BUSANA TRADISIONL SUKU PUNAN BAH, BELAGA, ETNIK ORANG ULU

Busana Tradisional

Gambar

1

Video

tiada

Pelawat Hari ini

3

Jumlah Pelawat

144

Pengenalan dan sejarah

Dahulunya, orang Punan tinggal di Kapuas Atas di Pulau Borneo, Wilayah Indonesia. Dalam mencari negara baru untuk didiami mereka berpecah dua; satu pihak tetap berada di Kapua Atas dan yang lain berpindah ke arah barat laut menuju Balleh Atas Rejang di Bahagian Ketujuh, Sarawak. Setelah beberapa ketika mereka secara beransur-ansur menetap di Sungai Rejang utama di seberang kubu Kapit sekarang. 

Selepas pendatang Dayak tiba di Sungai Rejang dan Kapit, orang Punan berpindah ke hulu sungai dan tinggal di Nanga Ba. Disebabkan penghijrahan ini kumpulan Punan tertentu ini dikenali sehingga hari ini sebagai Punan Ba.

Busana/ Aksesori

Busana Lelaki:

Baju busana lelaki suku ini dipanggil sirat atau ivei, dan baju sikap atau baju luar dipanggil gagong atau selayong. Masyarakat Punan, yang dahulunya nomad, mempunyai penutup kepala atau topi yang dipanggil lavung. Satu lagi jenis topi adalah batouk kenya. 

Akseori mereka ialah rantai iaitu beleysang dan anting-anting, eemak. Bagi lelaki suku Punan, ilang atau parang, menjadi salah satu alat penting sebagai senjata yang perlu sentiasa ada pada diri mereka.


Busana Wanita:

Busana wanita suku ini mempunyai baju atau kain yang menutupi keseluruhan badan dari dada hingga ke kaki dipanggil kain aput maa, dilengkapi selendang. 

Aksesori mereka adalah rantai (beley seng), hiasan di tengkuk (sebuting), anting-anting (imak bituk), dan hiasan kepala (batuok wei uulei).  Penutup kepala dipanggil batuok inuk dan oven sin piruoak, serta satu lagi jenis dipanggil ovet piruok.


Sumber Rujukan

The Living Legends: Borneoan Telling Their Tales, Benedict Sandin, DBP 1980

Https://en.wikipedia.org/wiki/Punan_Bah

https://www.facebook.com/BorneoOracle

https://m.facebook.com/punanright

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
  • Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sarawak
  • Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000 Kuching Sarawak
  • +6082-422006
  • -
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Encik Boniface Anak Babai

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000, Kuching, SARAWAK

019-2399682/082-422006

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!