Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
GAUNG OM SOUVA
Busana Tradisional
Gambar
1
Video
tiada
Pelawat Hari ini
1
Jumlah Pelawat
90
Pengenalan dan sejarah
Kadazan adalah salah satu kaum yang terbesar di Sabah dan menetap di Daerah Penampang, juga mempunyai pakaian tradisi sendiri.
Golongan lelaki biasanya mengenakan baju berlengan panjang yang menunjukkan pengaruh pakaian Cina. Baju ini dipanggil Gaung dipasangkan dengan seluar panjang disebut Souva.
Gaung diperbuat daripada kain baldu hitam dan dihiasi dengan benang dan manik-manik yang berwarna keemasan dipanggil linda (lace) serta dilengkapi butang perak atau keemasan disebut labuan.
Souva juga diperbuat daripada kain baldu hitam, bahagian atas seluar disambung dengan kain putih dipanggil tepua.
Golongan lelaki Kadazan juga memakai penutup kepala, sigah, diperbuat daripada kain dastar yang ditenun menggunakan benang keemasan serta benang beraneka warna.
Hiasan tambahan ialah tabot iaitu tali pinggang diperbuat daripada kain dan kebiasaannya berwarna hitam.
Hiasan sandongan atau sandang adalah selendang disangkut di bahagian bahu terutamanya semasa mempersembahkan tarian Sumazau. Sandang diperbuat daripada tumbuhan seperti pandan dipanggil hisaddiraut menjadi sebesar lima millimeter. Dahulunya, sandang digunakan untuk menggantung tengkorak kepala musuh yang berjaya dipenggal oleh pahlawan semasa peperangan dan disimpan atau digantung di bahagian atas bumbung rumah.
Masyarakat Kadazan menggunakan fabrik komersial hitam kain baldu atau sutera untuk upacara tertentu dan menggunakan kain kapas untuk pakaian seharian. Warna hitam banyak digunakan dahulunya kerana penduduk asli negeri ini hanya bergantung kepada beberapa jenis tumbuhan sahaja untuk dijadikan cecair pencelup kain.
Sigah dilipat atau dililitkan di kepala dalam beberapa gaya istimewa iaitu hinopung atau hopung (ular sawa), berpilin kinahu atau kahu (pemegang belanga), berlipat sinimbitan dan tinahanuk (yakni satu bahagian kecil di tepi terkeluar). Tupi sinikat ataupun topi bulat dibuat daripada tali yang kuat dengan teknik lingkaran dan ikat digunakan untuk menguatkan sigah.
Jahitan utama pada pakaian ini ialah sinusuk bulus iaitu jahitan rantai dan tantop iaitu jahitan bulu. Teknik jahitan bulu juga digunakan untuk membuat binuunsi, yakni jalur merah dan kuning ditenun seperti tali kasut. Perhiasan dan sulaman pada pakaian tradisi ini adalah sederhana berbanding dengan busana kaum lain di Sabah.
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Puan Nurshahrinna Syahrial
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah
Kompleks JKKN Sabah,
Jalan Tasik off KM4 Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu
SABAH
088-205070
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah, Kompleks JKKN Sabah, Jalan Tasik Off KM 4 Jalan Penampang, 88200 Kota Kinabalu Sabah.
