Senarai Seni Budaya
Senarai Keseluruhan seni budaya merangkumi semua kategori dan negeri
Keputusan Carian : 430
NGAJAT NGALU TEMUAI
Ngajat Ngalu Temuai bermaksud tarian menyambut tetamu yang dipersembahkan oleh penari-penari lelaki dan perempuan etnik Iban. Secara khusus, persembahan tarian ini diadakan untuk mengalu-alukan kehadiran para tetamu atau temuai dalam bahasa Iban. Lazimnya, tarian ini ditarikan bagi menjemput dan mengiringi tuai rumah iaitu ketua rumah panjang bersama orang kenamaan dan tetamu-tetamu kehormat bergerak masuk ke rumah berkenaan.
Pergerakan tarian ini hampir sama dengan Tarian Ngajat Indu yang memaparkan gerak lemah gemalai dan tertib. Biasanya tarian ini dipersembahkan ketika upacara perasmian atau pembukaan sesuatu majlis rasmi dan perayaan khususnya Hari Gawai.
- 0
- 1409
TARIAN MENYAK
Tarian Mengarang Menyak yang asal adalah sebuah tarian etnik Melanau. Tarian ini menggambarkan kehidupan masyarakat Melanau yang tinggal di pesisiran pantai Sarawak. Tarian ini juga adalah simbolik kepada proses menyak iaitu salah satu cara dalam penghasilan tepung sagu yang juga disebut sebagai 'sei' dalam bahasa tempatan. Tarian Mengarang Menyak wajar dipelihara dan dijadikan warisan masyarakat Melanau di Sarawak, seterusnya memperkukuh identiti dan jati diri bangsa mereka.
Diinsprasikan daripada penyelidikan bersama dua (2) persatuan di Mukah iaitu Warisan Budaya Mukah (WARISMU) bersama pengerusinya ketika itu Allahyarham Abdul Latip bin Mohti dan Puan Tahiri Jasmin Smith daripada Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Sri Ritma Borneo, maka lahirlah Tarian Menyak versi Kreasi Baharu yang menyegarkan dalam bentuk dan cara persembahan.
- 19
- 2167
ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT BANJAR BAGAN SERAI, PERAK: BAPUKUNG ATAU PUKONG
Bapukung atau Pukong merupakan salah satu adat tradisional menidurkan atau mendodoikan bayi dalam masyarakat Melayu Banjar yang sarat dengan nilai budaya dan keagamaan. Adat ini popular dalam kalangan masyarakat Melayu Banjar yang kebanyakannya menetap di daerah Bagan Serai, Perak dan kekal diamalkan sehingga ke hari ini. Dalam amalan ini, bayi ditidurkan dalam posisi duduk dengan badan diikat kemas menggunakan kain hingga ke paras tengkuk, manakala kedua-dua kakinya dibiarkan terlunjur keluar dari buaian. Semasa buaian diayun, sekumpulan pendendang yang terdiri daripada wanita akan akan mendendangkan Lagu Bapukung dalam dialek Banjar, diselang-seli dengan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
- 6
- 1496
TARIAN ZAPIN PARIT MASTAR
Zapin Parit Mastar diasaskan oleh Ahmad bin Timbul, seorang pedagang dari Pontian, Johor, pada sekitar tahun 1950-an. Beliau sering membawa dagangan ke kepulauan Karimun dan Riau, di mana beliau terinspirasi oleh permainan Zafin Arab Hadhrami dan zapin yang dimainkan oleh penduduk tempatan di Selat Panjang dan Riau. Keterujaannya terhadap seni ini mendorongnya mencipta langkah-langkah zapin khas yang kemudian dikenali sebagai Zapin Parit Mastar, dinamakan sempena kampungnya. Sahabat-sahabat beliau, termasuk Haji Keliwon bin Denan, turut mempelajari dan mempersembahkan zapin ini, menjadikannya seni warisan utama Kampung Parit Mastar.
- 0
- 1234
HARI MOYANG
Hari Moyang merupakan sambutan kebesaran masyarakat Orang Asli daripada etnik Mah Meri terutama sekitar Kampung Sungai Bumbun di Pulau Carey. Masyarakat Mah Meri akan mengadakan hari pemujaan khas untuk “moyang laut” atau dipanggil “puja pantai” yang disambut pada tarikh yang ditetapkan lembaga adat kampung mengikut perkiraan berdasarkan kalendar Cina. Upacara ini dibuat secara besar-besaran oleh penduduk kampung yang diketuai oleh pawang. Mereka akan berarak dari kampung hingga ke tepi laut dengan iringan paluan muzik tradisional bagi memulakan upacara memuja pantai. Hari Moyang dipercayai oleh suku Mah Meri sebagai hari moyang-moyang mereka dari alam lain turun melawat bumi. Secara tradisi, upacara ini bermula sejak bertahun lamanya berdasarkan legenda yang telah wujud kira-kira 200 tahun dahulu dimana tongkang membawa penumpang dan barangan terperangkap dalam ribut besar di Pulau Carey, berhampiran Tanjung Rhu, di Selat Melaka. Tiada seorang pun penduduk pulau menyangka kapal itu akan bertahan menempuh ribut itu, tetapi sesuatu mengejutkan berlaku apabila mereka melihat tongkang itu seolah-olah diseret ke pantai oleh kuasa yang tidak diketahui. Penduduk kampung percaya Moyang Getah menyelamatkan tongkang itu dan penumpangnya.
