Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
KUIH BUGIS MANDI
Makanan Tradisional
Gambar
28
Video
ada
Pelawat Hari ini
1
Jumlah Pelawat
9
Pengenalan dan sejarah
Kuih Bugis Mandi atau di sesetengah negeri lain dikenali
sebagai Kuih Badak Berendam atau Kuih Puteri Mandi, adalah salah satu kuih
tradisi etnik Bugis di Selangor. Kuih ini sangat mudah untuk dihasilkan di
rumah dan terbahagi kepada bebola kuih, inti kelapa dan kuahnya.
Bahan-bahan untuk membuat kuih:
·
360g tepung pulut
·
320ml santan cair
·
1 sudu besar tepung ubi
·
1 sudu teh gula halus
·
sedikit
pewarna hijau atau warna-warna lain mengikut pilihan sendiri
Bahan-bahan untuk membuat inti kelapa:
·
50 ml air
·
3 sudu besar gula pasir
·
Sekeping gula melaka/merah
·
2 helai daun pandan
·
1 sudu besar tepung gandung
·
Kelapa parut bahagian putih sahaja
Bahan-bahan
untuk kuah:
·
700 ml santan pekat (1 kelapa)
·
2 sudu besar tepung pulut
·
1 helai daun pandan, disimpulkan
·
garam secukupnya
Cara
Memasak
·
Adun
semua bahan kuih menjadi doh. Tambah sedikit air jika perlu. Bahagikan dah
tambah sedikit pewarna dan uli hingga sebati.
·
Bentukkan
doh menjadi bulat dan isikan dengan inti kelapa parut manis dengan gula merah.
·
Jerangkan
air hingga mendidih dan masukkan doh yang telah siap diuli dan dimasukkan inti
sehingga timbul.
·
Angkat
dan masukkan dalam bekas dan tuangkan kuah santan ke atas kuih. Siap
untuk hidangan.
Sumber Rujukan
i. Bahan
ii. Tokoh:
Temu bual bersama dengan Puan Sa’diah Mohamed Topir
telah diadakan pada 26/9/2023 di Pekan Kuala Selangor, Taman Kuala Selangor.
Sumber: Rakaman video pembuatan Kuih Bugis
Mandi pada 26/9/2023 di Pekan Kuala Selangor
Sumber: Temu bual dengan pengusaha Pn Sa’diah binti Mohamed Topir pada 28/9/2023
di Pekan Kuala Selangor
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Ahmad Zaimy bin Mohd Yusoff
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor
Tingkat 6, Menara Korporat,
Kompleks IDCC Shah Alam
Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15
40200 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN
03-5543 1654 /1763