarian ini mula dipersembah semasa Majlis Santapan Keraian DiRaja Johor, yang menggunakan lagu ghazal Johor berentak joget berjudul Johore Sport Club ciptaan “Bapa Ghazal Johor” iaitu Allahyarham Tuan Hj. Musa bin Yusuff @ Pak Lomak.

Awalnya tarian ini tidak mempunyai ragam khusus kerana ia ditarikan secara spontan seperti joget lambak. Pergerakannya mengikut rentak dan tempo lagu muzik yang dimainkan. Ragam tarinya adalah ragam asas joget, serampang, kunang-kunang mabuk dan diakhiri dengan terancang. Gerak tarinya memperlihatkan kelembutan dan kesantunan yang sinonim dengan masyarakat Melayu.

• 2

• 3812

TARIAN PIRING

Seni Persembahan >Tarian

Penghijrahan masyarakat Minangkabau ke Negeri Sembilan telah membawa bersama mereka warisan budaya, termasuk seni tradisional seperti Tarian Piring. Dalam budaya Minangkabau, tarian ini juga dikenali sebagai Tari Piring dan merupakan seni tari milik masyarakat Minangkabau yang masih dipraktikkan oleh penduduk Negeri Sembilan. Tarian Piring ini dipercayai telah dibawa oleh masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat sewaktu mereka berpindah ke Negeri Sembilan.

Sejak itu, Tarian Piring telah diterima sebagai sebahagian daripada adat istiadat, khususnya dalam majlis perkahwinan yang melibatkan acara pertandingan dan persandingan dalam masyarakat Negeri Sembilan. Tarian ini memainkan peranan penting dalam tradisi perkahwinan Melayu di Negeri Sembilan. Bagi memastikan kelangsungan warisan ini, Tarian Piring telah diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara pada tahun 2015.

• 0
• 5187

MARHABAN

Seni Persembahan >Muzik

Marhaban adalah salah satu bentuk persembahan kesenian Islam yang popular di negeri Perak. Perkataan ( بحرم) “Marhaba” berasal daripada perkataan kata kerja bahasa Arab ( بحر) “Rahaba” yang bererti lapang dan luas. Ia membawa maksud ucapan selamat atau hormat  yang  diucapkan  bagi  mengalu-alukan seseorang  ketika  bertemu  juga  ada  yang menterjemahkan ungkapan ini kepada “selamat datang”.

Marhaban merujuk kepada sebahagian bacaan yang terbit daripada Rawi (bab) keempat dalam kitab Majmu’ah Maulud Sharaf al-Anam. Ia bermula pada rangkap kelapan, khususnya ketika tiba pada ayat yang menyebut tentang kelahiran Rasulullah SAW iaitu “Baginda dilahirkan”. Pada bahagian ini, para pendendang dan hadirin akan berdiri bersama-sama untuk melantunkan nyanyian yang dikenali sebagai Marhaban. Lagu nyanyian tersebut terkenal sehingga ke hari ini iaitu;

Thala'al Badru 'Alayna, Min Thaniyyatil Wada'

Wajabash Shukru 'Alayna, Ma Da'a Lillahi Daa'

Tradisi ini popular dalam kalangan masyarakat Melayu, kerana ia melambangkan penghormatan dan kegembiraan terhadap peristiwa kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, menjadikannya elemen penting dalam pembacaan kitab tersebut.

• 3
• 11928

GENDANG URUMEE MELAM

Seni Persembahan >Muzik

​Urumee Melam merupakan alat seni pergendangan tradisional yang berakar umbi daripada warisan budaya masyarakat Tamil di India Selatan, khususnya dari wilayah Tamil Nadu. Ia tergolong dalam keluarga alat membranofon, iaitu alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui getaran membran atau kulit yang direntangkan. Urumee Melam mempunyai badan berbentuk silinder yang diperbuat daripada kayu atau logam, dan kedua-dua hujungnya dilitupi dengan kulit haiwan. Ia dimainkan dengan menggunakan tangan dan kayu pemukul, dan biasanya disangkut pada badan pemain dengan tali atau kain bagi membolehkan ia dimainkan secara bergerak. Teknik pukulan yang digunakan membolehkan pemain menghasilkan ritma kompleks dan nada bergulung yang berterusan, menjadikannya berbeza daripada kebanyakan alat pergendangan lain.

Alat gendang ini diperkenalkan ke Tanah Melayu sekitar abad ke-19 melalui gelombang penghijrahan masyarakat India yang datang untuk bekerja di sektor perladangan dan pembinaan. Sejak itu, Urumee Melam telah menjadi sebahagian penting dalam upacara keagamaan Hindu di Malaysia, terutamanya dalam sambutan Thaipusam, Pongal, dan perarakan kavadi. Irama dan pukulan yang mengasyikkan daripada gendang ini sering kali mencipta suasana rohani yang mendalam, menyatukan komuniti, serta menyemarakkan semangat keagamaan dalam kalangan penganut.

