Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
TOK SELAMPIT
Seni Persembahan >Teater
Gambar
2
Video
ada
Pelawat Hari ini
7
Jumlah Pelawat
67
Pengenalan dan sejarah
Seperti Awang Batil, Tok Selampit juga merupakan gelaran bagi satu lagi tradisi lipur lara yang terkenal di negeri Perlis dan Kelantan. Penglipur lara merupakan gelaran kepada tokoh pencerita dalam sastera lisan Melayu. Mereka dianggap sebagai tokoh budaya yang menjadi sumber cerita, berita, hiburan dan pendidikan kepada masyarakat setempat. Penglipur lara berperanan menyampaikan kisah-kisah teladan yang diselitkan jenaka, bimbingan, pengajaran dan pelbagai lagi, dengan iringan muzik, lakonan, nyanyian, serta memasukkan unsur-unsur sastera tradisi seperti syair, pantun dan sebagainya.
Terdapat beberapa perbezaan antara selampit di Perlis dan Kelantan. Di Perlis, Tok Selampit menggunakan asap kemenyan sebagai salah satu cara persembahan, manakala di Kelantan, Tok Selampit menggunakan rebab sebagai muzik iringannya. Seperti Awang Batil, Tok Selampit juga mengembara dari sebuah kampung ke sebuah kampung untuk mempersembahkan cerita-ceritanya, terutama di rumah yang mengadakan kenduri perkahwinan. Lazimnya penglipur lara ini bercerita di balai atau di tengah- tengah rumah dikelilingi penonton. Ceritanya panjang, bersiri-siri dan bersambung-sambung untuk beberapa malam. Ketika bercerita, kemenyan dibakar dan asap berkepul-kepul keluar di hadapannya, menandakan persembahan selampit sedang berlangsung. Tanpa asap kemenyan, maka terputuslah ceritanya.
-Alat hiburan dan pengajaran
- Ilmu didaktik
- Kesenian tradisi
- Sastera lisan
-
Kemenyan
- Menceritakan tentang kisah yang terkandung di dalam hikayat atau kisah rakyat yang mengandungi pengajaran dan hiburan di majlis perkahwinan atau keramaian.
Sumber Rujukan
i.Bahan Bacaan
https://pemetaanbudaya.blogspot.com/p/blog-page_31.html
https://www.perlislib.gov.my/web/ejurnal-perlis/191-perkembangan-kesenian-tradisional-negeri-perlis-masa-kini
https://fliphtml5.com/cluk/xrzn/basic
Book Chapter
PROFESSIONAL MALAY STORY-TELLING: Some Questions of Style and Presentation
AMIN SWEENEY
From: Studies in Malaysian Oral and Musical Traditions, University of Michigan Center for South East Asian Studies (1974)
1974
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Siti Rohayu binti Muhamad
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis
Persiaran Wawasan Kangar
01000 Kangar
PERLIS
019-504 0015
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!