Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
NGAJAT NGILING TIKAI
Seni Persembahan >Tarian
Gambar
0
Video
tiada
Pelawat Hari ini
34
Jumlah Pelawat
152
Pengenalan dan sejarah
Tarian Ngajat Ngiling Tikai yang membawa maksud menggulung tikar dalam bahasa Iban mempunyai makna dan falsafah yang amat unik. Hal ini kerana tarian ngajat tersebut dipersembahkan sebagai menandakan berakhirnya perayaan Gawai. Upacara ini dilakukan dengan menggulung serta mengikat kemas tikar rotan yang telah dibentangkan dan digunakan di tengah-tengah ruai rumah atau ruang tamu rumah panjang selama tempoh Gawai dirayakan.
Biasanya, tarian dimulakan dengan mengelilingi pokok ‘ranyai’ yang diletak di tengah-tengah ruai. Pokok ‘ranyai’ selalunya diambil daripada pokok pinang atau pokok yang bercabang bergantung kepada jenis hiasan yang hendak diletakkan pada ranyai.
Tujuan utama upacara ‘ngiling bidai’ ini diadakan adalah untuk memaklumkan petara yakni Tuhan atau antu yakni semangat bahawa perayaan Gawai Dayak telah berakhir. Dengan melakukan upacara ini, ianya memberi isyarat dengan cara terhormat kepada semangat yang masih berkeliaran di sekitar rumah panjang dan seterusnya membolehkan penduduk rumah panjang hidup dengan aman. Ritual ngiling bidai ini tidak semestinya melakukan perbuatan menggulung tikar kerana ia hanyalah simbolik yang melambangkan bahawa perkumpulan telah berakhir.
-
-
Mengikut kepercayaan masyarakat Iban, ngajat perlu dipersembahkan terlebih dahulu sebelum tetamu atau penghuni rumah panjang mengambil makanan atau minuman yang digantung pada pokok ‘ranyai’ tersebut. Upacara simbolik ini dikenali sebagai ngetas ranyai, dan dilakukan sebagai tanda syukur kepada Tuhan yang telah memberi mereka rezeki.
-
Sumber Rujukan
i. https://www.iloveborneo.my/ketahui-adat-ngiling-bidai-upacara-gulung-tikar-penutup-perayaan-gawai/
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Encik Boniface Anak Babai
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93000, Kuching,
SARAWAK
019-2399682/082-422006
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!