Tarian Mak Inang Tua amat popular di negeri Perlis dan Kedah sekitar tahun 1940-an dan 1950-an. Inang yang bermaksud 'pengasuh' merujuk kepada pengasuh anak-anak raja di istana pada zaman dahulu. Tarian ini ditarikan secara berpasangan yang mana penari wanita menggunakan selendang sebagai prop utama dalam persembahan.
Tarian Mak Inang Tua telah digarap semula pada tahun 1994
oleh Allahyarham Razali bin Ismail. Gerak tari Mak Inang Tua ini dicipta
berdasarkan pengamatan beliau terhadap pergaulan, gurau-senda dan aksi usik-mengusik
dalam kalangan masyarakat Kedah. Setiap gerak tari mempunyai nama-nama khusus
seperti ‘gerak ghasuk’, ‘gerak sauk’ dan ‘gerak melayah’.
Lirik lagu Mak Inang Tua menceritakan tentang seseorang yang sedang merindukan pasangannya. Lagu ini wajib dinyanyikan dengan menggunakan loghat utara atau lebih spesifik lagi, dinyanyikan dalam loghat negeri Kedah.
Keindahan gerak tari dan lagu Mak Inang Tua menjadi
simbol kepada keunikan hidup bermasyarakat di negeri Kedah. Kecantikan budi
pekerti yang terlambang menerusi tarian ini wajar menjadi ikutan masyarakat.
Tarian Mak Inang Tua sering dipersembahkan dalam
majlis keramaian anjuran pihak kerajaan dan swasta untuk tontonan masyarakat
awam dan para pelancong.
Penari wanita biasanya memakai baju kebaya labuh dengan aksesori kerongsang di dada. Cucuk sanggul dan bunga hiasan memperindah riasan di kepala. Selendang dipakai di bahu bagi mencantikkan lagi pergerakan tarian.
Penari lelaki pula memakai songkok dengan kain samping
berdagang luar atau dalam. Para
penari wanita memakai kasut manakala capal dipakai oleh
penari lelaki.
Penari wanita akan menggunakan
Selendang sebagai props sepanjang persembahan.
Tarian Mak Inang Tua ditarikan secara berpasangan oleh penari lelaki dan wanita. Akan tetapi pada zaman dahulu tarian ini hanya ditarikan oleh perempuan sahaja. Apabila mengikut keperluan dan peredaran zaman, persembahan Tarian Mak Inang Tua telah ditarikan secara berpasangan lelaki dan perempuan. Jumlah pasangan yang selalu dipersembahkan kebiasaannya antara 4 hingga 6 pasangan, namun ianya juga boleh disesuaikan mengikut keluasan pentas. Semakin besar pentas, semakin ramai yang akan menari mengikut keperluan.
Pergerakan tarian banyak tertumpu kepada bahagian tangan
yang diangkat selaras bahu baik oleh penari lelaki mahupun penari wanita. Tempo
tarian adalah sederhana iaitu, 2/4 diselangi dengan paluan gong. Namun
demikian, Tarian Mak Inang Tua juga boleh ditarikan dengan pantas iaitu 4/4
berdasarkan irama masri. Tarian ini diiringi alat muzik rebana, biola dan
gendang. Oleh itu, Tarian Mak Inang Tua mempunyai perbezaan dari segi tempo pergerakan.
Semakin laju sesuatu muzik semakin pantas tempo yang ditarikan.
Tarian Mak Inang Tua telah dicipta oleh Encik Razali Bin Ismail yang lebih dikenali sebagai (Tok Ram) pada tahun 1994. Beliau mencipta tarian tersebut melalui berkisarkan kehidupan bermasyarakat, pergaulan dan senda gurauan bersama pasangan, aksi memikat dan usik-mengusik.
Tarian ini ditarikan di dalam
istana suatu ketika dahulu. Apabila ditarikan di setiap di seluruh Kedah dan
Perlis, tarian ini dijadikan sebagai tarian rakyat.
i. Tokoh:
Encik
Wan Mohd Nor bin Wan Alam