BUSANA TRADISIONAL SUKU TAGAL, ETNIK ORANG ULU

Busana Tradisional

Gambar

1

Video

tiada

Pelawat Hari ini

4

Jumlah Pelawat

88

Pengenalan dan sejarah

Suku Tagal adalah minoriti di Sarawak. Mereka tinggal di kawasan pedalaman, kebanyakannya di Daerah-Daerah Limbang dan Lawas, terutama yang berhampiran dengan sempadan negeri Sabah iaitu Merapok dan Sindumin. 

Suku ini di Long Tengoa, Long Inau dan Tang Sango B yang dikenali sebagai Tagal Kolor, mempunyai loghat dan sebutan yang berbeza dengan yang tinggal di Ulu Merapok dan Sindumin di Sipitang, Sabah.

Suku Tagal adalah salah satu rumpun etnik Murut. Namun, terdapat perbezaan adat dan budaya daripada etnik tersebut. Justeru, di Sarawak suku ini dikategori di bawah etnik Orang Ulu.

Busana/ Aksesori

Busana Wanita:

Busana wanita biasanya ringkas dengan sedikit aksesori. Asasnya ialah baju yang adalah kain dililit di badan sehingga ke paras dada, dipadankan dengan kain labuh. Di kepala adalah pengikat kepala kemudian diletak topi yang mempunyai hiasan dua atau tiga helai bulu burung kenyalang yang panjang. 

Aksesori yang biasanya dipakai ialah gelang tangan, tali pinggang besi dan rantai leher daripada kayu dan manik-manik. Warna yang digunakan biasanya merah, hitam dan putih.

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
  • Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sarawak
  • Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000 Kuching Sarawak
  • +6082-422006
  • -
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Encik Boniface Anak Babai

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000, Kuching, SARAWAK

019-2399682/082-422006

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!