Search Filters
Tapisan Carian

Keputusan Carian : 426

Susunan :

TEATER TRADISIONAL BANGSAWAN (WPKL)

Seni Persembahan >Teater

Sejak bangsawan bertapak di Malaysia pada tahun 1880-an, bermulalah satu kegiatan teater yang kemudiannya menjadi sangat popular dan monopoli kegiatan teater di Malaysia selama lebih 70 tahun. Bangsawan bermula di Pulau Pinang, lalu berkembang ke seluruh Malaysia hingga ke Indonesia. Teater bangsawan dipengaruhi dari pementasan teater Wayang Parsi atau Mendu yang melakonkan cerita-cerita dengan menggunakan bahasa Hindi dan dilakonkan oleh pelakon lelaki dan wanita yang didatangkan dari India ketika dulu. Pada tahun 1870-an, sebuah rombongan drama dari India, dikenali sebagai "Rombongan Wayang Parsi" atau "Mendu," datang ke Pulau Pinang untuk mempersembahkan lakonan mereka. Rombongan ini terdiri daripada pelakon lelaki dan perempuan yang mahir menyanyi, berlakon, dan menari. Teater Bangsawan mencapai zaman kemasyhurannya sekitar akhir tahun 1890-an, dengan memuncaknya bermula pada tahun 1911. Namun, teater ini mengalami kemerosotan pada awal 1940-an sewaktu penjajahan Jepun di Tanah Melayu dan mula hilang populariti pada tahun 1950-an. Selepas itu, beberapa kumpulan kecil masih mementaskan Bangsawan dalam majlis kecil secara undangan, tetapi tidak bertahan lama. Pada tahun 1990-an, dengan adanya Panggung Negara dan Istana Budaya, teater Bangsawan mula diterbitkan semula oleh kedua-dua agensi ini untuk memelihara seni budaya negara. Bangsawan kembali aktif dalam usaha melestarikan teater tradisional, di mana persembahannya semakin konsisten di bawah sokongan kerajaan. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bekerjasama melalui program Semarak Bangsawan, yang dimulakan pada tahun 2007 dan berterusan hingga kini.

• 1

• 3163

TARIAN MANARADAN

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Manaradan adalah salah satu tarian tradisional bagi masyarakat etnik Rungus yang kebanyakannya mendiami kawasan daerah Kudat, Paitan, Kota Marudu dan daerah kecil Matunggong. Tarian ini memiliki nilai budaya yang unik dan merupakan sebahagian daripada warisan yang perlu dikekalkan kerana ia hanya ditarikan ketika hari "Mogunum" atau keramaian khususnya menyambut ketibaan orang-orang besar seperti Huguan Siou iaitu Ketua Agung masyarakat Etnik Kadazan-Dusun ataupun ketua pemimpin bagi rumpun Momogun. Menurut adat dan pantang larang masyarakat etnik Rungus, tarian ini tidak boleh diadakan tanpa sebarang tujuan khusus, kerana ia boleh mendatangkan malapetaka yang akan menimpa semua penghuni di rumah panjang.

• 1

• 1509

TARIAN MODTOMU SUMIRID

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Sumirid merupakan salah satu tarian tradisional masyarakat etnik Kadazan-Dusun dari suku Dusun Liwan yang menetap di kawasan Kundasang  daerah Ranau, Sabah. Tarian ini memiliki sejarah unik kerana namanya di ambil bersempena acara khas pertemuan di antara pemimpin-pemimpin kampung atau puak bagi menyelesaikan perbalahan, permasalahan, atau isu penting dalam komuniti mereka iaitu acara ‘Modtomu’.

Manakala istilah ‘Sumirid’ pula merujuk kepada gerakan dalam proses tradisional memisahkan padi dari tangkainya dengan cara memijak-mijak menggunakan kaki, yang dikenali sebagai acara Mongogik dalam bahasa Dusun. Sebelum adanya teknologi mesin pelerai padi, Mongogik dilakukan secara manual dan merupakan kaedah penting dalam pengolahan hasil padi. Pergerakan ini kemudian dijadikan inspirasi bagi rekabentuk Tarian Sumirid yangbukan sahaja sebagai sebuah tarian, tetapi juga simbol budaya yang memelihara amalan tradisi masyarakat Dusun Liwan.

• 1

• 1820

TARIAN KANJET TEBENGANG MADANG

Seni Persembahan >Tarian

Kanjet Tebengang Madang bermaksud Tari Enggang Terbang yang menggambarkan perpindahan etnik Dayak suku Kenyah dari Apau Kayan ke seluruh wilayah Borneo, khususnya Sarawak. Perhijrahan ini dilakukan demi mencari dan membina kehidupan yang lebih baik dan selamat serta sejahtera. Tarian ini dimulakan dengan Lemoq bermaksud syair dalam bahasa sukuan tersebut, yang menceritakan perjalanan panjang mereka semasa berhijrah.

