Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
PERMAINAN TRADISIONAL KERCANG
Permainan Tradisional
Gambar
20
Video
ada
Pelawat Hari ini
4
Jumlah Pelawat
79
Pengenalan dan sejarah
Kercang merupakan sejenis alat permainan tradisi Melayu
lama yang diperbuat daripada gelungan rotan yang disusun hingga menghasilkan
pelbagai bentuk. Pada masa dahulu, permainan ini sangat popular dalam kalangan
Orang Asli (etnik Jakun) dan orang Melayu lama yang tinggal di sekitar kawasan
pedalaman hutan Endau.
Tradisi Kercang ini menjadi aktiviti yang sering
dimainkan oleh Orang Asli etnik Jakun untuk pelawat luar yang mengunjungi
tempat mereka, juga dalam acara-acara hiburan serta pertandingan.
Konsep dan falsafah permainan ini adalah berteraskan pengujian minda bagi mencari jalan keluar dari tersesat di dalam hutan. Susunan rotan disimbolkan sebagai keadaan muka bumi di dalam hutan seperti lurah, gaung, bukit, permatang dan sebagainya. Pemain yang paling pantas membebaskan tali yang terperangkap di tengah-tengah susunan rotan Kercang, adalah dianggap sebagai pemenang dalam pertandingan ini.
Sumber Rujukan
i. Bahan
Bacaan : EkoPelancongan dan Transformasi Sosial Komuniti Orang Asli Di
Endau-Rompin, Kamaruddin M.Said
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Puan Nor Hafizah Hassan
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor
Aras 6 Kiri, Wisma PERKESO
No 26, Jalan Susur 5
Off Jalan Tun Abdul Razak, Larkin
80200 Johor Bahru
JOHOR DARUL TAKZIM
07-224 8270 / 223 1249
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!