Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
TARIAN SINGA TIANG
Seni Persembahan >Tarian
Gambar
0
Video
ada
Pelawat Hari ini
9
Jumlah Pelawat
59
Pengenalan dan sejarah
Tarian Singa merupakan salah satu warisan budaya masyarakat Cina yang kaya dengan simbolisme, falsafah, dan nilai estetika tinggi. Di Malaysia, Tarian Singa telah menjadi manifestasi seni persembahan yang signifikan dalam konteks perayaan budaya, khususnya ketika sambutan Tahun Baru Cina, upacara pembukaan premis, serta acara khas yang berkait dengan kemakmuran dan kesejahteraan. Secara umumnya, terdapat dua variasi utama Tarian Singa yang popular iaitu Tarian Singa Selatan (Nan Shi) dan Tarian Singa Utara (Bei Shi), yang masing-masing menonjolkan perbezaan dari segi gaya gerakan, bentuk kepala singa, dan iringan muzik.
Secara tradisional, Tarian Singa memiliki fungsi yang sangat penting dalam kepercayaan dan budaya masyarakat Cina. Ia dipercayai mampu menghalau roh jahat, menolak bala, serta membawa tuah dan kemakmuran. Persembahan ini lazim diadakan semasa musim perayaan utama seperti Tahun Baru Cina dan Cap Goh Mei, serta dalam acara penting seperti perkahwinan, pembukaan premis perniagaan baharu, dan upacara memperingati tokoh atau nenek moyang. Fungsi spiritual ini berpaksikan kepercayaan bahawa singa merupakan simbol suci yang memiliki kekuatan kosmik untuk mengimbangi tenaga negatif, sesuai dengan prinsip feng shui dalam kosmologi Cina (Tan, 2000).
Dalam Tarian Singa Tiang, busana dan aksesori bukan sahaja berperanan sebagai elemen estetik, tetapi juga berfungsi untuk menyokong keselamatan fizikal, ekspresi dramatik dan pemaknaan simbolik.
Busana Dalaman Penari
Penari yang berada di dalam kostum singa memakai pakaian longgar dan fleksibel yang biasanya diperbuat daripada fabrik kapas atau bahan menyerap peluh. Ia bertujuan memberikan keselesaan dan kebebasan pergerakan ketika melompat dan berpusing. Namun kini, lazimnya penari lebih selesa menggunakan T-Shirt cotton yang dicetak dengan nama kumpulan persembahan masing-masing. Selain itu, penari akan memakai pelindung lutut dan siku (knee & elbow pads) yang diperbuat daripada “Busa” berkualiti tinggi atau bahan getah untuk mengurangkan impak kecederaan sewaktu pergerakan lasak seperti melompat dari tiang ke tiang. Di samping itu, penari akan memakai kasut akrobatik khas (high-grip shoes) beralas getah bagi memastikan cengkaman maksimum pada permukaan tiang yang licin dan sempit. Kasut ini direka dengan “Sol Antiselit” dan ringan agar pergerakan lebih tangkas dan selamat.
Alat Muzik Tradisional dalam persembahan Tarian Singa Tiang lazimnya dimainkan secara langsung dan berpaksikan tradisi muzik rakyat Cina Selatan, menggunakan tiga alat utama, iaitu:
Gendang (Shigu, 鼓)
Merupakan instrumen utama persembahan. Ia menandakan rentak, tempo, dan perubahan emosi dalam setiap babak pergerakan singa. Pukulan gendang sering mencerminkan ekspresi singa dari pergerakan perlahan ketika mengintai sehingga detik dramatik sewaktu lompatan akrobatik. Alat muzik ini diperbuat daripada kulit haiwan yang direntang pada bingkai kayu besar dan dimainkan dengan sepasang kayu pemukul khas.
