Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
LAKON BERADAT
Seni Persembahan >Muzik
Gambar
0
Video
tiada
Pelawat Hari ini
2
Jumlah Pelawat
54
Pengenalan dan sejarah
Dikatakan bahawa pada asalnya Lakon Beradat yang merupakan muzik hadrah telah dibawa dari Timur Tengah oleh rombongan pedagang Arab yang diketuai oleh Syed Mahmud Saman. Rombongan pedagang tersebut akan mempersembahkan muzik hadrah di hadapan penduduk tempatan pada setiap kali mereka singgah berdagang di Kepulauan Melayu termasuklah di Pulau Borneo. Hal ini telah mula menarik minat penduduk tempatan untuk mengetahui lebih lanjut akan muzik ini dan seterusnya cuba untuk mempelajarinya. Syed Mahmud telah membahagikan persembahan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan gendang dan kumpulan syair. Sementara itu, lakonan dalam persembahan muzik ini adalah berpandukan lagu-lagu yang memuja kebesaran ALLAH s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w.
Pada tahun 1902, persembahan Lakon Beradat ini telah dikembangkan ke Kampung Sibi, Bintulu, Sarawak oleh seorang guru agama yang juga pedagang dari Sambas, Indonesia iaitu Guru Ahmad Zamzam mengembangkan. Lagu yang popular dan sering didendangkan pada ketikan itu termasuklah lagu Bismillah, Allanabia, Yafattah, Al-Fasah dan Salora Bona. Kini, hanya terdapat dua kumpulan yang masih bergerak aktif di Sarawak iaitu Kumpulan Hadrah Budaya Bintulu dan Kumpulan Hadrah Kampung Sambir di Bahagian Kuching.
-
-
-
Dalam perembahan Lakon Beradat pergerakan penari yang juga adalah penyanyi dia atas pentas ternyata lembut, santun dan tertib sehingga mudah untuk menarik perhatian penonton. Penari dalam persembahan ini lebih banyak menggerakkan tangan dan memusingkan badan ke kiri dan kanan tanpa melibatkan pergerakan dan penggunaan ruang yang banyak. Oleh kerana penari yang juga penyanyi dalam persembahan ini berdiri dalam barisan secara berlapis di atas pentas, maka gerak tari mereka adalah gerak tari setempat. Manakal pemain gendang pula berada di barisan paling belakang di atas pentas tersebut. Lakon Beradat secara jelas memberi gambaran betapa kesenian Islam membawakan kelembutan dalam pergerakannya.
Secara tidak langsung juga seni kata lagu yang dinyanyikan beramai-ramai ternyata memberi banyak pengajaran kepada masyarakat khususnya kepada umat Islam. Tambahan pula alunan irama dalam persembahan Lakon Beradat yang berpusatkan kepada falsafah berkaitan Tuhan Yang Maha Pencipta, telah meletakkan seni persembahan ini begitu istimewa terutama menyedari hakikat kehidupan dan alam semesta.
-
Sumber Rujukan
i. Bahan Bacaan
https://pemetaanbudaya.blogspot.com/p/blog-page_90.html
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Encik Boniface Anak Babai
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93000, Kuching,
SARAWAK
019-2399682/082-422006
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!