Gambar

1

Video

tiada

Pelawat Hari ini

1

Jumlah Pelawat

77

Pengenalan dan sejarah

Masyarakat Dusun Labuk kebanyakannya menetap di daerah-daerah Beluran dan Telupid di Sabah. Pakaian tradisi mereka bernama Baju Labuk bersempena dengan nama Sungai Labuk, yang kekayaan hasil sumbernya dipercayai mempengaruhi sistem penempatan mereka.

Baju Labuk mula diperkenalkan sekitar tahun 1980an. Pengasas baju ini berkeinginan untuk menghasilkan pakaian tradisi bagi sukunya agar mereka dapat memiliki identiti tersendiri.

Fungsi dan Peranan

Baju Labuk sering dipakai semasa menyambut perayaan tertentu seperti Pesta Kaamatan, majlis-majlis rasmi kerajaan dan juga majlis perkahwinan masyarakat Dusun Labuk. Sehingga kini permintaan untuk Baju Labuk amatlah tinggi terutamanya menjelang Pesta Kaamatan. Nilai baju ini juga amat tinggi kerana penghasilannya mengambil masa yang lama dan memerlukan kemahiran menyulam yang tinggi.

Busana/ Aksesori

Baju Labuk menggunakan kain berwarna hitam seperti kain kapas ataupun kain baldu. Bunga yang disulam pada kain tersebut menggunakan benang sulam berwarna kuning, merah jambu, biru dan hijau bagi menyerlahkan lagi keindahan gabungan warna pada baju tersebut. 

Sulaman pada baju ini berbentuk tumbuhan bunga gosing (yakni bunga senduduk) yang sangat sinonim dengan kegiatan masyarakat Dusun Labuk. Contohnya, dalam pembuatan minuman tradisi ‘tapai’, tempayan ataupun tajau untuk menyimpan minuman ini perlu dibersihkan menggunakan daun gosing bagi mengelakkan tapai menjadi masam atau rosak. Tumbuhan ini juga boleh dijadikan ubat. 

Setiap corak sulaman mempunyai maksud tersendiri. Corak ‘lima kelopak’ bunga gosing bermaksud ‘lima zon’ yakni kawasan besar di Daerah Labuk iaitu Zon Telupid, Zon Nangoh, Zon Terusan Sapi, Zon Pamol dan Zon Beluran. 

Warna pada sulaman bermaksud ‘kepelbagaian puak suku’ di Daerah Labuk. Sulaman yang menggunakan dua warna yang sama iaitu lakaran corak dari atas hingga ke bawah dada melambangkan ‘kawasan dari Ulu Labuk hingga ke Muara Labuk’. 

Warna sulaman yang tidak bercampur dengan warna-warna lain bermaksud ‘setiap puak suku mempunyai adat istiadat tersendiri dan harus dihormati tanpa mencampuri urusan adat istiadat puak suku lain’. 

Sulaman berwarna biru dan hijau melambangkan ‘persamaan bahasa pertuturan, warisan budaya dan muzik tradisional’, walaupun terdapat puak suku yang berlainan di kawasan tersebut. Bagi suku Dusun Labuk, sebutan bagi kedua-dua warna berkenaan adalah sama iaitu otomou. 

Corak pada bahagian belakang baju bermaksud ‘setiap puak suku Dusun Labuk hendaklah sentiasa mengingati asal usul mereka walaupun ketika berada di dalam arus pemodenan’.

Hiasan manik bermaksud ‘keceriaan hubungan yang mesra dan harmoni antara semua puak suku di Daerah Labuk’. Kain berwarna hitam melambangkan ‘keyakinan’, ‘kekuasaan’ dan ‘kekuatan’.

Antara aksesori yang dipakai oleh lelaki Dusun Labuk ialah Sinolungan (selendang bahu), Sinandang (kalung), Kambet  (duit syiling perak), Parang Berambut, Tali Pinggang iaitu kain merah bermahkotakan kerongsang ukiran bunga, dan Tulangis (sigar labuk, yakni penutup kepala).

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Suku Dusun Labuk menghasilkan Baju Labuk menggunakan mesin jahit, termasuk jahitan renda pada setiap perincian baju berkenaan. Corak Bunga Gosing disulam sepenuhnya dengan tangan, mengambil masa tiga atau empat minggu untuk menyiapkan sepasang baju berkenaan. 

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
  • Hassanal bin Redzuan
  • Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah, Kompleks JKKN Sabah, Jalan Tasik Off KM 4 Jalan Penampang, 88200 Kota Kinabalu Sabah.
  • 088 -205 070
  • hassanal@jkkn.gov.my
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Puan Nurshahrinna Syahrial

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah
Kompleks JKKN Sabah, Jalan Tasik off KM4 Jalan Penampang, 88200 Kota Kinabalu SABAH

088-205070

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!