Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
MOGAH
Busana Tradisional
Gambar
1
Video
tiada
Pelawat Hari ini
3
Jumlah Pelawat
84
Pengenalan dan sejarah
Salah satu kaum di Daerah Kecil Matunggong ialah Rungus. Selain Badu’ Masap, lelaki kaum ini juga mempunyai busana iaitu Mogah.
Pakaian ini dinamakan berdasarkan kain tenun kaum Iranun iaitu Mogah yang ditenun lebih kurang 1.2 meter panjang. Kaum Iranun menjadikannya sebagai selimut sepanjang dua meter.
Busana ini berlatar belakangkan warna-warna hitam dan merah serta mempunyai corak yang berjalur ke bawah secara memanjang mengikut panjang kain. Coraknya berwarna kuning, jingga, putih, merah, dan hijau. Mogah menyerupai kimono panjang dihiasi ornamen yang biasa dipakai dalam busana tradisi lain seperti Pinakol, Pinokos, Hokos dan Sandal, dan dalam tarian tradisional Rungus iaitu Mongigol.
Hitam adalah warna utama pakaian mereka. Menurut kepercayaan, warna hitam melambangkan kekuasaan atau warna ketuhanan yang dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada pihak menyatakan bahawa hitam sebagai warna pakaian tradisi adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semula jadi pada waktu itu. Warna lain tradisi ialah putih, kuning dan merah dengan putih dan kuning adalah warna reka corak dan jalur.
Alam semula jadi dibuat panduan dalam menghasilkan motif, yang antaranya ialah:
Benurunsi - siput dan kerang.
Binongkok - berunsurkan imej katak.
Binorokidung - tema jejak ular. Istilah lain ialah Rinugading.
Binugang - menyerupai burung.
Binutuan - menyerupai jalinan kulit kayu.
Inansal - bersumberkan pagar.
Inompuling - motif bersumberkan serampang ikan.
Inugarang - menyerupai biawak atau cicak kecil.
Inumpizos - menyerupai ulat bulu.
Kinadamazam - buah kadamazam.
Kiambang Kiapu - bunga kayu.
Kinulit - bertemakan kulit pisang.
Lijawan - paku pakis.
Linimut - bertemakan imej kumbang.
Linopung - bersumberkan ular sawa.
Linopung do Kisorod - seperti ular bersirip.
Livato - bersumberkan semangat atau hantu.
Minimbayan - bersumberkan bungkusan kuih.
Mitotorungak - bersumberkan kemasyarakatan iaitu kelompok.
Monsimuung - bersumberkan imej semangat ataupun binatang.
Pinodkimo - kulit tiram.
Sinikuvan - buku benang.
Sinubung - ukuran kayu yang dicucuk dengan sesuatu benda di tengahnya.
Sinusuk Rabung - pucuk rebung.
Tinikou Sada - seekor ikan.
Tiningulun - bersumberkan bentuk manusia.
Tinolutug - segi empat yang dikelilingi corak segi tiga.
Tinubou - bertemakan burung merak mengigal.
Tinukad - bersumberkan tangga.
Vinalahan - bunga rotan (vakau).
Vinusak - bunga-bunga hutan.
Vinusak Kapok - seperti bunga Kapok.
Mogah dihasilkan sepenuhnya dengan tenunan tangan secara tradisional dipanggil magavot menggunakan kapas iaitu kapok oleh penduduk setempat. Tenunan ini memaparkan ketinggian nilai tradisinya berdasarkan teknik pembuatan dan hiasan motif berunsurkan bentuk binatang, manusia, senjata dan tumbuh-tumbuhan. Proses menenun adalah serupa dengan proses menenun kain tradisi yang ada di Sabah iaitu menggunakan alat tenunan Kek Sandang Belakang disebut babaal dalam Bahasa Rungus.
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Puan Nurshahrinna Syahrial
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah
Kompleks JKKN Sabah,
Jalan Tasik off KM4 Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu
SABAH
088-205070
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah, Kompleks JKKN Sabah, Jalan Tasik Off KM 4 Jalan Penampang, 88200 Kota Kinabalu Sabah.


