Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
TARIAN ALU-ALU
Seni Persembahan >Tarian
Gambar
0
Video
tiada
Pelawat Hari ini
253
Jumlah Pelawat
1113
Pengenalan dan sejarah
Penari Tarian Alu Alu biasanya terdiri daripada empat orang lelaki dan enam orang wanita. Tarian ini adalah begitu menarik dan amat unik dengan penggunaan buluh oleh para penari untuk melakukan gimik-gimik akrobatik. Umumnya tarian ini tidak mempunyai gerak tari yang spesifik, kecuali gerakan yang banyak dipengaruhi aksi-aksi dalam kehidupan seharian masyarakat Melanau termasuklah dalam kerja dan proses membuat sagu. Malah, gerak tarinya penari Tarian Alu Alu juga boleh diperolehi dan diinspirasikan menerusi mimpi, pekerjaan seharian, perubatan dan permainan rakyat.
Tarian Alu-Alu adalah seni tradisional terawal etnik Melanau yang mempunyai kaitan dengan perkabungan masyarakat tradisi. Tarian ini dipersembahkan ketika waktu malam selama empat malam berturut-turut sepanjang perkabungan. Tarian Alu-Alu yang dipersembahkan oleh kaum Melanau merupakan tarian yang bertujuan untuk menghiburkan saudara mara dan ahli keluarga serta sahabat handai si mati.
-
-
Satu perkara yang menarik tentang tarian ini adalah aksi salah seorang penari lelaki akan memanjat batang buluh, dan seterusnya cuba menstabilkan badannya di atas hujung batang buluh sambil berpusing-pusing mengikut rentak lagu dengan hanya menggunakan perut. Ternyata tarian ini memerlukan kemahiran penari lelaki mengimbangi badannya semasa berada di atas hujung batang buluh tersebut.
-
Sumber Rujukan
https://www.sarawakfocus.com/blog/world-of-arts-2/tarian-alu-alu-34
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Encik Boniface Anak Babai
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93000, Kuching,
SARAWAK
019-2399682/082-422006
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!