Gerbang Informasi

SENI BUDAYA

Portal Pemetaan Budaya (Cultural Mapping) adalah satu sistem pangkalan data berkaitan seni budaya dan warisan negara yang merangkumi kategori seni persembahan, permainan tradisional, adat resam, makanan tradisional, prasarana seni, busana tradisional, maklumat tokoh, penggiat seni serta direktori NGO seni budaya. Portal ini diwujudkan sebagai satu gerbang informasi dengan capaian yang interaktif, sejajar dengan keperluan semasa bagi tujuan rujukan, penyemarakan dan penyebaran maklumat seni budaya dan warisan. Tahun 2017, Program ini telah diangkat sebagai salah satu Inisiatif Transformasi Perkhidmatan Awam JPA.

Program Pemetaan Budaya (Cultural Mapping) merupakan program di bawah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) untuk merekod, mendokumentasi, melakar landskap budaya khususnya dalam bidang seni persembahan, makanan tradisional, permainan tradisional, adat resam, tokoh seni dan budaya tempatan serta prasarana seni persembahan . Semasa bengkel Inisiatif Transformasi Perkhidmatan Awam anjuran pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah mencadangkan penjenamaan program Pemetaan Budaya kepada Program Pemetaan Pelancongan Budaya (Cultural Tourism Mapping). Pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) memutuskan untuk mengekalkan program Pemetaan Budaya (Cultural Mapping) sebagai salah satu Inisiatif Transformasi Perkhidmatan Awam KPK yang akan meningkatkan kolaborasi antara agensi dan sektor di bawah KPK dengan kementerian – kementerian lain yang berkenaan.

Portal Pemetaan Budaya dijadikan sebagai sistem pangkalan data berkaitan seni budaya, warisan dan pelancongan negara. Ia adalah salah satu inisitif jabatan untuk merekod dan mendokumentasikan metadata-metadata seni, budaya dan warisan negara. Portal Pemetaan Budaya merupakan salah satu platform dalam usaha menyebar luas, mempromosi serta mempopularkan Seni Budaya Negara sebagai satu kesenian dan kebudayaan yang berimpak tinggi, serta memberi kemudahan dalam capaian maklumat secara dalam talian.

Jadual Pelaksanaan

Siri/ Sesi Tarikh Buka Tarikh Tutup Status
EKSPLORASI BUDAYA: KUIZ SENI BUDAYA - SIRI KHAS WARGA JKKN 22/04/2024 30/04/2024 Selesai
EKSPLORASI BUDAYA: KUIZ SENI BUDAYA - (TERBUKA) MEI 2024 01/05/2024 31/05/2024 Selesai
EKSPLORASI BUDAYA: KUIZ SENI BUDAYA - (KANAK-KANAK) JUN 2024 01/06/2024 30/06/2024 Selesai
EKSPLORASI BUDAYA: KUIZ SENI BUDAYA - (REMAJA) JULAI 2024 01/07/2024 31/07/2024 Selesai
EKSPLORASI BUDAYA: KUIZ SENI BUDAYA - (KANAK-KANAK) OGOS 2024 01/08/2024 31/08/2024 Selesai
EKSPLORASI BUDAYA: KUIZ SENI BUDAYA - (TERBUKA) SEPTEMBER 2024 01/09/2024 30/09/2024 Selesai
CAWANGAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
BAHAGIAN DASAR DAN PENYELIDIKAN
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya,
Lot 1001, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

Bilangan Pengunjung

1,763

Bulan Ini

57,331

Tahun Ini

4,725,704

Keseluruhan

Pertanyaan/Cadangan