Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
PERMAINAN TRADISIONAL LANSARAN MURUT
Permainan Tradisional
Gambar
17
Video
ada
Pelawat Hari ini
2
Jumlah Pelawat
142
Pengenalan dan sejarah
Lansaran berasal
daripada perkataan kaum Murut, iaitu lumasar, yang bermaksud melambung
atau berayun-ayun. Tradisi ini merupakan warisan nenek-moyang suku kaum Murut
yang diamalkan terutama di sekitar daerah Tenom dan Keningau, Sabah. Pada zaman
dahulu, tradisi ini berkait rapat dengan upacara pemujaan roh atau semangat
tengkorak manusia yang diperolehi ketika berperang atau ngayau. Dalam
amalan turun-temurun kaum Murut, mereka percaya upacara ini merupakan suatu
tanda penghormatan kepada kuasa makhluk halus.
Permainan ini biasanya
dilengkapi dengan tarian berkumpulan.
Permainan Lansaran ini sering dipertonton dan dijadikan
pertandingan semasa penganjuran acara berkaitan seni dan budaya seperti Pesta
Kalimaran Murut serta Pesta
Kaamatan yang dianjurkan setiap tahun.
Busana
Pada zaman dahulu, para pemain lelaki Lansaran yang
mendiami rumah panjang tersebut akan memakai pakaian tradisional masing-masing.
Pemakaian mengikut cara tradisi
suku kaum Murut seperti mengenakan baju kulit kayu, cawat dan topi yang
juga dikenali sebagai lalandau
dihiasi dengan bulu-bulu burung ‘Tuou’ yang panjang.
Penari wanita akan memakai busana tradisional yang berwarna hitam serta dihiasi manik yang berwarna-warni.
Alatan dan kelengkapan Lansaran
Tempat permainan Lansaran berukuran antara lapan (8) hingga 30 kaki persegi dan dapat menampung lebih kurang 30 orang pemain. Lansaran dibina secara bergotong-royong di ruang khas rumah panjang suku kaum Murut. Beberapa batang kayu bulat yang keras dan liat sebesar lengan orang dewasa dikenali sebagai kayu ’Selangan Batu’ yang diikat dengan rotan saga bagi menampung lantai lansaran yang dibina sekaki ke bawah daripada paras lantai rumah secara tergantung.
Cara permainan Lansaran
Ketika pemain
mula turun ke permukaan Lansaran, dengan sendirinya badan pemain-pemain
berkenaan akan melambung-lambung akibat pergerakan turun naik lantainya.
Sementara itu, terdapat hadiah atau kinkilat yang akan digantung di atas kayu siling agar
pemain-pemain mula melambungkan diri untuk mendapatkan hadiah tersebut.
Semua pemain ini akan membuat bulatan di sekeliling lantai Lansaran sambil melonjak-lonjak dan menghentak kayu di bawah lantai berkenaan. Pemain lelaki akan melonjak dengan tinggi untuk mencapai kinkilat ataupun uncang hadiah yang digantung sambil bersorak keriangan.
Kemuncak untuk acara permainan lansaran ini ialah ketika semua pemain berbalas pantun diantara satu sama lain dalam suasana yang amat harmoni dan mesra.
Sumber Rujukan
- i. PUAN JOYCE ANDOLOK
- ii. ENCIK NASIP@ZULANI B AMPIU
- iii. PUAN JUDETH JOHN BAPTIST
- iv. Min, T. M., & On, L. K. (2019). SIGNIFIKAN BUDAYA MENGAYAU DAN RITUAL DALAM PERSEMBAHAN LANSARAN: MENGAYAU SIGNIFICANT HEAD-HUNTING CULTURE AND RITUAL IN LANSARAN PERFORMANCE. Jurnal Gendang Alam (GA), 9.
- v. Sukirman, S. N. (2020). ASAL USUL TARIAN TRADISIONAL PELBAGAI BUDAYA DI LUAR DAN DI SABAH: THE VARIOUS TRADITIONAL ORIGINS OF CULTURAL DANCE OUTSIDE AND IN SABAH. Jurnal Gendang Alam (GA), 10(2).
- vi. Min, T. M., & On, L. K. (2021). LANSARAN ETNIK MURUT TAHOL: PERMAINAN ATAU TARIAN TRADISIONAL? MURUT TAHOL ETHNIC LANSARAN: TRADITIONAL GAME OR DANCE?. Jurnal Gendang Alam (GA), 11(1).
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Encik Hassanal Redzuan
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah
Kompleks JKKN Sabah,
Jalan Tasik off KM4 Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu
SABAH
088-205070
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!