Senarai Seni Budaya
Senarai Keseluruhan seni budaya merangkumi semua kategori dan negeri
Keputusan Carian : 423
DODOL PAHANG
Dodol dipercayai berasal dari Indonesia, khususnya dari wilayah Jawa dan Sunda. Pada asalnya, ia adalah makanan yang sangat popular dalam kalangan masyarakat di Asia Tenggara, termasuk di negara-negara seperti Malaysia, Brunei, Filipina, dan Singapura.
Dodol adalah salah satu jenis kuih yang dimasak menggunakan teknik memasak berjam-jam dengan menggunakan bahan yang mudah didapati di kawasan tropika, seperti santan kelapa dan gula kelapa. Makanan ini menjadi simbol kemakmuran dan kelimpahan kerana proses penyediaannya yang memerlukan waktu lama dan tenaga yang banyak. Oleh itu, dodol menjadi hidangan khas untuk majlis-majlis besar dan perayaan-perayaan penting dalam kehidupan masyarakat tempatan. Dodol mula dikenali di Malaysia melalui pengaruh budaya dan perdagangan antara Malaysia dan Indonesia, khususnya melalui Selat Melaka, yang merupakan laluan perdagangan utama pada zaman dahulu. Para pedagang membawa bersama mereka bukan sahaja barangan tetapi juga tradisi masakan, termasuk dodol.
Dodol terus berkembang di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia, khususnya di negeri-negeri seperti Pahang, Selangor, Johor, dan Perak. Ia menjadi hidangan tradisional yang sangat popular dan sering disediakan semasa Hari Raya, majlis perkahwinan, dan kenduri.
- 1
- 2659
TARIAN SABA’
Tarian Saba’ merupakan persembahan gerak tari dan nyanyian yang mempunyai hubung kait dengan peristiwa tertentu yang berlaku dalam masyarakat Melayu Terengganu suatu masa dahulu. Peristiwa berkenaan termasuklah seperti wabak penyakit yang melanda dan Saba' digunakan bagi tujuan perubatan dan penyembuhan wabak berkenaan. Kesenian ini dipercayai dimulakan oleh seorang bomoh wanita bernama Che Mek Comot lebih kurang pada tahun 1718 di Kampung Kuala Jengal, Dungun, Terengganu.
Pada zaman dahulu, sebelum upacara perubatan dimulakan, upacara memanggil dewa atau pemujaan perlu dilakukan terlebih dahulu supaya proses perubatan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Sepohon pokok kelapa muda yang dipanggil Sabak (Saba’) telah diukir bagi tujuan ini, dan persembahan tarian dimulakan dari pokok ini. Kebiasaannya, ritual perubatan dilakukan pada waktu malam di antara satu hingga tiga malam berturut-turut di satu ruang khas di dalam rumah. Tarian ini diiringi oleh 33 buah lagu antaranya ialah Anak Burung Baniong, Dewa Awan, Muda Di Awan, Nur Sakti, Anak Tedung, Anak Udang dan banyak lagi.
- 19
- 3842
ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT INDIA: KEMATIAN: UPACARA MENANGGALKAN THAALI
Masyarakat India meyakini konsep kelahiran semula, di mana kematian diibaratkan seperti tidur, dan roh akan "bangun" selepasnya. Sarjana India juga menjelaskan bahawa kematian adalah pemisahan antara roh dan jasad. Jasad akan musnah, sementara roh kembali ke alam barzakh. Mayat dalam kalangan masyarakat India biasanya dibakar atau dikebumikan.
- 1
- 1460
ADAT REWANG
Rewang, juga dikenali sebagai gotong-royong, sinonim dengan budaya masyarakat berketurunan Jawa di Johor. Tradisi ini menjadi amalan turun-temurun yang menekankan semangat kerjasama dalam komuniti untuk persiapan sesuatu majlis seperti perkahwinan, kenduri doa selamat, atau majlis keramaian lain. Dahulunya, rewang melibatkan anak-anak muda yang berebut-rebut untuk menjadi "penanggah" atau "kendarat," iaitu pelayan majlis. Namun, peranan ini semakin berkurangan kerana banyak majlis kini menggunakan sistem layan diri atau pakej katering yang merangkumi pramusaji. Aktiviti rewang ini sering dilakukan pada malam sebelum majlis persandingan, selepas solat Isyak atau selesai majlis khatam Al-Quran atau berzanji. Rewang juga menjadi platform untuk hiburan tradisional seperti kumpulan kugiran, kuda kepang, barongan, joget lambak, karaoke, dan jamuan sup tulang.
- 0
- 4456
DONDANG SAYANG
Foto 1: Persembahan Dondang Sayang
Sumber: Jabatan Warisan Negara
Dondang Sayang merupakan sejenis seni persembahan tradisional Melayu yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Melayu, Baba Nyonya, Chetti dan Portugis di Melaka. Istilah “dondang” membawa maksud menghiburkan hati, manakala “sayang” merujuk kepada kasih atau cinta, justeru secara literalnya, Dondang Sayang bermaksud “nyanyian kasih sayang”. Nyanyian ini sangat unik kerana digabungkan dengan pantun Melayu, yang dilagukan secara berbalas oleh dua penyanyi yang pada kebiasanya oleh lelaki dan wanita.
