NGAJAT NGALU TEMUAI

Seni Persembahan >Tarian

Gambar

0

Video

tiada

Pelawat Hari ini

73

Jumlah Pelawat

890

Pengenalan dan sejarah

Ngajat Ngalu Temuai bermaksud tarian menyambut tetamu yang dipersembahkan oleh penari-penari lelaki dan perempuan etnik Iban. Secara khusus, persembahan tarian ini diadakan untuk mengalu-alukan kehadiran para tetamu atau temuai dalam bahasa Iban. Lazimnya, tarian ini ditarikan bagi menjemput dan mengiringi tuai rumah iaitu ketua rumah panjang bersama orang kenamaan dan tetamu-tetamu kehormat bergerak masuk ke rumah berkenaan.  


Pergerakan tarian ini hampir sama dengan Tarian Ngajat Indu yang memaparkan gerak lemah gemalai dan tertib. Biasanya tarian ini dipersembahkan ketika upacara perasmian atau pembukaan sesuatu majlis rasmi dan perayaan khususnya Hari Gawai.


Sumber Rujukan

https://pubhtml5.com/jlne/ngnv/basic/ 

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Encik Boniface Anak Babai

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000, Kuching, SARAWAK

019-2399682/082-422006

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!