Lagu dan tarian ini memang disesuaikan dengan gelaran yang digunakan bagi negeri Perlis iaitu Indera Kayangan. Mak Inang Kayangan bererti lagu Mak Inang dari kayangan yang berasal dari Perlis. Variasi tarian ini sama seperti tarian yang menggunakan motif sama dengan repertoire Inang yang lain, tetapi terdapat sedikit perbezaan pergerakan di mana terdapat pergerakan silat yang dilakukan oleh penari lelaki.
Selain itu, terdapat variasi gerak tari seperti ayam berlaga iaitu "Manikam" atau menjunamkan tangan ke arah penari perempuan, sehingga penari perempuan tersebut terpaksa menepis tangan penari lelaki. Satu lagi variasi yang menarik ialah penari menggunakan selendang ketika menari, jika penari perempuan sudi menerima selendang yang dihulurkan oleh penari lelaki bererti penari tersebut sudah bersetuju untuk berhubungan dengannya.
Berfungsi sebagai penerimaan lamaran bagi pihak lelaki
Selendang
-
Para penari lelaki akan menghulurkan tangan kepada penari perempuan, sekiranya ditepis, maka pihak perempuan tidak bersetuju. Sekiranya penari perempuan menerima tangan penari lelaki, bermakna penari tersebut bersetuju untuk berhubungan dengannya.
-
https://pemetaanbudaya.blogspot.com/p/blog-page.html
https://pkbu.unimap.edu.my/