Opera
Cina Teochew merupakan seni persembahan yang kaya dengan ciri-ciri kebudayaan
khususnya dari segi amalan kepercayaan agama. Teater Opera Cina Teochew kerap dipersembah di Pulau
Pinang semasa sambutan Perayaan Hantu Lapar terutamanya di kawasan bandar Bukit
Mertajam, Seberang Perai Tengah.
Opera Cina Teochew merupakan salah satu variasi opera
dari negara China yang berasal dari wilayah Chaoshan di Guangdong. Kesenian ini
menggunakan sebahagian pertuturan dari kumpulan dialek Min Nan yang masih
mengekalkan sebutan perkataan dan ayat Cina kuno, yang tidak terdapat dalam
dialek bahasa moden masyarakat Cina masa
kini.
Contoh cerita dalam Opera Cina Teochew
Cerita yang sering dibawa ialah “Butterfly Lovers:
Maiden Meeting” iaitu mengisahkan percintaan antara dua insan yang mirip
seperti kisah Romeo & Juliet. Sama seperti opera Cina yang lain,
Opera Cina Teochew turut menampilkan elemen muzik, nyanyian, seni
mempertahankan diri, akrobatik dan lakonan.
Penggunaan bahasa atau dialek Cina
Bahasa yang digunakan sepenuhnya adalah dialek Cina
Teochew, iaitu dialek yang digunakan oleh penduduk dari kawasan Chaosan di
timur wilayah Guangdong, China. Majoriti masyarakat Cina di Pulau Pinang
menuturkan dialek Hokkien, namun ramai juga dalam kalangan mereka masih
memahami dialek Teochew.
Persembahan opera Cina Teochew sering diadakan bagi masyarakat
Cina setempat menyambut perayaan tertentu dan sebagai hiburan tradisi bagi
mengekalkan warisan budaya nenek moyang mereka.
Kostum persembahan diperbuat daripada kain satin dan
sutera dengan pelbagai corak dan bersulam serta berwarna-warni bagi menonjolkan
persembahannya. Warna-warna berikut digunakan bagi
melambangkan:
·
Merah jambu – watak perempuan
·
Kuning – cendekiawan/ watak
diraja
·
Hitam – watak yang dicat
mukanya
·
Biru – pelawak
Prop yang digunakan pula seperti hiasan kepala3579,
mahkota atau topi, dan selendang serta sapu tangan. Kasut diperbuat daripada
satin hitam (kuai xue). Manakala solekan bedak berwarna putih dan merah
jambu dikenakan dengan tebal pada wajah bagi menimbulkan watak-watak selayaknya
seperti sebuah opera. Contohnya, watak orang tua akan disolek tebal menyerupai
orang tua dan dipakaikan janggut atau misai yang panjang.
Penggunaan prop lain bergantung pada jalan cerita seperti penggunaan pedang kayu yang dicat warna perak, lembing kayu dan sebagainya. Meja penyembahan atau perabot dengan meja dan kerusi ukiran kayu bermotifkan corak Cina diletakkan di atas pentas. Latar pentas atau tirai yang digunakan memaparkan lukisan yang bersesuaian dengan jalan cerita.
Puan Goh Hooi Ling telah menerima anugerah Tokoh
Pendukung Seni (BBK) 2023 anjuran JKKN Pulau Pinang. Beliau merupakan penggiat
yang aktif dalam persembahan opera Cina dan persembahan boneka opera bagi
dialek Teochew di Pulau Pinang.
i. Bahan Bacaan : Preserving Classic Teochew Puppetry
and Opera, https:mypenang.gov.my
Teowchew Puppet and Opera House, https://gtwhi.com.my
ii. Tokoh (jika ada temu bual tokoh) : Goh Hooi Ling