Teater Bangsawan merupakan salah satu bentuk seni persembahan tradisional yang berasal dari Asia Tenggara, dan ia memainkan peranan penting dalam sejarah kesenian di Malaysia. Bangsawan pada asalnya dipengaruhi oleh seni teater Parsi yang dikenali sebagai Wayang Parsi, yang dibawa oleh pedagang dan pelancong dari India ke Pulau Pinang pada akhir abad ke-19. Teater ini kemudian disesuaikan dengan elemen budaya Melayu tempatan, menjadikannya satu bentuk hiburan yang unik. Persembahan Bangsawan biasanya merangkumi lakonan, nyanyian, muzik, dan tarian yang digabungkan dalam satu pementasan dramatik. Cerita-ceritanya sering kali diilhamkan daripada epik India, cerita rakyat Melayu, sejarah, dan kisah dongeng yang kaya dengan pengajaran moral.
Sejarah awal teater Bangsawan dikaitkan dengan penubuhan kumpulan teater seperti Wayang Parsi oleh keluarga Nawab dari India, yang kemudiannya berkembang menjadi kumpulan Bangsawan pertama di Pulau Pinang. Pada permulaannya, Bangsawan menjadi sangat popular dalam kalangan masyarakat bandar kerana elemen hiburan yang meriah dan mewah. Pementasan ini menampilkan penggunaan kostum yang elegan, set pentas yang kreatif, dan penggunaan muzik orkestra yang menggabungkan alat muzik tradisional dan Barat.
Namun, populariti Bangsawan mula merosot pada pertengahan abad ke-20 akibat persaingan daripada media moden seperti radio, filem, dan televisyen. Walaupun begitu, usaha pemuliharaan telah dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan, penggiat seni, dan institusi kebudayaan. Hari ini, Bangsawan masih dipersembahkan dalam acara-acara kebudayaan tertentu dan terus dihargai sebagai salah satu warisan seni budaya Malaysia yang bernilai tinggi.
Istilah bangsawan telah digunakan buat pertama kalinya oleh Mamak Pushi. Rahmah Bujang pula orang pertama yang mengatakan bangsawan ini adalah sebuah teater tradisional, manakala menurut Samat Salleh, teater bangsawan didefinasikan sebagai teater popular. Merujuk kepada definisi bangsawan oleh Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, bangsawan juga ditakrifkan sebagai golongan raja.
Sememangnya bukti untuk dikatakan bahawa sebagai hiburan adalah benar. Ini menurut Zakarria Ariffin yang mengatakan bangsawan diselitkan dengan jenaka dan lucu. Walaupun penegasan cerita bukanya terletak pada jenaka di suatu babak atau adegan, akan tetapi ia menjadi satu perkara yang menjadikan bangsawan itu unik.
Fungsi lain adalah sebagai pengukuh nilai-nilai sosial budaya yang berlaku dalam masyarakat. Dalam cerita bangsawan terkandung ajaran-ajaran, etika dan moral yang dijadikan sebagai nilai pengajaran kepada masayarakat. Memang tidak dikalis lagi bahawa teater bangsawan merupakan alternatif lain masyarakat lama untuk menimba ilmu. Dakwah turut dilaksanakan dalam sesebuah pementasan bangsawan ini, sebagai contoh apabila adegan balasan kepada sultan diselitkan dengan suara latar yang berkonsepkan ketuhanan. Ia sememangnya pengajaran yang baik pada zaman itu.
Bukan setakat itu sahaja, unsur-unsur nasionalis turut diselitkan dalam persembahan bangsawan bagi membangkitkan semangat kebangsaan dalam diri masyarakat di Tanah Melayu ketika itu bagi menentang paenjajahah yang dilakukan oleh pihak British pada ketika itu. Maka dengan itu, babak-babak seperti didalam balairong anatara bahagian yang akan menyindir dan cuba dikaitkan dengan pemerintahan sultan dalam pementasan dengan pemerintahan penjajah dalam dunia sebenar.
