Senarai Seni Budaya
Senarai Keseluruhan seni budaya merangkumi semua kategori dan negeri
Keputusan Carian : 426
KUIH BUNGA PUDAK

Kuih Bunga Pudak adalah kuih tradisional masyarakat Melayu yang popular di Jitra, Kedah dan juga hidangan istimewa di sana. Sajian ini dinamakan sedemikian sempena warna bunga pokok Pudak. Kuih Bunga Pudak adalah salah satu kuih tradisional yang sangat terkenal di negeri Kedah, yang bukan sahaja disukai kerana keenakan rasanya tetapi juga kerana keunikan bentuk dan cara penyediaannya.

- 1
- 2114
TARIAN ZAPIN LENGA

Zapin merupakan salah satu bentuk tarian tradisional Melayu yang mempunyai

akar sejarah panjang serta dipengaruhi oleh unsur-unsur budaya Arab dan Islam

yang diperkenalkan oleh para pendakwah dan pedagang Timur Tengah sekitar 500

tahun yang lalu. Di Johor, zapin telah berkembang menjadi identiti budaya yang

tersendiri, diperkaya dengan adaptasi tempatan dan diwarisi secara turun-temurun

dalam masyarakat. Zapin tidak sekadar berfungsi sebagai hiburan semata-mata,

tetapi turut memainkan peranan sebagai medium dakwah, pendidikan kerohanian,

serta pengukuh hubungan sosial dalam kalangan komuniti Melayu Johor.

Salah satu cabang zapin yang terpenting ialah Zapin Lenga, yang berasal dari

Kampung Lenga Batu 28, Muar, Johor. Tarian ini merupakan antara bentuk zapin

yang paling tua di negeri Johor dan mempunyai nilai sejarah yang amat tinggi

dalam perkembangan seni tari zapin di Malaysia. Zapin Lenga juga dikenal pasti

sebagai antara 20 jenis zapin tradisional yang direkodkan di Johor, dan sering

dianggap sebagai prototaip kepada gaya persembahan Zapin Melayu Johor yang

dikenali hari ini.

Menurut sejarahnya, Zapin Lenga diasaskan oleh Allahyarham Rabu bin Harom,

atau lebih dikenali sebagai Wak Rabu iaitu seorang tokoh seni tradisional yang

dihormati di kawasan Muar. Warisan ini kemudiannya diteruskan oleh Haji Sukur

bin Basir, dan kini sedang dikembangkan oleh pewaris budaya setempat iaitu

Encik Majid bin Rawino. Pada asalnya, tarian ini hanya dipersembahkan oleh

penari lelaki, terutamanya dalam majlis-majlis keramaian seperti kenduri, khatam

al-Quran, cukur jambul, dan perayaan kampung. Namun, selaras dengan

perubahan zaman dan penerimaan masyarakat, Zapin Lenga kini turut

dipersembahkan oleh penari wanita, khususnya untuk menyerlahkan kelembutan,

keayuan, dan kehalusan gerak tari yang menjadi ciri khas zapin ini.

Dari segi estetika, Zapin Lenga menekankan nilai-nilai murni yang berteraskan

adab dan sopan santun Melayu. Gerak tariannya diolah secara simbolik bagi

mencerminkan kesantunan dan ketertiban budaya masyarakat tempatan.

Walaupun berdepan dengan cabaran modenisasi dan perubahan gaya hidup,

usaha-usaha aktif pemuliharaan dan pewarisan telah membolehkan Zapin Lenga

terus berkembang sebagai warisan seni persembahan yang hidup, yang relevan

kepada generasi muda dan terus dipelihara dalam program kesenian, pendidikan

budaya, serta festival warisan di peringkat negeri dan kebangsaan.

- 13
- 3892
ADAT AMONG/MAJLIS KESYUKURAN

Among-Among adalah upacara kesyukuran yang diamalkan oleh masyarakat Jawa di Johor, terutamanya berkaitan dengan kelahiran dan perkembangan bayi. Tradisi ini melibatkan pelbagai peringkat upacara kesyukuran, bermula sejurus bayi selamat dilahirkan, ketika usia bayi 36 hari, dan ketika bayi mencapai usia sekitar 8 bulan untuk majlis pijak atau jejak tanah. Dalam beberapa keluarga, upacara ini terus diadakan setiap tahun sehingga bayi fasih bercakap.

Selepas setahun kelahiran, upacara pijak tanah menjadi peristiwa penting dalam kehidupan bayi. Ia melibatkan sajian tradisional seperti Ayam Ingkung, di mana ayam jantan muda atau ayam lancor digunakan, melambangkan keberkatan. Bayi diraikan dengan diberi bahagian paha ayam tersebut. Hidangan tradisional seperti Nasi Keluban dan Bubur Abang turut memainkan peranan penting dalam adat ini, mencerminkan nilai simbolik dan budaya masyarakat Jawa.