Tarian ini dipersembahkan oleh golongan wanita suku Kenyah dengan lemah lembut dan gemalai seakan-akan burung enggang yang sedang terbang. Mereka menari bersama dengan wira-wira lelaki suku berkenaan. Seperti sifat burung enggang yang ditakrif sebagai simbol perdamaian, yang selalu mengikut pemimpinnya, begitu juga dengan suku ini yang sentiasa menurut perintah pemimpinnya.

• 0

• 729

KUIH BONGKOL

Makanan Tradisional

Kuih Bongkol merupakan hidangan tradisi dalam masyarakat Melayu di Sarawak yang begitu popular pada musim perayaan khususnya pada sepanjang bulan Ramadhan semasa masyarakat Islam berpuasa sebulan. Kuih ini menjadi keutamaan sebagai hidangan untuk berbuka puasa dan hidangan pada sebelah malamnya. Bahan asas untuk membuat kuih terdiri daripada tepung beras, santan dan gula apong atau gula nipah. Kesemua bahan asas ini perlu digaul agar menjadi adunan yang kemudiannya dimasukkan ke dalam bekas yang diperbuat daripada daun pisang sebelum dikukus. Kuih ini terkenal dengan rasanya enak dan manis, serta teksturnya yang lembut.

• 1

• 3055

NGAJAT INDU

Seni Persembahan >Tarian

Perkataan indu yang disebut sebagai induk, bermaksud wanita dalam bahasa Iban. Oleh itu tarian Ngajat Indu adalah sejenis tarian yang ditarikan sepenuhnya oleh golongan wanita dalam kalangan etnik tersebut. Sehubungan itu, elemen utama dalam tarian ini adalah nilai kelembutan dan kesopanan wanita Iban selain memaparkan dengan jelas akan kehalusan seni budaya serta adat istiadat komuniti peribumi berkenaan.

• 1

• 2432

TARIAN LANGI PINYAMBUT

Seni Persembahan >Tarian

Langi Pinyambut merupakan tarian turun temurun yang diwarisi dari nenek moyang suku kaum Bidayuh di Sarawak. Tarian dalam etnik Bidayuh ini lazimnya dipersembahkan ketika musim menuai. Langi. Malah, tarian tradisional ini merupakan persembahan wajib setiap kali sambutan Pesta Gawai Dayak untuk meraikan hasil tanaman padi. Justeru, tarian ini dipersembahkan dengan tujuan yang amat istimewa dan khusus iaitu bagi menyambut hasil tuaian padi yang dibawa dari sawah yang telah sekian lama diusahakan. Serentak dengan itu, tarian ini adalah manifestasi kepada rasa dan keinginan petani untuk memohon rahmat daripada Tuhan dengan harapan hasil beras yang diperoleh akan mencukupi sepanjang tahun.

• 0

• 1196

CHINGAY

Seni Persembahan >Tarian

Perarakan Chingay merupakan satu bentuk kesenian jalanan yang tergolong dalam kategori permainan tradisional masyarakat Cina, khususnya komuniti Hokkien di Pulau Pinang. Istilah "Chingay" berasal daripada dialek Hokkien tempatan yang membawa dua makna utama: chin-gē (真藝), yang bermaksud "seni asli", dan chng-gē (妝藝), yang membawa maksud "seni peragaan" atau persembahan berbusana. Perarakan ini menampilkan gabungan pelbagai elemen kebudayaan seperti kemahiran mengimbangi bendera gergasi, tarian singa dan naga, persembahan akrobatik, junglee, opera Cina, dan pancaragam, menjadikannya antara persembahan rakyat yang paling meriah, unik dan beridentiti tinggi.

Dari sudut sejarah, Chingay dipercayai bermula di Pulau Pinang sekitar tahun 1880, khususnya dalam kalangan masyarakat Cina Hokkien, dan dikaitkan dengan perarakan sempena ulang tahun kelahiran Dewi Kuan Yin, iaitu Dewi Kasih Sayang dalam kepercayaan Taoisme dan Buddhisme Mahayana. Pada waktu itu, ia turut disertai dengan perarakan patung tokong dan bekas colok dari kuil-kuil tempatan sebagai sebahagian daripada ritual keagamaan. Chingay kemudiannya berkembang menjadi satu bentuk perarakan awam yang besar, yang menghimpunkan persembahan seni jalanan dan tarian tradisional yang mencerminkan semangat spiritual dan komuniti masyarakat Cina tempatan.