Meneliti sejarah, Dondang Sayang dipercayai berasal dari nyanyian istana zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Pada ketika itu, nyanyian ini merupakan puji-pujian terhadap kebesaran kerajaan dan dipersembahkan kepada para pedagang asing yang singgah ke Melaka. Selepas kejatuhan kerajaan tersebut, seni ini terus berkembang dan keluar dari lingkungan istana melalui usaha para pembesar yang menaruh minat untuk mengekalkannya. Dondang Sayang kemudian diterima sebagai seni rakyat, menghiburkan masyarakat dalam pelbagai acara sosial dan keraian.
Antara kisah yang sering dikaitkan dengan asal-usul populariti Dondang Sayang ialah kisah Wan Benai yang dikatakan telah menghiburkan Sang Nila Utama dengan nyanyian berentak dondang sayang dan pantun kasih sayang ketika mereka berkelah di Tanjung Bemban. Nyanyian ini diiringi oleh pembesar dan isteri mereka, dan menarik perhatian orang kampung yang turut menyertai sama ada dengan menyanyi atau mengikut bunyinya. Fenomena ini menyumbang kepada penyebaran dan penerimaan Dondang Sayang dalam kalangan masyarakat awam.
Selain itu, Dondang Sayang dianggap sebagai balada cinta, iaitu satu bentuk nyanyian untuk menyampaikan perasaan kasih, rindu, nasihat atau jenaka melalui pantun yang disampaikan secara spontan dan kreatif. Keindahan dan kekuatan persembahan terletak pada kecekapan penyanyinya dalam menjual dan membeli pantun, menjadikannya satu bentuk hiburan intelektual dan seni budaya lisan yang tinggi nilainya. Kualiti persembahan sangat bergantung pada kepantasan berfikir dan kepakaran dalam menyusun bait pantun yang bernas, berseni dan bersahaja.
Pada masa kini, Dondang Sayang terus dipelihara sebagai warisan budaya tidak ketara. Ia sering dipersembahkan dalam pelbagai majlis seperti perkahwinan, perhimpunan komuniti, pesta budaya, dan acara pelancongan. Malahan, pelbagai aktiviti dan latihan turut dianjurkan oleh institusi kebudayaan untuk memastikan seni ini terus diwarisi oleh generasi muda. Mengiktiraf nilai dan kepentingannya, UNESCO telah mengiktiraf Dondang Sayang sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan pada 29 November 2018. Jabatan Warisan Negara juga telah mengenal pasti empat jenis Dondang Sayang utama di Malaysia, iaitu Dondang Sayang Melaka, Dondang Sayang Baba Peranakan, Dondang Sayang Tanjung Penyengat, dan Dondang Sayang Pulau Pinang.
- 5
- 9731
MONGIGOL MENGALAI
Mongigol Mengalai adalah tarian tradisional yang diwarisi oleh masyarakat etnik Kadazan-Dusun dari suku Dusun Tinagas. Suku ini kebanyakannya mendiami kawasan Sungai hulu Sugut yang merupakan kawasan berbukit meliputi persimpangan daerah Ranau, Kota Marudu dan Labuk-Sugut di utara Sabah. ‘Mongigol’ bermaksud ‘menari’ yang khusus ditarikan oleh kaum wanita sahaja, sementara ‘Mengalai’ pula, khusus ditarikan oleh lelaki secara solo yang diapit oleh penari-penari wanita tersebut.
- 3
- 3351
TARIAN JOGET SAUK
Tarian ini berlainan daripada tarian joget yang lain yakni gerak kaki dihayun bersama dengan gerak tangan dalam arah yang sama, seolah-olah pergerakan songsang. Keunikan tarian ini terletak pada gerakan dua langkah kaki di belakang dan gerakan satu langkah kaki di hadapan menggunakan tumit, manakala tangan digerak seperti menyauk.
Tarian Joget Sauk merupakan salah satu variasi daripada tarian Joget tradisional Melayu yang sangat terkenal di negeri Kedah. Tarian ini dipopularkan di daerah Sauk, sebuah kawasan di Perak yang bersempadan dengan Kedah, dan kemudiannya berkembang pesat di Kedah. Tarian Joget Sauk adalah gabungan antara elemen-elemen tarian Melayu tradisional yang dinamik dengan pengaruh daripada budaya tempatan dan luar.
- 0
- 3103
TARIAN ZAPIN GHALIT
- 14
- 7309
CEK MEK MOLEK
Cek Mek Molek adalah salah satu hidangan tradisional yang berasal dari Pantai Timur Malaysia, terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih tradisional yang terkenal dengan rasa manis dan teksturnya yang lembut di luar tetapi berinti manis di dalam.
Cek Mek Molek adalah hasil daripada pengaruh budaya Melayu tradisional, khususnya dari Kelantan. Ia mengandungi bahan-bahan yang mudah didapati di kawasan kampung dan merupakan simbol keaslian serta kesederhanaan dalam masakan Melayu.
