TARIAN TERINAI

Seni Persembahan >Tarian

Gambar

12

Video

ada

Pelawat Hari ini

1

Jumlah Pelawat

108

Pengenalan dan sejarah

Terinai (ejaan lain: Tarinai) merupakan kesenian yang bertapak lama di negeri Perlis. Lazimnya ia dipersembahkan dalam keramaian istana, bersama iringan irama serunai berlubang 7 (atas 6, bawah 1), sepasang gendang yang dipukul dengan menggunakan sejenis rotan yang diikat dan dijalin, serta dua biji gong yang dipercayai membawa roh tersirat di dalamnya. Terinai turut diiringi oleh paluan ‘Gendang Tarinai’ atau ‘Gendang Keling’ dengan memainkan tiga buah lagu iaitu Temang Welo (Timang Welu), Selong dan Mak Inang. 

Sungguhpun begitu, Tarian Terinai turut dimainkan di  majlis-majlis perkahwinan biasa. Lagu-lagu ini dipersembahkan dengan tarian yang lemah gemalai dan begitu mengasyikkan, bersama lilin di tangan. Begitulah cantiknya budaya orang Melayu, dalam lembut ada keras, dalam keras ada lembutnya, seperti falsafah “menjadi liat dan pepat”. Menyoroti perkembangannya, terdapat lagu-lagu yang ditambah iaitu Menghadap Terinai, Ketam Bawa Anak, Dewa Raja, Inang Cik Lang dan lain-lain lagi. Gendang Terinai pada mulanya dikenali sebagai 'Gendang Keling' sebelum dinamakan semula pada tahun 1974. 

Menurut beberapa kisah, Tarian Terinai lazimnya ditarikan di hadapan pelamin ketika upacara berinai pengantin perempuan. Kerana itulah namanya terinai, kerana dilaksanakan ketika majlis berinai. Apabila tarian ini hendak ditarikan, sirih pinang dan wang pengeras  hendaklah disediakan. Dahulu, tarian ini ditarikan serentak oleh tiga lelaki tetapi sekarang ditukarkan kepada empat orang perempuan. Mereka menari dengan menggunakan piring bersama lilin yang menyala. Lilin ini digunakan bertambah-tambah mengikut peringkat. Pada peringkat pertama, sebanyak 5 batang, peringkat kedua 7 batang dan peringkat ketiga sebanyak 9 batang. 

Fungsi dan Peranan

Dipersembahkan di istana dalam majlis adat istiadat

Dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan sekitar kampung 


Busana/ Aksesori

Pakaian wanita dan lelaki

Lelaki memakai seluar manakala wanita memakai kain

Lelaki mengenakan samping songket 

Baju bagi kedua-duanya berlengan panjang dengan kolar teluk belanga

Ikat pinggang bagi wanita. Kain ikatan tersebut dipanjangkan sama paras dengan kain di bahagian hadapan, dilengkapi pending.

Lelaki dan wanita memakai hiasan kepala. Lelaki memakai tanjak manakala perempuan memakai cucuk sanggul atau sanggul lintang berbentuk mahkota.

Aksesori gelang tangan dipakai.


Peralatan/ Bahan-Bahan

Tepak sirih

Pengeras

Piring

Lilin

Serunai

Gendang Terinai/Gendang Keling

Gong


Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Tarian ini dimulakan secara duduk bersila. Piring yang terletak di hujung kelima-lima jari dilenggangkan mengikut variasi-variasi yang tersendiri, lemah lembut dan meliuk-liuk. Setelah beberapa variasi dilakukan, beransur-ansur pula penari-penari tersebut bangun berdiri dan bergerak mengikut langkah mereka yang tersendiri pula, serta mengikut maksud lagu yang dimainkan.

Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

https://melayu.library.uitm.edu.my/4123/#:~:text=Tarian%20'TARINAI'

 https://www.scribd.com/document/360627435/Maklumat-tarian-terinai 

 https://geopark.perlis.gov.my/tour-item/seni-tari-melayu/ 

 

 Rejab F. I. 2003. Sejarah dan perkembangan Tarian Trinai Perlis. Kuala Lumpur: Jabatan   Kebudayaan dan Kesenian Negara.


Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Siti Rohayu binti Muhamad

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis Persiaran Wawasan Kangar 01000 Kangar PERLIS

019-504 0015

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!