-
-
Dalam pementasan teater bangsawan, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan untuk menjadikan sebuah pementasan mengikuti ciri-ciri yang telah lazimnya dilakukan dalam bangsawan. Persembahan bangsawan melibatkan kesemua elemen seni yang ada seperti teater,tari,muzik dan visual. Struktur pesembahan selalunya dapat dilihat secara visual daripada apa yang digambarkan oleh pengarah. Struktur persembahan sememangnya tidak sama dengan persembahan teater yang lain. Ini kerana penegasan yang diberikan mengenai bangsawan itu sendiri yang mengistilahkan bangsawan sebagai sebuah teater tansisi tradisional ke moden.
Pada awal pementasan teater bangsawan, aturan persembahan didapati berbeza dengan bangsawan masa kini. Dahulu, aturan persembahan akan dimulakan dengan buka panggung. Lazimnya, buka panggung ini akan diketuai oleh seorang pawang yang akan membacakan mantera kepada empat penjuru bumi dan tujuh petala langit di hadapan persembahan. Ia seperti upacara spiritual kerana pada bangsawan pada awalnya telah datang dari India. Antara bahan yang perlu ada dalam buka panggung ialah,
● Beras pulut 7 warna
● 7 helai daun sireh beserta buah keras
● 7 batang rokok daun
● 7 batang lilin dan 7 helang benang
● 1 mangkuk air sejuk
● Bertih beras
● 7 mangkuk bubur warna
Menjadi kebiasaan dalam teater bangsawan yang mempunyai acara menjamu. Acara mencamu adalah satu jamuan bagi mereka yang terlibat dalam persembahan sama ada pelakon, penari mahupun muzik.
Teater bangsawan biasanya dimulakan dengan lagu pembukaan bangsawan yang menjadi identiti kumpulan bangsawan tersebut. Namun begitu, bangsawan bukanlah bergantung kepada sesuatu struktur sahaja. Tidak menjadi masalah jika sesebuah pementasan bangsawan tidak mempunyai lagu pembuka. Pada awal tahun 1920-an, upacara buka panggung merupakan permulaan kepada persembahan dan peredaran zaman telah mengubahnya kepada lagu pembuka.
Susunan struktur persembahan adalah seperti berikut :
1. Gurindam, berfungsi sebagai cara penceritaan sinopsis persembahan
2. Lagu buka tirai dimana ia merupakan sebuah lagu khas yang dimainkan untuk menandakan persembahan bermula dan tirai akan dibuka
3. Persembahan, persembahan akan berlansung mengikut babak dan adegan seperti adegan tarik nasib, silat dan percintaan bagi melengkapkan plot cerita yang biasanya dilakonkan oleh hero atau heroin.
4. Extra turn, berfungsi sebagai selingan antara babak bagi memudahkan urusan pertukaran babak, backdrop, set dan pelakon. Extra turn akan diselangi dengan babak penceritaan. Selalunya extra turn akan diselitkan dengan lawak, tarian atau muzik
5. Lagu penutup, berfungsi sebagai rasa terima kasih kepada penonton yang hadir menyaksikan pementasan bangsawan.
Ciri-ciri tradisonal merupakan antara elemen terpenting dalam bangsawan. Jalam ceritanya berkonsepkan pengembaraan, dugaan dan kesengsaraan wtak seorang lelaki dan perempuan sebelum mencapai matlmat cerita iaitu pengakhiran cerita. Seperti kebiasaan, watak antagonis akan cuba mengalang hasrat watak protagonis dalam jalan cerita seperti seperti watak pembesar, jin dan raksasa. Apa yang boleh dikaitkan dengan ciri-ciri tradisonal ialah, untuk menghibur dan melegakan keadaan. Terdapat juga watak-watak pelawak yang kebiasanya dilakonkan oleh orang muda.
Selain itu, teater bangsawan dikaitkan jalan ceritanya yang sama dengan ciri-ciri tradisional. Di dalam sebuah pementasan bangsawan, terdapat adunan lakonan, nyanyian dan tarian yang menggunakan bahasa yang gramatis,puitis dan diksi yang indah serta mendayu-dayu. Seterusnya, terdapat unsur-unsur kelakar atau lucu yang menjadi perkara wajib.
