BUSANA TRADISIONAL (NGEPAN) ETNIK IBAN (UMUM)

Busana Tradisional

Gambar

1

Video

tiada

Pelawat Hari ini

23

Jumlah Pelawat

23

Pengenalan dan sejarah

Dahulunya, kaum Iban menghasilkan pakaian dan aksesori mereka sendiri daripada sumber hutan.   Antaranya ialah kain sirat, baju kelambi dan kain diperbuat daripada kulit kayu tekalong.  Bahagian lengan baju dihiasi gelang rangki daripada siput ataupun daripada kayu keras, tapang.

Busana/ Aksesori

Perhiasan daripada perak biasanya dipakai di cuping telinga, leher, lengan, pergelangan tangan, pergelangan kaki, pinggang, pinggul dan juga pada rambut. Perhiasan merangkumi anting-anting, kalung, gelang, gelang kaki, tali pinggang dipanggil gesper, pin dan hiasan kepala. 

Busana Lelaki:

Busana lelaki Iban mempunyai banyak cara pemakaiannya. Topi yang dipanggil ketapu dianyam daripada bulu kenyalang. Gagong adalah baju bulu binatang yang dipakai di bahagian luar, manakala baju bahagian dalam dipanggil baju burong ditenun sama ada cara tenun karap, kebat atau sungkit. Rantai yang dipanggil kukung igi peria turut dipakai sebagai aksesori. 

Pedang nyabur dan terabai adalah sebahagian daripada pelengkap busana lelaki Iban. Kabo digunakan untuk hiasan di sarung pedang dan di sisi pinggang. Simpai pula dipakai di bahagian lengan.


Busana Wanita:

Perhiasan busana ini bermula di kepala dipanggil sugu tinggi dengan pelbagai variasi. Salah satunya sugu tinggi bungai belimbing daripada perak dihiasi bunga-bunga. Hiasan telinga adalah anting pirak (mengikut sebutan Iban). Di bahagian bahu menutup dada dipanggil marik empang atau tangu/tango, diserikan lagi dengan tenggak/marik (pirak)/kukung igi peria. Terdapat kalung dinamakan kukung igi bemban. 

Aksesori lain adalah lampit pirak bungai chengkih dipakai di lengan. Duit perak dicantum menjadi tali pinggang sementing ringgit, disekalikan dengan sementing (tali pinggang perak). 

Terdapat juga senyawir yakni hiasan dada daripada syiling perak dan kulit kayu. Selampai adalah kain yang diselempangkan di bahu. Terdapat dua jenis tenunan selampai iaitu tenun karap dan tenun sungkit. Bagi bahagian bawah badan pula terdapat rawai yang diperbuat daripada gelungan kecil perak yang dipakai di bahagian punggung. Tumpa adalah gelang tangan dan geruncong untuk gelang kaki.

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Bagi bahagian bawah badan terdapat kain sirat untuk menutup bahagian pinggang hingga ke lutut. Kain ini dililit di pinggang dan celah kelangkang. Hujung kain dijuntai dari pinggang ke bawah di hadapan dan di belakang badan pemakai untuk mempamerkan hiasan pada kain tersebut. Tikai burit, iaitu tikar yang dianyam daripada rotan, diletakkan di bahagian belakang dan berfungsi sebagai alas duduk bila dibentang.

Sumber Rujukan

Asia. (2022). The Jewelry of Southeast Asia by Richter Anne - AbeBooks. Abebooks.com. https://www.abebooks.com/book-search/title/the-jewelry-of-southeast-asia/author/richter-anne/

Benedict, S. (1980). The Living Legends: Borneans Telling Their Tales. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak.

Datuk Syed Ahmad Jamal. (2007). Crafts and the Visual Arts: 14 (Encyclopedia of Malaysia (Archipelago Press)): Amazon.co.uk: Jamal, Datuk Syed Ahmad: 9789813018570: Books. (2022). Amazon.co.uk. https://www.amazon.co.uk/Crafts-Visual-Encyclopedia-Malaysia-Archipelago/dp/9813018577

Tun Jugah Pua Gallery Catalogue. Yayasan Tun Jugah.

Koleksi Persendirian Jimmy Ambau, Dayak Cultural Foundation

https://ms.wikipedia.org/wiki/Ngepan_Iban


Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
  • Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sarawak
  • Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000 Kuching Sarawak
  • +6082-422006
  • -
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Encik Boniface Anak Babai

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000, Kuching, SARAWAK

019-2399682/082-422006

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!