BUSANA TRADISIONAL SUKU BISAYA, ETNIK ORANG ULU

Busana Tradisional

Gambar

1

Video

tiada

Pelawat Hari ini

19

Jumlah Pelawat

180

Pengenalan dan sejarah

Bisaya adalah pribumi yang berasal dari Sungai Limbang di timur Sarawak. Menurut kepercayaan tempatan, perkataan “Bisaya” berasal daripada sebutan “Bisa Lya” bermaksud ‘seseorang lelaki atau wanita tampak gagah dan tampan serta cantik molek’. Sesetengah menyatakan bahawa ia berasal daripada perkataan “Ma Bisa” bermaksud ‘bisa yang dikaitkan dengan ilmu sihir atau perubatan yang biasanya diamalkan oleh kaum ini pada ketika itu’. Sebutan kemudian bertukar kepada Bisaya sehingga ke hari ini. 

Terdapat perbezaan pakaian suku Bisaya Sarawak dengan suku Bisaya di Sabah.  Bagi Bisaya Sarawak busananya lebih ringkas dan tidak sarat dengan aksesori.

Fungsi dan Peranan

Busana Lelaki:

Busana lelaki selalunya ringkas dan sekadar mencerminkan imej masyarakat itu yang bekerja sebagai petani.  Suku Bisaya di Limbang menamakan baju lelaki mereka sebagai baju mianai, dihasilkan daripada kain  koshibo dan satin yang selalunya berwarna hitam, serta dihiasi renda berwarna kuning atau putih. Hiasan kepala ialah tanjak, lebih dikenali sebagai siga. 

Busana Wanita:

Mengikut cerita orang-orang tua, dahulunya baju kebamban hanya dipakai ketika majlis ritual, temarok, oleh yang mengetuai upacara tersebut iaitu Indu Beliaon Gayo.  Pakaian ini juga hanya boleh diperolehi dan dimiliki oleh orang kaya sahaja (golongan atasan/bangsawan). Sekitar tahun 1980an, selari dengan peningkatan taraf hidup masyarakat Bisaya, kini semua golongan mampu memiliki baju tersebut.

Busana ini dipakai semasa perayaan Babulang, iaitu festival menuai padi, bagi menyatakan kesyukuran mereka mendapat rezeki yang baik, dan majlis-majlis tertentu.

Busana/ Aksesori

Baju adalah kemeja lengan panjang dengan kolar ‘cekak musang’ (kolar tinggi sedikit menutupi sebahagian leher).  Bahagian dada terbelah berkancing tiga tanpa saku.   

Busana ini dilengkapi dengan seluar panjang yang menutup kaki. Namun,  ada juga seluar pendek. Seluar panjang lebih kepada gaya baju pahlawan. 

Busana Wanita:

Busana tradisi dinamakan baju kebamban ataupun baju masuk (belasu itom), terdiri daripada sehelai baju berwarna hitam berserta aksesori, dan dipakai dengan kain songket bersulam benang emas.

Mengikut cerita orang-orang tua, dahulunya baju kebamban hanya dipakai ketika majlis ritual, temarok, oleh yang mengetuai upacara tersebut iaitu Indu Beliaon Gayo.  Pakaian ini juga hanya boleh diperolehi dan dimiliki oleh orang kaya sahaja (golongan atasan/bangsawan). Sekitar tahun 1980an, selari dengan peningkatan taraf hidup masyarakat Bisaya, kini semua golongan mampu memiliki baju tersebut.

Busana ini dipakai semasa perayaan Babulang, iaitu festival menuai padi, bagi menyatakan kesyukuran mereka mendapat rezeki yang baik, dan majlis-majlis tertentu.

Asalnya, rekaan baju ini lebih sederhana dan kurang hiasan maniknya.  Lengannya pula panjang dan dilipat sehingga tiga suku tangan ataupun hingga paras siku sahaja.  Baju ini juga dihasilkan tidak mengikut potongan badan.

Selaras dengan peredaran masa, baju kebamban ini telah dipermodenkan bagi memudahkan memakainya.  Lengan baju yang panjang dipendekkan serta banyak perhiasan manik memenuhi permukaan baju.

Sumber Rujukan

https://www.scribd.com/doc/171159631/ETNIK-BISA,YA

The Living Borneans Telling Their Tales. Benedict Sanding, Dewan Bahasa dan Pustaka (1980).

http://bisayapengajianmalaysia.blogspot.com/2018/02/kaum-bisaya-di-sarawak.html

Bisaya of Malaysia - People Groups. www.peoplegroups.org/explore/groupdetails.

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
  • Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sarawak
  • Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000 Kuching Sarawak
  • +6082-422006
  • -
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Encik Boniface Anak Babai

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000, Kuching, SARAWAK

019-2399682/082-422006

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!