Namun begitu, dengan peredaran zaman, unsur-unsur tradiusional mula diubahsuai dengan mementaskan cerita-cerita dari timur tengah, India dan China. Ini juga bertepatan dengan memasukkan cerita-cerita fantasi bagi menepati ceritarasa penonton. Menurut petikan didalam buku Aspek Lakonan Dalam Bangsawan, watak-watak yang super power, bahasa yang berbunga. Maka benarlah bahawa bangsawan merupakan perintis kepada teater moden. Di dalam pementasan bangsawan juga memasukkan elemen-elemen barat dan telah mula menggunakan kemudahan pementasan.
Teknik improvisasi juga menjadi ciri-ciri bangsawan yang penting. Ia meliputi perlakuan fizikal seperti gerak, lakonan, persilatan, emosi dan pengucapan dialog yang mengandungi syair, gurindam, nazam, dan bernsabis. Melalui improvisasi, para pelakon dapat mengubah suai situasi sama ada struktur, plot, adegan dan lakonan yang mengikuti selera penonton yang mengikuti selera penonton. Para pelakon akan memanjangkan atau memendekkan adegan atau babak yang dipersembahkan. Penambahan dialog akan berterusan jika sambutan dari penonton mengalakkan seperti adegan bersilat, berpantun, bercinta dan berjenaka. Secra tidak lansung, ini yang dinamakan kebijaksanaan berimprovisasi pelakon diuji.
Bangsawan ditekankan sebagai teater yang mempunyai ciri-ciri persembahan yang unik kerana bangsawan ini merupakan teater yang mengalami revolusi zaman dari tradisional ke zaman moden. Bangsawan juga mempunyai unsur-unsur tasmat iaitu kekaguman kepada penonton. Sebagai tamsilan, set boleh bergerak, wujudnya kesan-kesan khas seperti hujan, angin dan gempa.
Kekaguman merangkumi aspek visual yang terdapat dalam drama itu selain daripada apa yang diserlahkan melalui dialog atau aksi atau arahan pentas yang ditulis. Spektakular dilaksanakan melalui set, perhiasan pentas dan latar, prop, pelakon, kostum, koreografi, pencahayaan, atau dalam perkatan Perancis disebut sebagai mise-en-scene. Mise-en-scene merujuk kepada keseluruhan interpretasi dan produksi teater dan bagaimana kesemua ini dilaksanakan di atas pentas untuk menghantar emosi, psikologi, dan aliran penonton. Kekaguman juga dapat menonjolkan kesan tasmat iaitu suatu kesan khas yang membolehkan keajaiban yang dicipta di atas pentas kelihatan benar – benar wujud.
Spektakular dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti bunyi latar, pencahayaan, iringan muzik dan lagu, kostum dan aksesori, tatarias dan mekap, gubahan set dan prop, tirai, dan sebing. Penggunaan tasmat dapat menarik perhatian penonton .Tiap-tiap persembahan drama mempunyai aturan teater yang tertentu.
Dalam seni drama bangsawan, olahan pentas adalah menggunakan pentas proscrenium dimana terdapat penonton dihadapan pentas dan mempunyai apron dan tira-tirai disisi iaitu kiri dan kanan pentas. Konsep pentas adalah boleh diibaratkan sebagai melihat gambar didalam bingkai kerana terdapatnya tirai agun disamping terdapat mahkota alam yang menjadi identiti kepada sebuah kumpulan yang mempersembahkan bangsawan. Penggunaan pentas prosinum membolehkan pertukaran set dapat dijalankan dengan mudah.
Dalam bangsawan pentas diolah dengan adanya latar belakang yang berfungsi sebagai latar kepada sesuatu babak atau dipanggil backdrop mempunyai antara tiga hingga enam tirai asas, mengikut tirai cerita. Set tirai yang menjadi asas pentas bangsawan mengikut adegan cerita ada enam pemandangan, iaitu:
(a) Set tirai pemandangan dalam ruang istana
(b) Set tirai pemandangan jalan raya
(c) Set tirai pemandangan dalam hutan
(d) Set tirai pemandangan dalam sebuah taman
(e) Set tirai pemandangan dalam ruang bilik
(f) Set tirai pemandangan alam
Enam set tirai yang asas boleh ditambah menjadi beberapa tirai set lagi.Dalam kes set tirai dalam istana misalnya, jika cerita memerlukan pemandangandari dua istana yang berlainan, maka dua set tirai pemandangan dalam istana perlu dibuat. Begitu juga umpamanya jika set tirai ruang bilik itu memerlukan gambaran bilik rumah kampung, ruang bilik dalam istana dan seterusnya ruangdalam gua batu, maka kemungkinan tiga set pemandangan dalam ruang bilikperlu disediakan. Kedudukan susunan set tirai dalam pentas bangsawan diatur mengikuturutan dulu kemudian adegan atau mengikut keperluan ruang lakon sesuatu babak.
