Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
NGAJAT BEBUNOH
Seni Persembahan >Tarian
Gambar
0
Video
tiada
Pelawat Hari ini
5
Jumlah Pelawat
130
Pengenalan dan sejarah
Ngajat Bebunoh adalah tarian yang dipersembahkan oleh kaum lelaki etnik Iban. Tarian ini adalah peniruan atau pengulangan langkah oleh penari, menggambarkan situasi semasa menghadapi musuh dan juga ketika mengadakan aktiviti harian seperti berburu.
Tarian ini memaparkan dua orang pahlawan Iban yang sedang beradu kekuatan dalam perlawanan bersenjata untuk memperolehi status dan pengiktirafan di rumah panjang. Dengan berpakaian tradisi, lengkap bersenjatakan parang ilang dan perisai, pahlawan-pahlawan ini mempamerkan kemahiran dan ketangkasan untuk menewaskan lawan mereka.
Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.
-
-
Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk berayah sambil membawa tengkorak musuh.
Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan mengayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
-
Sumber Rujukan
i. Kiyai @ Keai, G., Tugang, N., & Seer, O. (2020). Ngajat Iban: A CulturalStudy. KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 8(2), 70-83.https://doi.org/10.37134/kupasseni.vol8.2.6.2020To link to this article: https://doi.org/10.37134/kupasseni.vol8.2.6.2020
ii. (PDF) Ngajat Iban: Satu penelitian budaya Ngajat Iban: A Cultural Study. Available from: https://www.researchgate.net/publication/357050814_Ngajat_Iban_Satu_penelitian_budaya_Ngajat_Iban_A_Cultural_Study#fullTextFileContent [accessed Dec 11, 2024].
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Encik Boniface Anak Babai
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93000, Kuching,
SARAWAK
019-2399682/082-422006
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!