Perarakan Chingay yang direkodkan secara rasmi di Pulau Pinang bermula pada tahun 1919, sempena sambutan hari kelahiran Dewa Penyayang, ketika komuniti Cina di George Town memohon perlindungan daripada wabak yang sedang melanda. Perarakan seterusnya diadakan pada tahun 1926 dan sekali lagi pada tahun 1957, iaitu sempena pengisytiharan George Town sebagai bandar oleh Ratu Elizabeth II. Tahun 1957 ini juga dianggap sebagai detik penting apabila bendera Chingay buat pertama kalinya dikibarkan secara sekular, menandakan peralihan daripada fungsi keagamaan kepada bentuk persembahan awam yang inklusif.

Transformasi lebih ketara berlaku pada tahun 1966 apabila Majlis Bandaraya George Town memperkenalkan Pesta Pulau Pinang sebagai usaha untuk

memajukan sektor pelancongan. Dalam konteks ini, perarakan Chingay dimasukkan sebagai acara utama yang kemudiannya diperkayakan dengan unsur tarian naga dan singa, serta pelbagai persembahan seni kontemporari. Sejak itu, Chingay bukan sahaja berfungsi sebagai ritual budaya, malah berkembang menjadi tarikan pelancongan antarabangsa yang memperkukuh identiti negeri Pulau Pinang sebagai pusat kepelbagaian budaya dan warisan.

Kini, Chingay diraikan saban tahun pada hari ke-21 bulan pertama kalendar Lunar Cina, bersempena sambutan kelahiran Dewa-Dewa Cina serta sebagai kemuncak perayaan Chap Goh Meh. Perarakan ini bermula dari hadapan kuil Kuan Yin atau Dewan Bandaran Cina dan melalui jalan-jalan utama di George Town, disambut dengan pembakaran mercun oleh penduduk tempatan sebagai tanda penghormatan kepada Dewi Kasih Sayang.

Menariknya, perarakan Chingay kini turut diraikan di negeri-negeri lain seperti Johor Darul Takzim, dan pernah dipersembahkan di hadapan Yang di-Pertuan Agong dalam sambutan Hari Kebangsaan. Hal ini mencerminkan perluasan penerimaan dan penghargaan masyarakat Malaysia pelbagai kaum terhadap Chingay sebagai simbol perpaduan nasional. Pada masa ini, Chingay juga sedang dalam proses permohonan untuk diiktiraf sebagai Warisan Tidak Ketara Dunia oleh UNESCO, sekali gus memperkukuhkan kedudukannya sebagai sebahagian daripada warisan budaya Malaysia yang perlu dilestarikan.

• 15
• 5717

BERENDOI (PULAU PINANG)

Seni Persembahan >Muzik

Berendoi adalah temasya atau adat masyarakat Melayu bagi menyambut kelahiran bayi. Dalam erti kata lain, berendoi merupakan upacara bercukur rambut atau jambul bayi yang berusia sekurang-kurangnya tujuh hari. Berendoi turut dikenali sebagai aktiviti mengayunkan buaian (adat naik buai), dilakukan setelah bayi dibawa mengelilingi kumpulan marhaban, keluarga dan tetamu untuk dicukur rambutnya. Ketika berendoi, kumpulan marhaban akan menyampaikan maulid atau maulud, iaitu nyanyian-nyanyian berunsur keagamaan. Di Pulau Pinang, temasya ini turut dikenali sebagai Maulud Jawi.

Kebiasaannya, kumpulan endoi terdiri daripada wanita-wanita kumpulan marhaban dan qasidah, yang akan berselawat dengan menyampaikan lirik-lirik lagu memuji Nabi Muhammad SAW. Bait-bait lagu dalam berendoi juga berupa nasihat kepada ibu dan anak agar hidup dengan amalan murni serta mematuhi syariat agama sepanjang kehidupan. Kumpulan nyanyian ini terdiri daripada sekurang-kurangnya empat orang wanita atau lelaki. Di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Kumpulan Naim Hawa terkenal dalam mempersembahkan lagu-lagu berendoi termasuk lagu-lagu aktiviti keagamaan lain iaitu Marhaban dan Berzanji.

“Ayuhai anak di dalam buaian,

Pejamkan mata jangan tangiskan,

Lagu Berendoi kami dendangkan,

Di dalam majlis tanda kesyukuran.”

Dalam majlis berendoi ini, selain daripada upacara cukur jambul, tahnik atau membelah mulut akan dilakukan oleh bapa atau ahli agama (ustaz) yang diundang khas ke majlis tersebut. Bermaksud, selain daripada temasya, sunnah yang dicontohi daripada Rasulullah S.A.W turut dilakukan, sebagai tanda mensyukuri rezeki kelahiran anak.

Majlis berendoi ini terkenal dalam kalangan masyarakat utara. Selain Pulau Pinang, Kedah dan Perlis memperlihatkan adat yang sama. Sesetengah kepercayaan dahulu-kala menyebut bahawa majlis endoi ini merupakan majlis nazar ibu bapa kerana memiliki anak. Ada juga mengatakan endoi merupakan majlis membayar nazar setelah mendapat anak lelaki atau anak perempuan, seperti dihasratkan. Pun begitu, secara asasnya, endoi atau berendoi sangat akrab dengan didikan Islam, iaitu menyampaikan pesan amanat, pedoman dan memuji-muji Tuhan.