Set tirai ini disusun berbaris-baris dari hadapan ke belakang awangan pentas. Dalam sesuatu pementasan, sistem set tirai boleh menghasilkan kesandua demensi-kesan ini kurang menarik, dan kelihatan tidak natural.
Nama penuh beliau ialah Abdul Rahman bin Abu Bakar. Beliau lebih dikenali sebagai Rahman B. Beliau dilahirkan pada 18 Mei 1935 di Kapar, Klang.Beliau mula aktif berlakon sejak berumur 8 tahun bersama Kumpulan Diamond Star Opera. Selain itu, beliau merupakan anak kepada pasangan pelakon bangsawan, Abu Bakar Saleh atau Bakar M dan ibunya, Kasminah Taib atau dikenali sebagai Minah B. Sejak kecil lagi Rahman dan adiknya, Rohani B didedahkan dengan dunia bangsawan kerana sering mengikut orang tuanya berpindah dari satu lokasi ke lokasi yang lain untuk pementasan bangsawan.Kemudian, beliau telah mendirikan rumahtangga dengan pelakon bangsawan, Zabedah Ibrahim ketika berusia 18 tahun dan bergiat sebagai pengarah bangsawan pada usia 22 tahun kerana berkeupayaan menghafal dan mengolah skrip dengan baik.Rahman bukan saja mampu berlakon, beliau juga mampu menyanyi, menari, dan melukis.
Apabila bangsawan menghadapi zaman kejatuhan akibat kemunculan filem pada dekad 1950-an, Rahman tetap mementaskan bangsawan. Namun pada 1953, beliau berhijrah ke Singapura dan sempat berlakon filem antaranya Amuk Tok Nading, Kancan Tirana, Harimau Berantai dan Semambu Kuning.Rahman meneruskan perjuangannya dalam pementasan bangsawan apabila menerajui Persatuan Bangsawan Bintang Timur pada 1974.Beliau terbabit dalam ratusan pementasan bangsawan dan berjaya mengarah lebih 200 teater bangsawan.Berpandukan kepada pengalamannya yang luas dalam pementasan bangsawan, Rahman pernah dilantik sebagai pensyarah di Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada 1966 untuk mencungkil bakat baru dalam pementasan bangsawan. Di samping itu, atas jasanya memperjuangkan pementasan teater bangsawan, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah menobatkan beliau sebagai penerima Anugerah Seniman Negara (ASN) pada tahun 2004 yang juga penerima keenam anugerah tersebut.
Sumbangan Rahman B dan bapanya, Bakar M menjadi penggerak kepada Kumpulan Bangsawan Rahman Star Opera of Klang.Selain mementaskan bangsawan dan menjelajah seluruh negara beliau turut terlibat dengan kerja kemasyarakatan.Pada awal tahun 1950-an, beliau telah berhijrah ke Singapura dan menubuhkan Bangsawan Bintang Mas of Singapore, tetapi tidak mampu bertahan lama.Selepas itu beliau mengasas penubuhan Kumpulan Bangsawan Bintang Timur yang turut bergiat di negeri pantai timur Semenanjung Malaysia sehingga berjaya mementaskan 87 cerita bangsawan.Sumbangan paling besar Abdul Rahman kepada seni pementasan bangsawanadalah ketika bersama ayahnya menerajui Kumpulan Bangsawan Bintang Timur.
i. Bahan Bacaan
Ghulam-Sarwar Yousof (1992). The Malay Bangsawan: A Study of Traditional Malay Theatre. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal Abidin Borhan (1999). Seni Persembahan Tradisional Malaysia. Universiti Malaya Press.
Tan Sooi Beng (1989). The Bangsawan Theatre: An Analysis of Its Historical and Cultural Significance in Malaysia. Asian Theatre Journal.
Aspek Lakonan Dalam Teater Bangsawan, 2005, Abdul Samat Salleh