Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
TARIAN ZAPIN SEBAT
Seni Persembahan >Tarian
Gambar
1
Video
tiada
Pelawat Hari ini
1
Jumlah Pelawat
21
Pengenalan dan sejarah
Zapin berasal dari tradisi Tarian Zafana Orang Arab dari Hadramaut, Arab Selatan dan penghijrahan dari Hadramaut ke Malaysia. Menerusi proses adaptasi Melayu, zapin Melayu memperhalus pergerakan lenggok mengikut estetika penduduk Asia Tenggara. Justeru, wujudnya lima jenis tarian zapin yang bertapak di Sarawak akibat penghijrahan ke Kepulauan Borneo iaitu Sebat, Simanggang, Saratok, Sindang dan Kuching. Pencipta tarian ini dipercayai Allahyarham Pak Baie Drahman yang lahir pada tahun 1921 di Kampung Sebat Melayu. Beliau mula berkecimpung dalam kebudayaan Melayu ketika berumur 20 tahun.
-
-
-
Menelusuri sejarah tarian zapin di Sarawak, dua tarian zapin Sarawak masih diketahui dan dipersembahkan sehingga kini ialah tarian zapin sebat – diasaskan oleh Allahyarham Baiee Drahman dari Kampung Sebat Melayu di Sematan. Zapin Sebat berasal dari Kampung Sebat, daerah kecil Sematan, Lundu. Tarian Melayu Sarawak ini dikoreograf menggunakan 11 ragam gerak dengan mengekalkan asas-asas gerak langkah iaitu sembah mula, mula langkah, mula langkah pusing, mabuk kemenyan, langkah tiga, tumpah madu, bermain gelombang, meniti gigi air, gigit lembadak, berdayung dan langkah sebaya.
Tarian ini yang mempunyai pergerakan beralun yang terkawal seakan-akan meniru ombak laut yang tenang, biasanya ditarikan pada malam berinai pengantin sebelum persandingan. Kini, tarian ini dipersembahkan dalam majlis-majlis perkahwinan dan rasmi serta persembahan pentas.
-
Sumber Rujukan
Bahan Bacaan
https://suarasarawak.my/lenggok-zapin-melayu
Samsudin Harun. (2011). Siri Tarian dan Alat Muzik Tradisional 1 MALAYSIA. Samudera Didik, Kuala Terengganu
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Encik Boniface Anak Babai
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93000, Kuching,
SARAWAK
019-2399682/082-422006
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!