TARIAN JOGET TRILA LILA BABA NYONYA

Seni Persembahan >Tarian

Gambar

22

Video

ada

Pelawat Hari ini

18

Jumlah Pelawat

233

Pengenalan dan sejarah

Tarian Joget Trila Lila adalah kesenian yang menjadi identiti masyarakat Baba Nyonya di negeri Melaka. Etnik Baba Nyonya berasal daripada perantau Cina yang menjalankan aktiviti perdagangan di Tanah Melayu, yang kemudian berasimilasi dengan masyarakat tempatan melalui perkahwinan. Maka lahirlah etnik yang dikenali sebagai Baba Nyonya atau masyarakat Peranakan. Etnik ini mengamalkan cara hidup dan budaya masyarakat Melayu, antaranya menerusi bahasa yang digunakan, pemakaian baju kebaya serta tarian joget (Sohaimi et. al, 2017).

 

Tarian Joget Trila Lila diserap daripada gerak tari joget Melayu dan disesuaikan dengan budaya etnik Baba Nyonya, antaranya dapat dilihat menerusi aspek dialek dan penggunaan prop. Uniknya, tarian ini hanya ditarikan oleh kaum wanita yang dipanggil Nyonya. Lagunya berentak agak rancak namun gerak tarinya masih mengekalkan kesopanan dan kesantunan wanita Baba Nyonya.

Tarian ini merupakan satu medium hiburan kepada masyarakat di samping berfungsi memperkenalkan budaya masyarakat Baba Nyonya Melaka. Tarian ini  sering diadakan semasa acara keramaian dan sambutan perayaan.

Busana/ Aksesori

Penari memakai baju kebaya pendek menjadi pakaian tradisi Nyonya atau wanita Peranakan di Melaka. Baju ini lazimnya diperbuat daripada kain kasa jarang dan disulam dengan motif flora dan fauna dengan sulaman benang berwarna-warni. Baju kebaya ini dipadankan dengan kain batik  yang berwarna terang atau lembut.


Manakala aksesori yang digunakan adalah bimpo atau sapu tangan dan bakul sia sebagai menambah seri lagi keindahan tarian ini. Penggunaan aksesori ini adalah sebagai lambang yang sinonim dengan masyarakat peranakan Baba Nyonya Melaka yang telah berasimilasi dengan budaya masyarakat Melayu di sini.

Tokoh dan Pencapaian

Baba Robert Lim ialah salah seorang tokoh masyarakat Peranakan Baba Nyonya yang telah lama berkecimpung dalam kesenian Baba Nyonya. Beliau dilahirkan di Melaka pada 12 Januari 1942 dan berpengalaman luas dalam budaya masyarakat ini. Persatuan beliau sentiasa diberi kepercayaan untuk mengadakan persembahan kesenian, demonstrasi perkahwinan, demonstrasi masakan tradisional dan busana etnik Baba Nyonya oleh jabatan dan agensi di negeri ini.   

Sumber Rujukan

      i.        Bahan Bacaan

Zakaria, S., Ramli, N., & Azmi, N. S. N. (2017). Pengalaman Mewarisi Pengetahuan Dan Kemahiran Seni Kasut Manik Baba Nyonya: Pandangan Melalui Sejarah Lisan. Jurnal Peradaban, 10(1), 1-15.

    ii.        Tokoh (jika ada temu bual tokoh):

Baba Robert Lim. (2023). Badan Seni Kebudayaan Baba Nyonya Melaka. Temubual pada 19 September 2023.

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Nur Al-Farani binti Rosli

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka
Kompleks JKKN Melaka Hang Tuah Jaya, Lebuh Ayer Keroh, 75450 MELAKA

06 - 763 6308

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!