- 0
- 2038
TARIAN ALAI SEKAFI
Alai Sekafi merupakan tarian tradisional masyarakat etnik Lundayeh, yang sebahagian besarnya mendiami daerah Sipitang dan kawasan pedalaman Long Pasia di Sabah. ‘Alai’ membawa maksud menari manakala ‘Sekafi’ adalah alat muzik tradisional masyarakat etnik Lundayeh yang rekabentuknya menyerupai alat muzik Sape. Oleh itu, tarian alai sekafi ini terhasil daripada nama alat yang dimainkan.
- 6
- 1205
PERGENDANGAN DHOL
Dhol dan Bhangra bermula sebagai pengisian perayaan meraikan musim menuai dan vaisakhi. Selepas pembentukan Punjab pada tahun 1947, ia mulai menjadi persembahan pentas. Tarian Punjabi yang dipersembahkan pada ketika itu mengikuti rentak Dhol dikenali sebagai Bhangra. Tradisi ini semakin meluas ke segenap rantau dan berkembang menjadi sebuah tarian rakyat yang unik dipanggil Bhangra dan kini dipersembahkan pada setiap perayaan besar di Utara India. Lagu-lagu iringan terdiri daripada bait-bait ringkas yang ditulis dalam bahasa Punjabi dipanggil boliyah. Lagu - lagu yang dimainkan berkaitan perayaan menuai, kasih sayang, patriotisme dan kekeluargaan.
Dalam muzik rakyat Punjabi, alat muzik dhol yang bersaiz kecil sedikit dipanggil dholki, hampir sering digunakan sebagai alat muzik utama. Namun pada masa kini dhol sering digunakan, dengan atau tanpa dholki. Dhol merupakan sejenis alat muzik yang menghasilkan bunyian yang rancak yang boleh membuatkan orang menari.Muzik pergendangan tradisional Dhol yang dikatakan berasal dari daerah Punjabi, India, merupakan sebuah kesenian kaum Punjabi atau Sikh di Malaysia. Dhol adalah gendang laras bermuka dua yang kebanyakannya dimainkan untuk mengiringi tarian Punjabi tradisional seperti ‘Bhangra’ dan ‘Giddha’. Pergendangan Dhol juga ditemui di wilayah Punjab di Pakistan dan utara India, seperti di negeri Punjab, Himachal Pradesh, Haryana, dan Delhi. Pergendangan Dhol telah menjadi salah satu elemen dalam amalan-amalan pengikut agama Sikh. Pergendangan Dhol juga berfungsi untuk memandu minda penganut yang mencari ketenangan rohani. Seiring dengan perkembangan zaman, kini ia dipersembah secara meluas dalam upacara kaum Punjabi. Walaupun Bhangra bermula hanya sebagai sebahagian daripada perayaan menuai, namun ia akhirnya menjadi sebahagian daripada pelbagai majlis keraian seperti perkahwinan dan sambutan tahun baharu.
- 12
- 2040
SUMAYAU
Sumayau, atau dikenali juga sebagai Madsayau, adalah sebuah tarian tradisional etnik Kadazan-Dusun dari suku Dusun Lotud atau Suang Lotud yang berasal dari Daerah Tuaran, Sabah. Tarian ini membawa nilai spiritual dan budaya yang mendalam kerana menjadi sebahagian dalam persembahan upacara ritual adat dan kepercayaan masyarakat Dusun Lotud. Perkataan ‘Sumayau’ bermaksud menari atau kata asalannya yang boleh dikaitkan dengan ‘Madsayau’ bermasuk ‘menari’ atau ‘menarikan’.
- 3
- 2285
DODOL PENGANAN
Menu masakan Dodol ialah manisan tradisional dari Nusantara yang memiliki akar budaya mendalam dalam masyarakat Melayu, Minangkabau, dan Jawa. Dikenali dengan teksturnya yang kenyal serta rasa manis berlemak, dodol sering disajikan pada acara perkahwinan, Hari Raya, dan perayaan lain sebagai lambang kemakmuran dan kegembiraan. Penyediaan dodol biasanya dilakukan secara gotong-royong dan memerlukan proses kacau yang mengambil masa berjam-jam, mencerminkan nilai kesabaran dan kerjasama dalam masyarakat. Dodol diiktiraf sebagai warisan budaya yang melambangkan perpaduan dan identiti masyarakat Melayu dan terus diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya.
