Tarian Bubu, juga dikenali sebagai Lukah Menari, adalah
salah satu tarian rakyat tradisional negeri Perak. Tarian ini dikenali sebagai
Tarian Bubu kerana peralatan utamanya adalah bubu atau lukah. Konsep ini
dipercayai telah digunakan sejak lebih seratus tahun lalu.
Tarian Bubu mempunyai banyak mitos tentang asal usulnya.
Salah satu yang paling digemari ialah kisah tiga pemuda yang sesat di dalam
hutan semasa membubu di sungai. Mereka berehat di bawah sebatang pohon dan
mendengar seorang perempuan menyanyi di atas pokok berhampiran. Mereka
menghampiri wanita itu dan bertanya bagaimana mereka boleh keluar dari hutan
itu. Mereka telah membuat bubu dengan pakaian perempuan itu untuk mengingati
peristiwa pertemuan dengan perempuan misteri itu. Tempurung kelapa disolek menjadi
kepala yang menyerupai wajah perempuan. Mereka menyanyikan lagu yang
dinyantikan perempuan itu sambil memegang bubu. Penduduk kampung telah
mengikuti perlakuan ketiga-tiga pemuda itu.
Tarian Bubu asal masih dimainkan, tetapi ia telah diubah
suai untuk sesuai dengan keadaan semasa supaya ia terus diterima oleh
masyarakat.
Pada masa kini, kesenian Bubu Menari berfungsi sebagai salah satu seni
persembahan untuk tontonan masyarakat umum.
Pakaian penari-penari lelaki dan perempuan adalah sama seperti
pakaian orang kampung zaman dahulu iaitu berseluar dan berkain pelikat/batik,
mengikat kepala, serta memakai baju ataupun kemeja berleher bulat.
Pada zaman dahulu, persembahan Bubu Menari ini merupakan
satu permainan yang melibatkan ilmu ghaib atau kepandaian perbomohan. Oleh kerana itu jampi dan serapah menjadi elemen penting
dalam persembahan ini.
Beberapa alat diperlukan seperti kemenyan, beras kunyit,
bertih dan air tepung tawar. Alat-alat lain ialah sebuah bubu, sepuluh buah
rebana kecil dan sepasang gong. Bubu
yang digunakan ialah bubu jenis jantung yang dibuat daripada buluh dan rotan
berukuran tiga kaki panjang dan tuas bulatan pada bahagian mulut ialah dua
kaki, sementara di bahagian kepala pula berukuran satu kaki.
Bubu atau lokah ini hendaklah dihias dengan pakaian
perempuan dan di bahagian atas ditutup dengan tempurung yang dilukis seperti
wajah perempuan yang dijadikan sebagai kepala.
Tari
ini dilakukan dengan duduk sambil menggoyangkan bubu ke kiri dan kanan dengan
kelajuan yang semakin meningkat. Muzik bersama khalifah akan dimainkan semasa
persembahan.
Fatimah binti Setehmerupakan pewaris khalifah pertubuhan dan
sering mengadakan persembahan Bubu Menari sekitar Perak. Peranan sebagai penggerak
Bubu Menari dalam persembahan. Beliau juga merupakan tenaga pengajar dan
rujukan kepada kesenian Bubu Menari di Perak.
i. Bahan Bacaan
a) Mizan et al. (2021) Masyarakat Bengkulu Di Malaysia.
Jurnal Sejarah Lisan Malaysia. Diambil daripada
https://jslim.uitm.edu.my/pdf/517.pdf
Isi
Kandungan: Tarian Bubu juga merupakan antara tarian yang terkenal dalam
masyarakat Bengkulu tarian ini juga biasanya dipersembahkan pada majlis
perkahwinan dan majlis-majlis yang tertentu bagi memeriahkan lagi majlis
tersebut. Bubu adalah sejenis peralatan yang digunakan oleh orang kampung atau
orang zaman dahulu untuk menangkap ikan di sungai. Selain menangkap ikan
masyarakat ini menggunakan bubu sebagai alatan dalam tarian mereka. Tarian ini
dipersembahkan dengan cara, mereka duduk sambil menggoyangkan bubu tersebut ke
kiri dan kanan semakin lama semakin laju pergerakkan bubu tersebut.
b) Azam, Zaharul & Shuradi. (2013) Muzik Tradisi Tari
Rakyat Perak : Suatu Pendekatan Etnomuzikologi. Malaysian Music Journal.
Diambil Daripada
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MJM/article/view/647/424
Isi
Kandungan : Tarian Bubu juga dikenali sebagai Lukah Menari oleh sesetengah
orang di Kampong Tanjong Bidara, Teluk Intan, Perak. Nama Bubu ini diperoleh
dari penggunaan Bubu atau Lukah dalam persembahan ini. Bubu atau lukah
merupakan peralatan menangkap ikan
yang digunakan oleh
masyarakat Melayu pada
zaman dulu.
c) Raihana Abdullah (24 Dec 1987). Perak perkenal Tarian
Bubu sebagai seni budaya Melayu. Diambil daripada petikan akhbar
http://perakgateway.utp.edu.my/repo/346/1/1951_40.pdf
Isi
Kandungan : Tarian Bubu berasal daripada seorang nelayan bersama
rakan-rakannya. Mereka ini perlu menyediakan sebuah bubu yang dihiasi dengan
pakaian perempuan dan kepala bubu yang hendak digunakan dalam persembahan
mestilah dibuat daripada kayu pulai dan sanggulnya pula daripada bulu kabung
bagi menyerupai seorang perempuan.
ii. Tokoh (jika ada temu bual tokoh)
Fatimah
binti Seteh