Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
TARIAN CINTA SAYANG
Seni Persembahan >Muzik
Gambar
0
Video
tiada
Pelawat Hari ini
30
Jumlah Pelawat
136
Pengenalan dan sejarah
Tarian dan lagu Joget Kain Batik mula dicipta pada zaman pemerintahan Jepun. Lagu ini dicipta oleh kumpulan Joget Asli, Kuala Perlis yang dipimpin oleh Mat Diah dan dinyanyikan oleh Cik Hamiah. Joget Kain Batik ditarikan disusuli dengan pantun tentang kain batik, sebab itulah dinamakan Joget Kain Batik.
Lazimnya ketika menari tarian ini, penari perempuan atau 'puteri' akan memakai kain batik panjang. Tarian ini merupakan sebuah tarian joget yang terdiri daripada puteri-puteri joget. Para penari akan berbalas pantun antara penari perempuan dengan penari lelaki dalam sebuah persembahan joget. Ketika persembahan joget dipersembahkan dalam istana pada zaman pemerintahan Tuanku Raja Syed Alwi, tarian ini dilihat amat menarik sehingga berulang-ulang kali ditarikan di hadapan baginda.
• Dipersembahkan ketika musim menuai, di majlis-majlis perkahwinan dan pesta-pesta hiburan
• Menjadi persembahan istana
• Penari perempuan memakai kain batik panjang
• Lelaki memakai Baju Melayu dan samping
Kain batik diletakkan sebagai selempang penari lelaki dan perempuan
Para penari akan berbalas pantun antara penari perempuan dengan penari lelaki dalam sebuah persembahan joget.
-
Sumber Rujukan
https://geopark.perlis.gov.my/tour-item/seni-tari- melayu/#:~:text=Joget%20Kain%20Batik%20merupakan%20sebuah,dalam%20sebuah%20perse m%2Dbahan%20joget.
https://www.youtube.com/watch?v=hL8h8oMVmNA
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Siti Rohayu binti Muhamad
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis
Persiaran Wawasan Kangar
01000 Kangar
PERLIS
019-504 0015