GENDANG PERLIS

Seni Persembahan >Muzik

Gambar

1

Video

ada

Pelawat Hari ini

1

Jumlah Pelawat

41

Pengenalan dan sejarah

Gendang Perlis yang selalu dipersembahkan dalam majlis-majlis kenduri perkahwinan atau majlis-majlis keramaian sebenarnya adalah untuk persembahan gendang silat ketika Temasya Laga Kerbau pada zaman pemerintahan Tuanku Raja Syed Syaffi (1897-1905) dan Tuanku Raja Syed Alwi (1905-1943). Pada masa itu, temasya ini adalah salah satu unsur hiburan rakyat dan istana. 

Sekeliling gelanggang laga kerbau dibina pagar yang kukuh supaya kerbau yang sedang berlaga itu tidak merempuh orang ramai. Tempat pemukul gendang lazimnya dibuat ‘ran’ atau ‘hang’ di atas pokok. Gendang Perlis tidak menggunakan serunai. Dua orang pemukul gendang masing-masing memukul ‘gendang ibu’ dan ‘gendang penganak’ menggunakan kayu yang bentuknya melengkung. Gendangnya pula lebih kecil daripada gendang silat. Apabila temasya laga kerbau diharamkan, maka Gendang Perlis tidak lagi dipersembahkan. Namun, kesenian ini dihidupkan kembali dengan fungsinya yang berbeza. Kini, Gendang Perlis dipalu tidak lagi untuk berlaga kerbau tetapi mengiringi dua orang pesilat yang bersilat sambil berjenaka, menceritakan cerita-cerita rakyat.

Fungsi dan Peranan

Dipalu ketika pesta laga kerbau (dahulu)

Mengiringi dua orang pesilat yang bersilat sambil berjenaka (sekarang)


Busana/ Aksesori

Dahulunya, baju yang dipakai adalah baju pagoda dan kain pelikat serta pengikat kepala.

Kini, para pemain mengenakan Baju Melayu dan songkok untuk majlis rasmi dan baju-baju t-shirt biasa untuk majlis santai.


Peralatan/ Bahan-Bahan

Tempat pemukul gendang lazimnya dibuat ‘ran’ atau ‘hang’ di atas pokok. Gendang Perlis tidak menggunakan serunai. Dua orang pemukul gendang masing-masing memukul ‘gendang ibu’ dan ‘gendang penganak’ menggunakan kayu yang bentuknya melengkung. Gendangnya pula lebih kecil daripada gendang silat.

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Memalu gendang secara bertingkah ketika pesta laga kerbau bermula. Apabila sengit, paluan dilajukan untuk memberi semangat kepada penonton yang menyokong.

Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

https://shantitwins.tripod.com/perlis.htm 

Rejab F.I. 2011. Biografi Tokoh Budaya Negeri Perlis. Kuala Lumpur: JKKN.

 Rejab F.I. 2013. Memoir Seribu Jejak di Pantai Usia. Kuala Lumpur: ITBM.

https://www.perlislib.gov.my/web/ejurnal-perlis/135-a 


Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Siti Rohayu binti Muhamad

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis Persiaran Wawasan Kangar 01000 Kangar PERLIS

019-504 0015

Kembali Ke Atas