TARIAN CIK LANG

Seni Persembahan >Tarian

Gambar

14

Video

ada

Pelawat Hari ini

1

Jumlah Pelawat

371

Pengenalan dan sejarah

PENGENALAN DAN SEJARAH

Tarian ini berasaskan lagu yang dicipta oleh seorang pencipta lagu yang bernama Cik Lang, berasal dari Kampung Bukit Kecik, Padang Siding, Perlis. Beliau mencipta lagu tersebut ketika mendodoi anak dalam buaian. Lagu ini dihasilkan ketika negeri Perlis di bawah pemerintahan Siam. Cik Lang juga merupakan salah seorang penggiat kumpulan Gendang Terinai dan lagu ini sering dimainkan dalam persembahan muzik Gendang Terinai. Di samping lagu Cik Lang, beliau juga mencipta lagu Cik Minah Sayang. Lagu ini diambil sempena nama isteri beliau yang bernama  Cik Minah. 


 

Tarian Cik Lang berunsur jenaka dan gurauan. Jika tarian Ayam Didik gerak tarinya menabur padi kepada ayam, maka tarian ini pula gerak tarinya mengetam padi. Sesuatu yang menarik ketika berakhirnya tarian ini, penari perempuan akan menarik telinga lelaki sehingga duduk di tempat semula.


Fungsi dan Peranan

Berunsur jenaka dan gurauan

Ditarikan ketika pesta mengetam padi


Busana/ Aksesori

Wanita berkain batik, bertutup kepala dan berbaju kedah

Lelaki memakai seluar, pelikat diikat di pinggang dan memakai baju putih


Peralatan/ Bahan-Bahan


Linggaman yang digunakan ketika mengetam padi


Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Tariannya seperti mengetam padi

Pengakhiran tari, penari perempuan akan menarik telinga penari lelaki


Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

-

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Siti Rohayu binti Muhamad

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis Persiaran Wawasan Kangar 01000 Kangar PERLIS

019-504 0015

Kembali Ke Atas