Ciri-ciri Cek Mek Molek
Tekstur
Kulit Cek Mek Molek yang lembut di luar yang manis dan sedikit berlemak memberikan kombinasi yang enak. Ia juga sedikit rangup apabila digoreng.
Rasa
Kuih ini mempunyai rasa manis yang seimbang.
Bentuk
Cek Mek Molek biasanya berbentuk oval, dan ia kelihatan cantik dengan tekstur yang berkilat.
- 1
- 3692
ALAT MUZIK SULING (SERULING)
Suling dalam konteks masyarakat etnik Kadazan-Dusun adalah alat muzik tradisional dalam kategori aerofon jenis seruling mulut yang bersaiz lebih pendek berbanding saiz panjang seruling biasa. Ia diperbuat daripada buluh Sumbiling yang mempunyai lima atau enam lubang jari dikenali dengan nama ‘Pongombitan’. Bagi lubang ibu jari pula dikenali dengan nama ‘Molohing Tunturu’. Kedua-dua hujung Suling akan ditebuk untuk aliran tiupan daripada mulut dan aliran nada bunyi yang dihasilkan. Lubang untuk meniup dikenali dengan nama ‘Pogunian’ dan hujung lubang Suling (belakang) dikenali dengan nama ‘Pongirusan’.
Alat muzik Suling ini lebih mudah dihasilkan jika dibandingan dengan alat muzik buluh yang lainnya. Tetapi, ia memerlukan ketelitian dalam penghasilannya untuk memastikan Suling mengekalkan keaslian bunyi serta tradisi pembuatan yang diwarisi turun-temurun.
- 3
- 8232
KOMPANG (PULAU PINANG)
Kompang merupakan salah satu alat muzik pergendangan Melayu tradisional yang paling asas dan paling popular. Kompang lazimnya dimainkan atau dipalu secara berkumpulan. Alat muzik ini dipercayai merupakan asimilasi budaya yang dibawa masuk oleh masyarakat Arab dan Parsi ke dalam alam Melayu pada kurun ke-15, ketika zaman kesultanan Melayu Melaka. Kompang atau pergendangan ini dimainkan untuk mengiringi ketikan gambus. Uniknya, alat muzik ini merupakan salah satu cerminan budaya masyarakat yang beragama Islam, kerana amat terkenal baik di timur tengah, sehingga ke seluruh benua Melayu.
Pada asalnya, para pedagang Arab dan Parsi yang menanti peralihan angin monsun ini menetap di tanah Melaka dan bermain peralatan muzik seperti rebana juga lain-lain alat pergendangan untuk mengisi masa lapang serta untuk berzanji, memuji-muji kebesaran Tuhan. Kemudian, apabila masyarakat Melayu berasimilasi dengan kebudayaan Arab dan Parsi, kompang (kelihatan seperti rebana) mula dicipta. Masyarakat tempatan yang mahir bertukang membuat kompang daripada kulit-kulit haiwan, supaya permukaannya keras apabila diketuk. Belulang (muka depan kompang) diperbuat daripada kulit kambing, dipasang pada permukaan baluhnya (bahagian badan), dengan seurat rotan dicantumkan antara permukaan kulit dan bingkai kayu, sebelum menggunakan bahan-bahan pelekat seperti paku supaya ketegangannya lebih terjamin. Kaedah ini juga untuk memastikan bunyi kompang lebih kuat, apabila permukaan belulangnya tegang. Tidak seperti sekarang, kebanyakan bunyi kompang tidak lagi kuat kerana diletakkan campuran plastik. Bukan itu sahaja, bunyinya juga berbeza, kerana plastik dan kulit haiwan semestinya tidak menghasilkan bunyi yang sama.
- 1
- 5736
MAKANAN TRADISIONAL TAU FU FAH
Tau Fu Fah, juga dikenali sebagai douhua, adalah pencuci mulut tradisional yang berasal dari China dan popular di kalangan masyarakat Cina. Hidangan ini diperbuat daripada susu soya beku, menghasilkan tekstur berkrim seperti puding. Sejarahnya bermula sejak Dinasti Han (206 SM - 220 AD) apabila ahli perubatan Liu An menemui proses membuat tauhu menggunakan air garam untuk menggumpalkan susu soya. Tau Fu Fah kemudiannya menjadi hidangan tradisional yang sangat popular terutamanya di Asia Tenggara dengan variasi sirap gula merah atau gula Melaka sebagai bahan tambahan untuk menghasilkan rasa manis pada hidangan makanan.
Di Malaysia, menu Tau Fu Fah sangat popular dan sering dijual di pasar malam dan restoran tradisional. Selain versi klasik, terdapat variasi moden yang menggunakan pelbagai topping seperti kacang atau bijan. Hidangan ini bukan sahaja lazat malah mempunyai kesan kesihatan yang baik, dikatakan membantu menyihatkan badan mengikut perubatan tradisional Cina. Tau Fu Fah mencerminkan warisan kulinari masyarakat Cina, kaya dengan sejarah dan budaya serta kekal sebagai bahagian penting dalam warisan masakan rantau ini.
- 1
- 4856