TARIAN ZAPIN SINDANG

Seni Persembahan >Tarian

Gambar

0

Video

tiada

Pelawat Hari ini

2

Jumlah Pelawat

456

Pengenalan dan sejarah

Zapin Sindang berasal dari Kampung Sindang, Samarahan, Sarawak, diasas oleh Encik Nawi yang juga berasal dari kampung tersebut.  Tarian ini mempunyai tiga ragam gerak iaitu ‘ragam sembah’, ‘ragam poko’ dan ‘waina wailed’ atau ‘waina tahtim’. Tarian yang diiringi dengan muzik berentak zapin ini dipercayai berasal dari tanah Arab dan dibawa masuk ke Sarawak menerusi Sambas dan Serasan di Kalimantan, Indonesia. Tarian ini dipercayai juga dapat membantu menyebarkan agama Islam di Borneo.

Fungsi dan Peranan

Tarian komuniti Melayu Sarawak ini yang amat popular juga di luar negeri tersebut biasanya ditarikan pada malam pengantin berinai sebelum persandingan. Kini, tarian ini dipersembahkan juga dalam majlis-majlis rasmi dan juga persembahan pentas.

Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

-

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Penari lelaki dan perempuan tidak bersentuh antara satu sama lain. Respon mata dan pandangan juga amatlah terbatas. Penari lelaki segak dengan busana baju Melayu manakala penari wanita anggun mengenakan busana tradisional yang dilengkapi tudung keringkam sambil memegang bunga.

Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

Bahan Bacaan

Mohd Hairil Anuar Bari. (2022). Zapin Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.


Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Encik Boniface Anak Babai

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000, Kuching, SARAWAK

019-2399682/082-422006

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!