Kini, Urumee Melam tidak hanya dihargai oleh masyarakat India, tetapi juga diminati oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang ingin memahami, menghargai dan memelihara keunikan warisan budaya ini. Ia menjadi contoh nyata bagaimana seni muzik tradisional bukan sahaja mampu menghubungkan manusia kepada kepercayaan dan akar budayanya, tetapi juga sebagai jambatan perpaduan dan kefahaman antara komuniti.

• 9
• 7906

TARIAN RAMBONG

Seni Persembahan >Tarian

Tarian ini merupakan tarian yang begitu popular dalam kalangan masyarakat Siam yang tinggal di negeri Kedah dan sering ditarikan di majlis-majlis keramaian. Tarian ini merupakan tarian yang begitu popular di thailand semasa mereka menyambut perayaan Loy Krathong yang merupakan satu perayaan yang disambut oleh penganut Agama Buddha Siam semasa bulan purnama pada bulan 12 takwim Qamari Thai. Perayaan tersebut dikenali sebagai Loy Krathong di mana loy bererti mengapung dan krathong bererti bekas daun pisang berbentuk teratai. Ianya juga ditarikan oleh Etnik Siam yang tinggal di Negeri Kedah dan menjadikannya popular serta sering ditarikan di majlis-majlis keramaian.

Sejarah Tarian Rambong di Kedah berkait rapat dengan pengaruh budaya Melayu dan Hindu, serta unsur-unsur keagamaan yang dibawa oleh pedagang Arab dan India pada abad ke-15. Dalam perkembangan seterusnya, Tarian Rambong telah mengalami beberapa penyesuaian, namun masih mengekalkan elemen-elemen tradisional yang menjadi ciri khas tarian ini.

• 0
• 2887

ORKESTRA TRADISIONAL CINA TEO CHEW

Seni Persembahan >Muzik

Orkestra Tradisional Cina Teo Chew (atau Teochew dalam ejaan lain) adalah salah satu bentuk orkestra tradisional yang berasal dari kumpulan etnik Teochew (Chaozhou) di wilayah selatan China, terutamanya di wilayah Guangdong, serta kawasan-kawasan sekitar di Asia Tenggara. Orkestra ini memainkan muzik tradisional Teochew yang kaya dengan melodi, irama, dan alat muzik khas yang mencerminkan budaya masyarakat Teochew.

1. Asal Usul dan Sejarah

Kumpulan Etnik Teochew: Kumpulan etnik Teochew adalah sebahagian daripada kumpulan Han Cina dan berasal dari kawasan Chaozhou di wilayah Guangdong, selatan China. Mereka mempunyai bahasa, adat, dan muzik yang tersendiri.

Pengaruh Muzik Teochew: Muzik Teochew telah berkembang dengan pengaruh dari muzik tradisional Cina secara keseluruhan, tetapi dengan ciri-ciri yang unik. Asal-usul orkestra Teochew dipercayai bermula sekitar dinasti Tang dan berkembang pesat pada dinasti Ming dan Qing. Di kawasan Chaozhou, muzik ini digunakan dalam pelbagai majlis sosial, keagamaan, dan perayaan.

Penyebaran ke Asia Tenggara: Pada abad ke-19 dan ke-20, ramai orang Teochew berhijrah ke negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Thailand, dan Indonesia. Mereka membawa bersama tradisi muzik mereka, termasuk orkestra Teochew. Di Malaysia dan Singapura, orkestra ini terus berkembang dan menjadi sebahagian daripada budaya Cina tempatan.

• 0

• 3257

TARIAN ZAPIN TANJUNG LABOH

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Zapin Tanjung Labuh berasal dari Kampung Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor. Tarian ini menampilkan keunikan tersendiri kerana ia hanya dimainkan oleh penari wanita, memperlihatkan gerakan kaki dan langkah gantung yang halus serta tertib.

Tarian ini dinamakan sempena Kampung Tanjung Labuh dan diwarisi oleh keluarga Salmah binti Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Mak Salmah. Zapin ini pada asalnya diperkenalkan oleh Mahmud bin Muhaban, atau Cikgu Mahmud Awang, sebelum diwariskan kepada Abdul Aziz bin Boon. Mak Salmah kemudian mempelajari dan meneruskan tradisi ini, seterusnya memperkembangkannya di kalangan ahli keluarganya. Zapin Tanjung Labuh mula mendapat perhatian awam selepas penyertaannya dalam Pertandingan Zapin Negeri Johor pada akhir tahun 1990-an.