Gong (Bo, 鑼)
Gong logam besar yang menghasilkan bunyi gema dalam digunakan untuk menandakan kemunculan singa, transisi dramatik atau kemuncak persembahan. Bunyi gong juga melambangkan tenaga langit dan bumi yang mencetuskan keseimbangan spiritual menurut falsafah Taoisme.
Tarian ini lazimnya dipersembahkan oleh dua orang penari sepasang di mana mereka akan saling bekerjasama dalam satu kostum singa tersebut. Penari di bahagian kepala bertanggungjawab terhadap ekspresi wajah singa seperti mata berkelip dan mulut terbuka-tutup. Manakala penari di bahagian belakang pula mengawal imbangan tubuh serta menggerakkan ekor singa. Penari ini juga memainkan peranan penting dalam menyokong kestabilan penari hadapan terutamanya ketika melakukan aksi akrobatik di atas tiang.
Dalam konteks persembahan tarian Singa Tiang di Malaysia, satu bentuk persembahan yang memerlukan koordinasi tinggi, kemahiran akrobatik, dan pemahaman mendalam terhadap struktur persembahan yang tersusun perlu dilakukan. Setiap persembahan merangkumi beberapa fasa utama yang membentuk perjalanan dramatik dan visual seekor ‘singa’ yang dimainkan dalam bentuk persembahan tarian. Berikut merupakan perincian bagi setiap fasa:
Simon Ang Leong Yew
Sumber Rujukan
Bahan Bacaan
Beng, T. S. (2007). The lion dances to the fore: Articulating Chinese identities in Penang and Medan. 国立民族学博物館調査報告, 65, 63-78.
Bunnell, T. (2014). Book review: The Other Kuala Lumpur: Living in the Shadows of a Globalising Southeast Asian City. Urban Studies, 52(1), 195–197. https://doi.org/10.1177/0042098014555615
Han-Qiao, Y. (2007). On modernization development of lion dance and dragon dance as national traditional sports in view of culture structure. Beijing Tiyu Daxue Xuebao. http://en.cnki.com.cn/Article_en/CJFDTOTAL-BJTD200707010.htm
Hardwick, P. A. PANEL: SUSTAINABILITY OF THE PERFORMING ARTS IN SOUTHEAST ASIA: CURRENT CONCERNS AND NEW DIRECTIONS—PART I CELESTIAL HORSES IN THE LION CITY: MALAY IDENTITY AND THE SUSTAINABILITY OF KUDA KEPANG IN SINGAPORE. the ICtM Study Group on perforMInG ArtS of SoutheASt ASIA, 81.
Matusky, P., Beng, T. S., Pugh-Kitingan, J., & Hood, M. INTERCULTURALISM AND THE MOBILITY OF THE PERFORMING ARTS.
McGuire, C. (2015). The Rhythm of Combat: Understanding the role of music in performances of traditional Chinese martial arts and lion dance. MUSICultures, 42(1). https://journals.lib.unb.ca/index.php/MC/article/download/24252/28044
Tan, C. B. (2004). Chinese Overseas: Comparative cultural issues. Hong Kong University Press. Dalam http://ci.nii.ac.jp/ncid/BA70260214
Tan, S. B. (1989). The Performing Arts in Malaysia: state and society. Asian Music, 21(1), 137. https://doi.org/10.2307/834076
Ying, L. F., & Chiat, L. F. (2016). Dramatizing 1Malaysia in contemporary Chinese lion dance. Asian Theatre Journal, 33(1), 130-150.
Zhi, L. H. (2021). Music Accompaniment in Kun Seng Keng Lion Dance During Genting World Lion Dance Championship From 1994-2018 (Master's thesis, University of Malaya (Malaysia)).
Tokoh (jika ada temu bual tokoh)
Simon Ang Leong Yew. Persatuan Tarian Singa & Naga Jalan Alor, Jalan Alor, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur. 28 Februari 2025
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Pn. Shariza Isa
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kompleks JKKN WPKL,
Jalan Tun H.S Lee,
50000 Kuala Lumpur
03-20726431
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!