Tarian Kipas Cina merupakan adaptasi daripada pergerakan
memetik putik bunga yang mekar oleh gadis muda bernama Qing Yi dalam opera
Peking tradisional. Ia merupakan seni kesusasteraan
yang dimanifestasikan menerusi seni gerak tari yang unik. Seni tarian Kipas Cina mengandungi keindahan,
kelembutan dan kegembiraan yang ditarikan dengan penuh penghayatan.
Uniknya persembahan Tarian Kipas Cina ini adalah apabila para penari membuat pergerakan bulatan dan menggabungkan pergerakan tangan yang memegang kibaran kain sutera kipas di tangan, ke atas dan ke bawah, yang akan menghasilkan visual kuntuman bunga besar yang sedang berkembang.
Dalam memastikan kesinambungan Tarian Kipas di Malaysia
tidak pupus, Seni Persembahan Todern Kuala Lumpur, Malaysia telah diasaskan
pada tahun 1991 oleh empat orang penari muda. Sejak penubuhannya, Wong Kit Yaw sebagai
pengarah artistik telah melaksanakan pelbagai projek dengan kerjasama artis dan
kumpulan kesenian tarian tradisional serta moden, sama ada di peringkat
kebangsaan mahupun antarabangsa. Gabungan kreativiti dan keaslian dalam
produksi mereka mendapat banyak pujian daripada pengkritik dan penonton di seluruh
Malaysia.
Berdasarkan
sumbangan yang telah diberikan, Seni Persembahan Todern telah menunjukkan
komitmen yang tinggi dalam bidang tarian di Malaysia. Kesenian ini telah
mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia dan khususnya penggiat seni.
Persembahan Tarian Kipas Cina ini sering diadakan semasa
majlis dan acara rasmi kerajaan negeri, dan juga majlis keraian untuk penonton
umum.
Setiap penari memegang dua bilah kipas pelbagai bentuk
dan jenis. Ada yang dijahit dengan kain sutera yang lembut dan berwarna terang.
Gerakan tangan penari yang melambai-lambaikan kipas akan menghasilkan kibaran
kain sutera, seterusnya memaparkan alunan yang sangat cantik mengikut irama
muzik.
Kipas pelbagai bentuk dan jenis. Ada yang dijahit dengan
kain sutera yang lembut dan berwarna terang.
Jumlah penari adalah di antara dua hingga enam orang. Setiap penari memegang dua bilah kipas pelbagai bentuk dan jenis. Ada yang dijahit dengan kain sutera yang lembut dan berwarna terang. Gerakan tangan penari yang melambai-lambaikan kipas akan menghasilkan kibaran kain sutera, seterusnya memaparkan alunan yang sangat cantik mengikut irama muzik.
Penari-penari biasanya memakai baju samfoo, berseluar
panjang atau blaus atau pun cheongsam, bersanggul dan berdandan dengan
suntingan bunga yang diselit pada sanggul. Kadang-kala penari akan memakai
selendang panjang yang disemat pada bahu.
Wong Kit Yaw
·
Berpengalaman selama 32 tahun dalam bidang tarian
Cina
·
Pengarah Artistik di Performing Arts of Todern Dance Theatre Kuala Lumpur
·
Tenaga Pengajar Tarian di ASWARA
·
Individu berbangsa Cina pertama yang diberi penghormatan dengan gelaran
Adiguru oleh ASWARA pada tahun 2022
Salah seorang artis utama yang diketengahkan dalam "Pameran 2010
Jalan Merdeka ke-5 Menari Kenegaraan Malaysia: Budaya Kita Dalam Gambar"
oleh Lembaga Pembangunan Bandar Raya (BRDB) dan New Straits Times Press (NSTP)
i. Bahan Bacaan:
Buku Rujukan Tatihseni Fasa 6, Subjek 11: Tarian Kipas Cina Susunan Modul oleh Siti Sarah Ahmad Jamil Terbitan Akademi Tatihseni Malaysia
ii. Tokoh: Wong Kit Yaw