PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI BIDAYUH DAN WANITA SELAKO

Busana Tradisional

Gambar

29

Video

ada

Pelawat Hari ini

335

Jumlah Pelawat

598

Pengenalan dan sejarah

Pada asasnya busana lelaki Bidayuh yang berbaju kulit dan bercawat melambangkan pakaian pahlawan dan baju serta seluar hitam adalah pemakaian untuk upacara ritual.  Pemakaian busana lelaki yang berbaju hitam berlenggan panjang dan berseluar panjang merupakan pemakaian busana lelaki secara umum. Terdapat perbezaan busana bagi masyarakat Bidayuh yang wujud mengikut penempatan mereka. Dengan warna utama pada busana mereka iaitu merah, kuning dan hitam. 


Bagi masyarakat Bidayuh Salako yang mendiami kawasan Lundu dan Sematan, Sarawak. Terdapat dua jenis baju tradisi bagi wanita iaitu baju berlengan pendek dan baju separuh lengan. Baju-baju ini sama dengan baju tradisional etnik Bidayuh yang lain tetapi etnik Salako memakai baju berwarna putih. Baju tersebut dipadankan dengan sepasang kain sarung paras lutut yang berwarna hitam. Kain sarung itu dihiasi dengan renda-renda, duit syiling, loceng tembaga dan manik-manik halus yang disulami pelbagai warna seperti putih, kuning dan merah.


Disini kita boleh lihat bahawa pakaian traditi Bidayuh bergantung kepada dimana mereka tinggal. Masyarakat Bidayuh terbahagi kepada empat (4) kumpulan sub-kaum mengikut dialek dan amalan adat resam yang berbeza. Empat (4) kumpulan ini wujud mengikut penempatan mereka iaitu Bukar-Sadong di Serian dan Samarahan, Biatah di Siburan, Padawan dan Kuching, Jagoi-Singai di Bau dan Salako-Rara di Lundu.


Busana/ Aksesori

kain keringkam. 

Peralatan/ Bahan-Bahan


Tokoh dan Pencapaian

1. Encik Amirrullizam Hossen Bin Hipni

Pernah bertugas sebagai Artis Budaya (Kejurulatihan) kontrak di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak pada tahun 2002 sehingga tahun 2020.

Koreografer Tarian Nopeng Kinek semasa Inspitari 2010 yang berlangsung di Auditorium DBKL pada 20 Oktober 2010.


Sumber Rujukan

i. Encik Amirrullizam Hossen Bin Hipni

Pegawai Kebudayaan (Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak)


Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
  • Encik Hafiz bin Untong
  • Majlis Adat Istiadat Sarawak
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Encik Boniface Anak Babai

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000, Kuching, SARAWAK

019-2399682/082-422006

Kembali Ke Atas