Pada mulanya, Zapin Tanjung Labuh dimainkan secara tidak formal oleh penduduk kampung, biasanya secara berpasang-pasangan (berdua atau berempat), tanpa koreografi yang tetap. Ia sering dimainkan dalam majlis perkahwinan dan keramaian keluarga. Namun, Mak Salmah telah memperkenalkan penyesuaian dengan menjadikan tarian ini eksklusif dimainkan oleh wanita, mencerminkan unsur keanggunan wanita dalam persembahan.

• 0

• 2827

Tarian Sigar Tolak Bala

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Sigar Tulak Bala merupakan salah satu warisan budaya penting dalam kalangan masyarakat etnik Bidayuh di Sarawak. Tarian ini lazimnya dipersembahkan selepas berakhirnya musim menuai sebagai sebahagian daripada ritual keagamaan dan kepercayaan tradisional bagi menghalau roh-roh penyakit yang dipercayai berkunjung ke kampung. Menurut kepercayaan masyarakat Bidayuh, kemunculan makhluk halus yang dikenali sebagai “Mindo Ngolah” bersama jelmaan roh-roh yang dipercayai mampu membawa penyakit, malapetaka, serta kesialan kepada penduduk sekiranya tidak ditangani melalui ritual tertentu.

Sepanjang pelaksanaan ritual ini, “Tua Gawai” iaitu ketua upacara yang dipercayai memiliki kebolehan untuk berinteraksi serta melihat kehadiran umot-mindo (roh-roh) akan memimpin tarian bersama sekumpulan penari. Dalam gerakan tarian tersebut, para penari akan meniru suara “Umot-Mindo” sebagai usaha untuk menenangkan, memujuk, dan mengiringi roh-roh tersebut supaya kembali ke habitat asal mereka di lautan, mengikuti Mindo Ngolah dalam keadaan gembira dan tenteram.

Pelaksanaan upacara ini turut melibatkan penggunaan beberapa objek ritual seperti kelapa muda, mayang bai, lilin yang diperbuat daripada minyak kelapa panyut, bakul anyaman buluh yang disebut sebagai “Taya”, serta replika perahu yang dikenali sebagai “Ajung”. Di dalam Taya dan Ajung tersebut akan dimuatkan pelbagai jenis makanan yang dikenali sebagai “Sadis” untuk santapan kepada roh-roh berkenaan. Selain berperanan dalam usaha menolak bala penyakit yang menimpa manusia, tarian ini turut diamalkan dalam usaha menghalau penyakit tanaman dan perosak padi.

• 13
• 5624

TARIAN ZAPIN SINDANG

Seni Persembahan >Tarian

Zapin Sindang berasal dari Kampung Sindang, Samarahan, Sarawak, diasas oleh Encik Nawi yang juga berasal dari kampung tersebut.  Tarian ini mempunyai tiga ragam gerak iaitu ‘ragam sembah’, ‘ragam poko’ dan ‘waina wailed’ atau ‘waina tahtim’. Tarian yang diiringi dengan muzik berentak zapin ini dipercayai berasal dari tanah Arab dan dibawa masuk ke Sarawak menerusi Sambas dan Serasan di Kalimantan, Indonesia. Tarian ini dipercayai juga dapat membantu menyebarkan agama Islam di Borneo.

• 0

• 2455

DENDANG SITI FATIMAH

Seni Persembahan >Muzik

Dendang Siti Fatimah merupakan sebuah syair tradisional yang sarat dengan nilai-nilai keislaman dan kemanusiaan. Dendangan ini menjadi amat popular di negeri Perak terutamanya ketika adat Berendoi (adat naik buai)ataupun masjlis cukur jambul.

Berakar umbi dari Tanah Arab, syair ini dipercayai bermula sejak zaman Rasulullah SAW, dilagukan oleh sembilan bidadari untuk anakanda-anakanda baginda. Syair ini kemudiannya diwarisi oleh Saiyidatina Fatimah az-Zahra, yang mendendangkannya kepada anak-anaknya, Saidina Hassan dan Saidina Hussin, untuk menidurkan mereka. Sejak itu, syair ini dikenali sebagai Dendang Siti Fatimah, melambangkan kasih sayang dan kelembutan seorang ibu.

Seni kata asal syair ini disusun dalam bahasa Arab dan mengandungi puji-pujian kepada Rasulullah SAW. Ia juga menyentuh aspek kehidupan seorang ibu, bermula dari saat kehamilan, kesulitan melahirkan, sehingga kepada pengorbanan membesarkan anak. Dendangan ini turut mengandungi pesan-pesan nasihat yang mendalam, mengingatkan anak-anak tentang kepentingan menghargai ibu bapa serta menjunjung nilai kasih sayang dan rasa syukur.