• 2
• 1471

KUIH BADAK KUBANG

Makanan Tradisional

Kuih Badak Kubang adalah salah satu kuih tradisional Melayu yang popular di Malaysia, khususnya di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu. Kuih ini terkenal dengan bentuknya yang unik dan rasanya yang manis serta enak. Nama "Badak Kubang" yang diberikan kepada kuih ini merujuk kepada bentuk kuih yang mirip dengan badak, iaitu bulat dan gemuk. Istilah "kubang" pula merujuk kepada "parit" atau "lubang", yang menggambarkan bentuk kuih ini yang mengembang dan berisi selepas dimasak.

Sejarah dan Asal Usul:

1. Asal Nama:

o Nama kuih Badak Kubang dipercayai berasal dari bahasa Melayu yang menggambarkan rupa kuih tersebut yang menyerupai badak (sejenis haiwan) yang gemuk dan bulat. Istilah "kubang" merujuk kepada kawasan yang lembap atau berlumpur, mencerminkan bentuk kuih yang agak leper di bahagian atas, seperti badak yang berada di dalam kubang.

2. Asal Usul Kuih:

o Kuih Badak Kubang berasal dari tradisi kulinari Melayu, khususnya dari negeri-negeri seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan salah satu kuih tradisional yang dijadikan hidangan pada majlis-majlis khas, seperti perayaan, kenduri, dan majlis rasmi. Kuih ini merupakan antara kuih yang diwarisi turun temurun dari nenek moyang masyarakat Melayu di pantai timur Semenanjung Malaysia.

• 1

• 1328

ALANG RA ILLAU

Seni Persembahan >Tarian

Alang Ra Illau adalah tarian tradisional etnik Murut dari suku Tahol yang kebanyakannya menetap di daerah Nabawan, Pensiangan dan Tenom. ‘Alang’ membawa maksud ‘menari’ manakala ‘Illau’ adalah ‘upacara pertukaran hasil-hasil hutan seperti buah-buahan, antara kampung.’ Sehubungan itu, tarian ini mempamerkan gerak seolah-olah mengutip buah-buahan yang renek dan senang dicapai. Kadangkala penari wanita membawa bakul atau ‘Basung’ dalam bahasa tempatan, yang disandang ke belakang untuk diisi dengan buah-buahan yang telah dikutip. Kemudian buah-buahan tersebut akan ditukar dengan penduduk kampung atau kampung-kampung yang lain.

• 7

• 2147

TARIAN JOGET MELAKA

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Joget dipercayai mempunyai akar sejarah yang berkait rapat dengan tarian Portugis yang dibawa ke Melaka pada abad ke-16 semasa penjajahan Portugis. Tarian ini dikenali dengan pelbagai nama seperti "joget" atau "joget Melayu," yang dikatakan dipengaruhi oleh tarian rakyat dari Portugal yang kemudian berkembang dengan ciri-ciri tempatan.

Melaka, sebagai pelabuhan penting di Asia Tenggara, menjadi tempat pertembungan pelbagai budaya dan bangsa, termasuk bangsa Melayu, Portugis, Arab, India, dan China. Perkongsian budaya ini menghasilkan gabungan unsur-unsur seni yang dapat dilihat dalam pelbagai bentuk seni, termasuk tarian. Oleh itu, Joget di Melaka berkembang dengan pengaruh budaya Portugis yang kemudiannya dipadukan dengan elemen-elemen tradisional Melayu.

Pada awalnya, Joget adalah tarian sosial yang dipersembahkan di kalangan rakyat biasa dan dipopularkan dalam majlis-majlis sosial, seperti perayaan dan pertemuan komuniti. Tarian ini mudah diikuti kerana langkah-langkahnya yang sederhana dan bersemangat. Di Melaka, Tarian Joget mula dipersembahkan secara meluas dalam acara-acara seperti majlis perkahwinan, perayaan, dan festival budaya, serta digunakan sebagai hiburan dalam pelbagai majlis sosial masyarakat Melayu. Seiring dengan perkembangan masa, bentuk tarian ini mengalami pengubahsuaian dan penyesuaian kepada citarasa dan identiti budaya setempat. Tarian ini berkembang dengan lebih lanjut apabila unsur-unsur muzik tradisional Melayu digabungkan dengan pengaruh muzik barat dan Portugis. Gendang, rebab, dan seruling adalah instrumen muzik yang sering mengiringi Tarian Joget, mencipta rentak yang bersemangat dan sesuai dengan sifat tarian yang pantas dan riang.

• 5

• 4081