- 0

- 1292
ALAT MUZIK KULINTANGAN

Kulintangan merupakan alat muzik tradisional yang sangat berakar dalam budaya masyarakat etnik di negeri Sabah kerana alat muzik ini diwarisi oleh hampir setiap kumpulan etnik. Ia terdiri daripada satu set gong kecil yang disusun mendatar di atas rangka kayu dan biasanya dimainkan secara berkumpulan. Kulintangan biasanya mempunyai 8 hingga 9 buah gong-gong kecil yang di susun sebaris dan apabila dimainkan ia akan mengeluarkan bunyi yang berlainan antara satu sama lain dengan menggunakan dua alat pemukul kayu yang kecil.

Terdapat beberapa perbezaan dari segi jumlah kulintangan dibeberapa daerah, contohnya seperti daerah Telupid dan Beluran iaitu suku kaum Dusun Labuk jumlah kulintangan yang biasa digunakan adalah sebanyak 9 manakala etnik dari daerah lain biasanya dalam 6 hingga 7 kulintangan saja. Selain itu, kulintangan yang dimainkan juga mempunyai perbezaan dari segi alat muzik iringan tradisional antara daerah, contohnya di sebelah Pantai Barat biasanya akan hanya menggunakan kulintangan sahaja tanpa sebarang alat muzik iringan tradisional, manakala di Pantai Timur seperti Telupid dan Beluran, alat muzik kulintangan akan diiringi dengan paluan 3 jenis gong yang berbeza saiz. Begitu juga dengan masyarakat etnik Bajau dan Suluk di sekitar daerah Semporna, Tawau dan Lahad Datu, Kulintangan biasanya diiringi oleh alat muzik tradisional Gong Ibu dan Gong Anak, serta Tambul (gendang).

- 3

- 7986
ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM ORANG ULU: ADAT MAKAN TAHUN

Adat Makan Tahun merupakan sebuah acara tahunan yang biasanya diadakan antar bulan Mei hingga Julai. Jamuan penuh kemeriahan ini diadakan bagi tujuan memanifestasikan rasa kesyukuran kepada Tuhan atas rezeki yang dikurniakan. Dalam konteks Orang Ulu, tumpuan diberikan kepada penghasilan tanaman padi yang merupakan hasil tani yang sangat penting iaitu sebagai tanaman makanan utama. Oleh itu, selain bersyukur atas hasil yang begitu baik, upacara ini juga diharapkan dapat memastikan hasil yang banyak dapat dinikmati pada tahun-tahun yang akan datang. Sehingga kini, upacara makan tahun masih tetap diadakan meskipun terdapat dalam kalangan kaum Orang Ulu yang tidak lagi mengusahakan tanaman padi.

- 1

- 1337
GULAI UMBUT PISANG

Gulai Umbut Pisang adalah hidangan istimewa masyarakat di Daerah Baling, Kedah.

- 1
- 995
ADAT BERDERAI

Majlis perkahwinan merupakan salah satu upacara meriah yang dilangsungkan dengan semangat gotong-royong dan kerjasama. Adat berderai merupakan salah satu adat yang sering diamalkan ketika perkahwinan di Kelantan. Berderai merupakan kaedah meringankan beban perbelanjaan pihak pengantin dengan cara timbal balas bantuan kewangan yang diberikan oleh rakan, keluarga atau individu yang terdekat kepada pengantin. Contohnya, sekiranya berderai RM1000 diberikan kepada si A ketika majlis perkahwinannya, maka RM1000 juga akan dikembalikan oleh si A kepada pemberi ketika majlis perkahwinan di pihak pemberi.

Adat yang masih diamalkan oleh masyarakat desa ini menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dan permuafakatan yang masih tebal dalam kalangan masyarakat setempat.

- 1

- 765
ALAT MUZIK GABBANG

Gabbang adalah alat muzik tradisional yang menjadi warisan masyarakat etnik Suluk dan Bajau di Sabah yang kebanyakannya menetap di daerah Semporna, Lahad Datu dan Sandakan. Alat muzik ini tergolong dalam kategori Xilofon, diperbuat daripada buluh dan dilengkapi dengan kotak resonator berbentuk trapezoid yang disebut ‘Papagan’ sebagai kotak bunyi untuk menghasilkan resonans merdu. Gabbang memiliki 14 hingga 20 bilah buluh yang dipotong dan disusun mengikut ukuran panjang yang tidak selari kerana setiap satu menghasilkan nada tertentu. Kemudian, buluh tersebut disusun di atas kotak resonator dengan skala tujuh nada (heptatonik) dalam jarak interval yang hampir sama. Ukurannya pula adalah lebih kurang 20 sentimeter panjang, 51 sentimeter lebar dan 37 sentimeter tinggi. Alat pemukul Gabbang dikenali dengan nama ‘Palu’an’ yang diperbuat daripada kayu dan dilapisi dengan getah pada bahagian yang mengetuk buluh.

