Gambar

1

Video

tiada

Pelawat Hari ini

2

Jumlah Pelawat

109

Pengenalan dan sejarah

Salah satu kaum di daerah kecil Matunggong adalah Rungus. Lelaki dan perempuannya mempunyai pakaian mereka masing-masing. Lelaki Rungus mempunyai dua jenis pakaian iaitu Badu’ Masap dan Mogah.

Fungsi dan Peranan

Kini, pakaian ini sering digunakan ketika majlis perkahwinan, keraian, kematian ataupun mengalu-alukan ketibaan tetamu ke rumah panjang.

Busana/ Aksesori

Badu’ adalah baju kemeja tenun lengan panjang, manakala Masap ialah seluar panjang yang dibesarkan pada bahagian pinggang. Masap juga dipanggil Souval Tanaru dan mempunyai linangkit disebut Soval Sarabulu. Warna pakaian lelaki dan wanita Rungus adalah sama. 

Busana ini dilengkapi Sigal iaitu tengkolok berukuran satu meter persegi, menggunakan lipatan kain pis untuk melitupi kepala si pemakai. Kain bersulam ini dihasilkan oleh suku Bajau Binadan di Kudat tetapi dipakai oleh lelaki kaum Rungus. 

Baju tradisi ini mempunyai dua lapis kain yang berlatar belakangkan warna hitam dan jingga. Warna-warna seperti jingga, kuning, ungu, merah jambu, merah dan biru adalah warna motif dan warna corak bagi sulaman pada Badu’ Masap. Motif berunsurkan flora dan fauna. Contohnya, motif menyerupai naga (kaliagah), labah-labah, ikan, burung (agira), rama-rama dan bunga kembang tuleh. Motif-motif pada kain pis dikaitkan dengan suku Bajau Laut yang datang dari Kepulauan Sulu Filipina, khususnya pada motif naga (kaliagah).

Antara aksesori yang menghiasi pakaian tradisi ini adalah sama seperti aksesori yang ada pada pakaian tradisi wanita seperti Tinggot dan Pinakol. Beberapa perhiasan tambahan seperti Inavol yang diselitkan bersilang bersama Pinakol adalah tenunan kain panjang bermotifkan geometri. Sandal iaitu kain berwarna diletakkan melintang dari bahagian atas bahu hingga ke kaki. Di bahagian pinggang pula terdapat simpulan Hokos iaitu kain berwarna seperti merah, hijau dan kuning yang dijahit bersama.

Kaum Rungus memilih warna hitam sebagai warna utama pakaian mereka. Menurut kepercayaan mereka, penggunaan warna hitam melambangkan kekuasaan atau warna ketuhanan yang dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Namun, terdapat sesetengah pihak menyatakan bahawa penggunaan warna hitam sebagai warna pakaian tradisi adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semula jadi pada waktu itu. Warna tradisi kaum Rungus adalah hitam, merah, kuning dan putih. Warna-warna putih dan kuning digunakan sebagai warna reka corak dan jalur.

Kain tenunan Rungus menjadikan alam semula jadi sebagai panduan dalam mencipta motifnya. Antara motif-motif tersebut adalah:

Benurunsi - siput dan kerang. 

Binongkok - berunsurkan imej katak. 

Binorokidung - tema jejak ular. Istilah lain ialah Rinugading.

Binugang - menyerupai burung.

Binutuan - menyerupai jalinan kulit kayu.

Inansal - bersumberkan pagar. 

Inompuling - bersumberkan serampang ikan.

Inugarang - menyerupai biawak atau cicak kecil.

Inumpizos - menyerupai ulat bulu. 

Kinadamazam - buah kadamazam.

Kiambang  Kiapu - bunga kayu.

Kinulit - bertemakan kulit pisang. 

Lijawan - paku pakis.

Linimut - imej kumbang.

Linopung - bersumberkan ular sawa.

Linopungb do Kisorod - seperti ular bersirip.

Livato - bersumberkan semangat atau hantu.

Minimbayan- bersumberkan bungkusan kuih.

Mitotorungak - bersumberkan kemasyarakatan iaitu kelompok. 

Monsimuung - bersumberkan imej semangat ataupun binatang.

Pinodkimo - kulit tiram.

Sinikuvan - buku benang.

Sinubung - ukuran kayu yang dicucuk dengan sesuatu benda ditengahnya.

Sinusukb  Rabung - pucuk rebung. 

Tinikou Sada - seekor ikan. 

Tiningulun - bersumberkan bentuk manusia.

Tinolutug - segi empat yang dikelilingi corak segi tiga.

Tinubou - bertemakan burung merak mengigal.

Tinukad - bersumberkan tangga.

Vinalahan - bunga rotan (vakau).

Vinusak - bunga-bunga hutan.

Vinusak  Kapok - seperti bunga kapok.

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Pakaian tradisional ini dihasilkan sepenuhnya dengan tenunan tangan menggunakan kapas  dikenali sebagai kapok oleh penduduk setempat. Kain yang digunakan bagi menghasilkan pakaian kaum Rungus ditenun secara tradisional dipanggil magavol yang memaparkan ketinggian nilai tradisinya berdasarkan teknik pembuatan dan hiasan motif yang dihasilkan. 

Motif tenunan kaum ini adalah berunsurkan bentuk binatang, manusia, senjata dan tumbuh-tumbuhan. Proses menenun kain kaum Rungus adalah serupa dengan proses menenun kain tradisi yang ada di Sabah, iaitu menggunakan alat tenunan Kek Sandang Belakang ataupun disebut babaal dalam Bahasa Rungus.

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
  • Hassanal bin Redzuan
  • Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah, Kompleks JKKN Sabah, Jalan Tasik Off KM 4 Jalan Penampang, 88200 Kota Kinabalu Sabah.
  • 088 -205 070
  • hassanal@jkkn.gov.my
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Puan Nurshahrinna Syahrial

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah
Kompleks JKKN Sabah, Jalan Tasik off KM4 Jalan Penampang, 88200 Kota Kinabalu SABAH

088-205070

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!