- 0
- 1102
ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT MAH MERI KELAHIRAN: SELEPAS BAYI DILAHIRKAN
Suku Mah Meri, salah satu kumpulan Orang Asli di Malaysia, memiliki adat resam yang kaya dan unik dalam setiap aspek kehidupan mereka, termasuk upacara kelahiran dan pemberian nama kepada bayi. Proses pemberian nama dalam budaya Mah Meri melibatkan adat istiadat penting yang bertujuan untuk menjaga kesejahteraan bayi serta melindunginya daripada gangguan roh jahat.
Masyarakat Mah Meri adalah salah satu daripada kumpulan Orang Asli yang tinggal di Semenanjung Malaysia, khususnya di kawasan pesisir pantai Selangor, seperti Pulau Carey. Mereka tergolong dalam suku kaum Senoi, dan dikenali dengan warisan budaya yang kaya, termasuk seni ukiran topeng kayu yang terkenal di peringkat antarabangsa.
Sebagai sebuah masyarakat yang amat menghormati alam sekitar, kepercayaan tradisional Mah Meri sangat berkait rapat dengan alam semula jadi serta roh nenek moyang. Mereka percaya bahawa setiap aspek kehidupan, termasuk kelahiran dan pemberian nama, mempunyai hubungan dengan dunia spiritual dan memerlukan restu serta perlindungan daripada roh-roh nenek moyang.
Dalam konteks tatkala setelah kelahiran cahaya mata dari pasangan suami isteri, maka pemberian nama adalah upacara penting kerana masyarakat Mah Meri percaya bahawa wujud kuasa spiritual yang melindungi bayi daripada sebarang ancaman, termasuk gangguan roh jahat. Proses ini dilakukan dengan penuh adat dan tradisi, mencerminkan kepercayaan mendalam mereka terhadap keseimbangan antara manusia, alam, dan roh.
- 1
- 1403
ADAT PERPATIH NEGERI SEMBILAN
Masyarakat Minangkabau yang mewarisi adat ini mempercayai sepenuhnya bahawa Datuk Perpatih Nan Sabatang, juga dikenali sebagai Cati Bilang Pandai dan penasihat Sri Maharajo Dirajo, pemerintah pertama Minangkabau, telah mewujudkan sistem matrilini melalui keperibadian Ibu Kandung. Istilah Adat Perpatih hanya bermula semenjak kedatangan Islam pada abad ke-15, seiring dengan kewujudan adat ini di wilayah-wilayah yang kemudiannya membentuk gabungan Negeri Sembilan pada abad ke-18.
Adat Perpatih Di Negeri Sembilan
Pada abad ke-15 pantai timur Sumatera di Indonesia adalah sebahagian daripada wilayah Minangkabau di bawah pemerintahan Kesultanan Melaka di Tanah Melayu. Justeru, kedatangan masyarakat Minangkabau ke Tanah Melayu adalah amalan biasa. Mereka membawa masuk adat ini yang diterima dan mula berkembang terutamanya di kawasan Paya Kumbuh, Batu Hampar, Tanah Datar dan Seri Lemak.
Adat Perpatih di Negeri Sembilan dan Naning adalah gabungan adat ini yang diamalkan di Minangkabau dengan adat penduduk setempat dan berasaskan hukum syarak. Oleh itu, terdapat kelainan unsur adat ini di wilayah-wilayah tersebut dengan yang di Minangkabau yang mengandungi unsur-unsur merantau, berdagang atau berhijrah.
Suku Biduanda adalah suku utama daripada 12 suku dalam sistem Adat Perpatih Negeri Sembilan, dan terdapat dalam mana-mana jua wilayah adat atau luak kerana ini diamal oleh penduduk asal.
- 0
- 4796
SAYAU KADAYAN
Sayau Kedayan atau lebih dikenali dengan nama Sayau Moginum adalah sebuah tarian tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat etnik Dusun Tatana di daerah Kuala Penyu. Secara tradisional, tarian ini berasal daripada adat ritual Moginum iaitu upacara khusus untuk memanggil roh nenek moyang atau kaum keluarga yang meninggal dunia untuk menghadiri sesebuah majlis yang diraikan. Namun begitu, seawal tahun 1961 dalam sambutan Pesta Kaamatan, tarian ini mulai dipersembahkan pada khalayak umum sebagai sebuah apresiasi bentuk persembahan yang menonjolkan budaya etnik Dusun Tatana.
- 3
- 2542