MENORA PERLIS

Seni Persembahan >Teater

Gambar

6

Video

ada

Pelawat Hari ini

7

Jumlah Pelawat

225

Pengenalan dan sejarah

Tarian Menora adalah salah satu tarian purba orang Melayu ketika era pra-Islam. Tarian ini menunjukkan hubungan serumpun antara negeri-negeri utara tanah air dengan pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu serta selatan Thailand (Narathiwat, Patani, Songkhla, Yala, Satun). Dipercayai asal-usul tarian ini dari kerabat diraja purba Melayu di Segenting Kra. Pada dasarnya, Menora adalah persembahan drama tari tradisi masyarakat Siam di Malaysia khususnya di negeri Perlis, Kelantan dan Kedah. Ia merangkumi nyanyian, lakonan dan tarian. Menora mempunyai sedikit sebanyak persamaan dengan teater-teater tradisional Makyung, Mek Mulung dan Jikey. Sebanyak 12 cerita yang dipersembahkan berunsurkan khayalan melibatkan dewa-dewi dan kayangan. Cerita-cerita ini mengandungi watak ‘peran’ yang melakonkan adegan-adegan lucu. 

Menora juga mempunyai pengaruh elemen agama Buddha kerana suatu ketika dahulu, teater tradisi ini adalah salah satu persembahan di kuil-kuil Buddha. Selain berfungsi sebagai sumber hiburan, menora turut dilangsungkan bagi tujuan ritual serta perubatan. Pada asalnya dipercayai terdapat 12 gerak tari dan posisi dalam persembahan menora. Namun, lama kelamaan gerak tari ini semakin hilang berikutan tindakan ketua-ketua menora mencipta olahan gerak tari yang baru mengikut peredaran zaman dan menyesuaikannya dengan cita rasa. 

Antara tarian yang biasa dipersembahkan adalah Tarian Masuk, Tarian Burung Kenari, Tarian Penjuru Besar ataupun Gerak Tari Jalan Angsa, Tarian Penjuru Kecil ataupun Gerak Tari Gajah, dan Tarian Labah-Labah yang menganyam sarangnya. Tarian Masuk merujuk kepada gerak tari masuk gelanggang. Tarian Burung Kenari adalah hasil pengamatan dan peniruan pergerakan burung. Gerak Tari Pencak Besar adalah pergerakan jalan angsa sementara Gerak Tari Penjuru Kecil berdasarkan pergerakan posisi gajah. Gerak tari yang unik ialah Gerak Tari Labah-Labah yang menganyam sarangnya. Semua pergerakan tarian-tarian ini memerlukan stamina yang tinggi untuk dipersembahkan.


Fungsi dan Peranan

- Agama 

- Persembahan tradisional

- Alat hiburan dan pengajaran

- Tujuan ritual dan perubatan


Busana/ Aksesori

Busana Menora mirip dengan Mak Yong dengan sedikit suntikan pengaruh Jawa, mempunyai ekor di belakang dan ketopong mahkota yang mempunyai telinga.

Pakaian penari Menora ini berilhamkan daripada legenda manusia separuh burung. Penari utama yang digelar sebagai Menora memakai kecopong, iaitu sejenis mahkota tinggi yang diperbuat daripada logam lembut.

Kecopong pula berkembang kepada dua bentuk iaitu bentuk kecopong Melayu dan kecopong Siam. Kecopong Melayu mempunyai 16 bucu di dasarnya yang berbentuk bulat, mempunyai pom-pom, bertelinga runcing dan bersubang, manakala kecopong Siam mempunyai banyak tingkat dan tirus seperti pucuk rebung di pangkal menaranya.

Baju yang dipakai oleh penari Menora berwarna-warni dan berjurai dibuat daripada manik. Pada asalnya, penari tidak memakai baju di bawah juraian manik tersebut. Akan tetapi, pada zaman moden, baju tanpa lengan digunakan bersama-sama dengan kain selendang. 

Di bahagian pinggul penari pula dipakaikan dengan ekor keras manik berjurai yang berbucu pom-pom serta diselitkan bersama tali pinggang dan sayap kain lepas. 

Bagi penari lelaki, seluar longgar akan digunakan yang beralas manik berjurai manakala penari perempuan pula sama seperti penari lelaki cuma tidak mengenakan kecopong.

Aksesori tambahan untuk melengkapkan busana penari Menora adalah gelang lengan, gelang tangan dan kuku cakar panjang iaitu canggai. 

Canggai-canggai sepanjang 2 - 5 inci yang melentik di hujung diperbuat daripada logam lembut turut dipakai oleh penarinya. 

Sarung kaki separas lutut berwarna putih digunakan bagi penari Menora Melayu manakala penari Menora Siam tidak beralas.


Peralatan/ Bahan-Bahan

Alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian dan nyanyian ini terdiri daripada: 

sepasang canang

sepasang kesi

pinai

cerek atau kecerek (sepasang kayu buluh)

geduk

2 buah gedombak 

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan


- Alat muzik dimainkan, tarian masuk menjadi permulaan cerita dan seterusnya sebanyak 12 cerita dipersembahkan berunsurkan khayalan yang melibatkan dewa- dewi dan kayangan. 

-     Bagi tujuan perubatan, pemeran menora berfungsi sebagai perantara antara orang sakit dengan kuasa ghaib. Alat muzik yang dimainkan berfungsi sebagai permohonan bagi satu-satu perkara.

-     Zaman sekarang, kesenian ini semakin pupus. Jika ada pun, ia dipersembahkan sebagai melestarikan persembahan kesenian, tanpa melakukan aktiviti ritual atau apa-apa kepercayaan.


Tokoh dan Pencapaian

-


Sumber Rujukan

https://historianlodge.historiansecret.com/?p=409 


https://journalarticle.ukm.my/3022/1/01ADNAN_JUSOH.pdf 


https://www.researchgate.net/publication/322785418_HUBUNGAN_SERUMPUN_PERLIS-SETUL_ANALISIS_DARI_KONTEKS_WARISAN_DAN_BUDAYA 


https://www.scribd.com/doc/280868976/Menora 

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Siti Rohayu binti Muhamad

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis Persiaran Wawasan Kangar 01000 Kangar PERLIS

019-504 0015

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!