Di Nusantara, Dendang Siti Fatimah telah melalui proses asimilasi budaya, di mana lirik-liriknya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan diolah sesuai dengan budaya setempat. Walaupun mengalami adaptasi, ia tetap mengekalkan intipati keindahan dan pesan moral yang menjadi tunjang warisan seni ini. Kini, Dendang Siti Fatimah bukan sekadar sebuah syair, tetapi simbol warisan seni yang menghubungkan generasi masa kini dengan nilai-nilai tradisi dan agama di negeri Perak.

• 3
• 2868

TARI SANGGUL LINTANG

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Sanggul Lintang Melaka merupakan tarian tradisional yang berasal dari negeri Melaka (Malacca). Tarian ini berakar umbi dalam budaya Minangkabau, yang merupakan sebahagian daripada warisan budaya Melayu yang lebih luas di rantau ini. Sanggul Lintang merujuk kepada gaya rambut tersendiri yang sering dipakai semasa persembahan, di mana rambut digayakan dalam sanggul khas, menyerupai "bintang" atau "lintang".

Tarian ini merupakan persembahan yang anggun dan menonjolkan nilai tradisi, adat resam dan keindahan estetika rantau ini. Pergerakan ini dicirikan oleh gerak isyarat yang clembut dan rumit yang sering menyatakan rasa hormat, layanan mesra dan rahmat, dan secara tradisinya dilakukan semasa majlis upacara atau kebudayaan, seperti perkahwinan. Namun ada yang menyatakan Sanggul Lintang adalah hiasan  kepala yang digunakan oleh golongan masyarakat Baba dan Nyonya. Sanggul lintang berada di belakang kepala, terdiri atas dua bagian dan diikat di tengah-tengah. Sanggul Lintang diperbuat daripada gabungan tembaga, emas dan suasa ini memang menjadi lambang kemegahan adat resam orang Melayu khususnya ketika istiadat persandingan masyarakat Melayu Melaka zaman dahulu kala.

Pada zaman dahulu, pemakaian sanggul sering dikaitkan dengan keperibadian wanita. Di sinilah letaknya keistimewaan sanggul untuk dandanan rambut di majlis perkahwinan pada zaman dahulu. Di samping itu, ramai yang mungkin tidak sedar bahawa terdapat lebih pelbagai motif corak bunga yang dijadikan hiasan cucuk sanggul. Antaranya motif corak bunga Senayan, bunga Sundah Belum, bunga Kekwa, bunga Putih Pendek dan bunga Paku Putih Panjang. Kesemua motif corak ini berdasarkan kepada tumbuh-tumbuhan semulajadi yang tumbuh meliar di dalam hutan.Disebakan keunikkan Sanggul Lintang yang luar biasa. Maka wujudlah Tari Sanggul Lintang bagi menunjukkan keindahan Malam Berinai bagi masyarakat Melayu Melaka. Gerak tari ini menunjukkan keceriaan pengantin dan menunjukkan tingginya nilai busana Baju Pengantin Budaya Melaka.

• 0

• 7477

KERONCONG DI SELANGOR

Seni Persembahan >Muzik

Keroncong ialah seni muzik tradisional yang dipercayai berasal dari Indonesia, khususnya Pulau Jawa dan telah berkembang menjadi sebahagian seni tradisional penting dalam landskap muzik Malaysia. Irama dan lagu keroncong dikenali kerana kelembutannya yang biasa dimainkan menggunakan alat muzik yang dipetik dan digesek. Sehubungan dengan itu, Kamus Dewan Edisi Ketiga menjelaskan maksud keroncong sebagai irama dan lagu Melayu yang lembut.

Sejarah muzik keroncong bermula pada abad ke-16, ketika penjajah Portugis memperkenalkan alat muzik seperti Cavaquinho dan gitar kepada penduduk tempatan di Nusantara. Pengaruh ini melahirkan genre muzik yang kemudian dikenali sebagai keroncong. Sehinggalah pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, irama muzik Keroncong mulai berkembang di Malaysia melalui penghijrahan masyarakat Jawa ke Tanah Melayu, terutamanya ke negeri Selangor dan kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia. Mereka membawa bersama budaya dan seni

muzik mereka, termasuklah keroncong yang kemudiannya diterima baik oleh masyarakat tempatan. Seiring waktu, muzik keroncong di Selangor telah mengalami evolusi dengan menggabungkan elemen tempatan sambil mengekalkan bentuk asalnya.

• 14
• 5967