BUSANA TRADISIONAL SUKU SELAKO, ETNIK BIDAYUH

Busana Tradisional

Gambar

1

Video

tiada

Pelawat Hari ini

18

Jumlah Pelawat

112

Pengenalan dan sejarah

Menurut sejarah, nama Selako diambil daripada nama Sungai Selakau atau Selako. Suatu ketika dahulu suku ini menetap di Gunung Gajing, berdekatan Sungai Selakau atau Selako yang terletak di Singkawang, Kalimantan Barat, Indonesia. Sekitar tahun 1800 mereka berhijrah ke Sarawak dan menetap di sekitar Sungai Pasir dan Sungai Kayan. 

Selako adalah suku minoriti di Sarawak dan salah satu pecahan daripada etnik Bidayuh. Mereka menetap di Lundu iaitu sekitar Daerah Kecil Sematan. 

Suku Selako terdiri daripada dua kelompok iaitu Selako Sangkuku dan Selako Gajekng, tetapi mereka tetap kekal sebagai suku Selako. Mereka hanya dibezakan melalui pelbagai persembahan ritual, larangan makanan dan sejarah asal usul sahaja, tetapi busana tradisional mereka tetap sama.

Masyarakat Selako mempraktikkan amalan sam-sam iaitu perintah berkurung di dalam kampung sejak turun-temurun. Dahulunya, amalan ini wajib diikuti dan sesiapa yang melanggarnya dihukum mengikut adat kampung mereka.

Busana/ Aksesori

Busana Lelaki:

Terdapat dua jenis busana tradisional lelaki yang ringkas, tidak memerlukan perhiasan yang banyak. Mereka selalunya memakai seluar hitam, baju hitam yang dihiasi renda berwarna kuning dan merah, selendang merah dan juga perhiasan kepala iaitu topi. Terdapat juga yang lebih gemar mengenakan busana ringkas seperti memakai baju kemeja dengan vest di luar, seluar panjang hitam, kalung gigi binatang liar dan topi. 


Busana Wanita:

Terdapat dua jenis baju tradisional bagi wanita; yang berlengan pendek dan baju separuh lengan. Ianya sama seperti baju tradisional etnik Bidayuh tetapi berwarna putih. Baju tersebut dipadankan dengan kain sarung hitam hingga paras lutut, dihiasi renda-renda, duit syiling, loceng tembaga serta manik-manik halus berwarna putih, kuning dan merah. 

Terdapat tujuh perhiasan asas yakni:

  • Manibi: Perhiasan kepala. Menghiasi sekitar dahi dan melilit di bahagian kepala. Mudah dipakai kerana hanya pastikan manibi melingkari dahi sehingga ke belakang.

  • Topongk: Sikat yang menghiasi kepala sekitar belakang manibi dan dipakai secara dicucuk sahaja. Perhiasan ini untuk meningkatkan seri di bahagian kepala.

  • Salindang: Selendang diletak di bahu kanan dan disemat di pinggang sebelah kiri.

  • Rante/Marek: Rantai leher dengan juntaiannya berada di posisi belakang.

  • Timo: Manik pinggang melingkari pinggang dan menutup bahagian hujung baju putih. Maniknya perlu berada di tengah-tengah kawasan pinggang dan disemat pin sehingga menutup bahagian bawah baju. 

  • Chuak Paha: Tali pinggang.

  • Chuak Tangan atau Ga’angk: Gelang tangan.

Sumber Rujukan

DeMello, M. (2007). Encyclopaedia of Body Adornment. Taken from https://www.jstor.org/stable/1180572

Etnik Selakau/Selako - PEJUANGAN UNTUK HIDUP YANG LEBIH BAIK!! (n.d.). www.youtube.com. Retrieved October 27, 2021, from https://youtu.be/OdKgQjkOQeA

FAKTA MENARIK: Kenali Adat Dan Pantang Larang Kaum Bidayuh. (n.d.). https://www.iloveborneo.my/cerita-menarik-dari-borneo/fakta-menarik-kenali-adat-dan-pantang-larang-kaum-bidayuh/

MENGENAL LEBIH JAUH SUKU DAYAK SALAKO. (n.d.). Retrieved October 27, 2021, from http://kristianusatok.blogspot.com/2008/03/mengenal-lebih-jauh-suku-dayak-salako.html

Sabaya, D. (2013, March 23). Dirik Sabaya: Dayak Salako. Dirik Sabaya. http://diriksabaya.blogspot.com/2013/03/dayak-salako.html

Suimi Anak Kinseng, & Majlis Adat Istiadat Sarawak. (2019). Salako: Kepercayaan dan Adat Resam. Sarawak Custom and Ceremonial Council, Chief Minister Department, Kuching, Sarawak.

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
  • Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sarawak
  • Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000 Kuching Sarawak
  • +6082-422006
  • -
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Encik Boniface Anak Babai

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000, Kuching, SARAWAK

019-2399682/082-422006

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!