- 2

- 2259
ALAT MUZIK SULING (SERULING)

Suling dalam konteks masyarakat etnik Kadazan-Dusun adalah alat muzik tradisional dalam kategori aerofon jenis seruling mulut yang bersaiz lebih pendek berbanding saiz panjang seruling biasa. Ia diperbuat daripada buluh Sumbiling yang mempunyai lima atau enam lubang jari dikenali dengan nama ‘Pongombitan’. Bagi lubang ibu jari pula dikenali dengan nama ‘Molohing Tunturu’. Kedua-dua hujung Suling akan ditebuk untuk aliran tiupan daripada mulut dan aliran nada bunyi yang dihasilkan. Lubang untuk meniup dikenali dengan nama ‘Pogunian’ dan hujung lubang Suling (belakang) dikenali dengan nama ‘Pongirusan’.

Alat muzik Suling ini lebih mudah dihasilkan jika dibandingan dengan alat muzik buluh yang lainnya. Tetapi, ia memerlukan ketelitian dalam penghasilannya untuk memastikan Suling mengekalkan keaslian bunyi serta tradisi pembuatan yang diwarisi turun-temurun.

- 3

- 5116
GENDANG 24 MUSIM

Gendang 24 Musim juga dikenali sebagai gendang cina atau gendang shigu di kalangan pemain muzik tradisional di Malaysia. Menurut sejarah, ensemble ini mempunyai 24 gendang yang mana setiap gendang mewakili satu musim dalam 24 musim pertanian dalam calendar China. Kalendar 24 Musim ini merupakan satu calendar yang dicipta rakyat China pada zaman purba berdasarkan kepelbagaian fenomena alam khususnya perrubahan iklim. Nama setiap musim ditulis pada setiap gendang menggunakan kaligrafi Cina.

Secara amnya, ensemble ini boleh dikatakan sebagai gabungan tiga unsur kebudayaan dan kepercayaan tradisional China iaitu 24 tempoh suria atau musim, kesenian kaligrafi dan seni paluan gendang. Ini secara tidak langsung sebenarnya telah melahirkan sebuah seni kebudayaan baru dan interpretasi baru terhadap kesenian gendang yang sebelum ini tidak pernah wujud di kalangan masyarakat Negara China terutamanya di kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Gendang 24 Musim ini popular disebabkan bilangannya yang banyak dan sejak tahun 1990an lagi telah diajarkan kepada murid-murid sekolah Cina di Malaysia. Di Malaysia, ensemble gendang 24 musim pertama kalinya diasaskan oleh seorang guru muzik yang berasal dari negeri Johor Bahru, En. Chen Wei Chong pada 12 Jun 1988.

Persembahan pertama ensemble ini hanya menggunakan Sembilan gendang dan dipersembahkan oleh Pertubuhan Cina di Johor Bahru. Oleh kerana persembahan ini mendapat sambutan dan minat ramai, pertubuhan ini Berjaya mendapatkan sumbangan dan dana untuk membeli sebanyak 15 gendang untuk melengkapkan ensemble ini.

- 1

- 6726
KUIH KARAS (KEDAH)

Kuih Karas diperbuat daripada tepung beras. Ia berbentuk jaring halus seperti bihun tetapi rangup dan rasanya manis. Makanan tradisi ini dihasilkan dengan menggunakan adunan tepung beras cair yang dikirai dalam minyak panas dengan menggunakan acuan khas sehingga kuning keemasan. Ia kemudian diangkat dan dilipat. Kuih Karas sangat popular dalam kalangan masyarakat di daerah Kota Setar, Kedah.

- 1
- 3053
TARIAN SI TUBAU

Si Tubau adalah salah satu tarian tradisional bagi masyarakat etnik Iranun di Sabah yang kebanyakannya menetap di daerah Kota Belud, Kota Marudu dan Tuaran. Nama tarian ini diambil daripada istilah “Tubau” yang bermaksud “kain tenun” iaitu sebuah hasil seni tekstil yang menjadi kebanggaan etnik Iranun. Kain tenun ini dihasilkan untuk menjadi baju, skirt, tuala, selendang dan seluar. “Si Tubau” pula secara khusus merujuk kepada “Si Tukang Tenun”, iaitu individu yang mahir dalam seni menenun kain tradisional ini. Disebabkan itu, kebanyakan pergerakan dalam tarian ini mempamerkan gerak-gerak seperti seseorang yang sedang menenun kain.

- 1

- 1738