BUSANA TRADISIONAL ETNIK MELANAU DALAT

Busana Tradisional

Gambar

1

Video

tiada

Pelawat Hari ini

9

Jumlah Pelawat

9

Pengenalan dan sejarah

Busana etnik Melanau di Dalat berkait rapat dengan amalan budaya kehidupan seharian seperti adat resam dan pantang larang. Contohnya, busana dalam adat sebelum dan selepas perkahwinan, semasa kematian dan pengebumian, upacara kaul termasuk permainan tibau, dan perubatan tradisional iaitu bebayuh. 

Asalnya, pakaian masyarakat Melanau a liko atau pagan Dalat adalah ringkas.  Kaum lelaki hanya menggunakan dua helai kain iaitu kain hitam yang diikat ringkas di kepala seperti kelubung, dan kain sarung hitam yang dijadikan cawat, serta baju kulit kayu. 

Etnik Melanau Dalat juga mahir membuat pakaian dan menjahit cantuman potongan kain dengan menggunakan urat daun nanas kerana masalah ketiadaan benang jahit tidak seperti sekarang.

Fungsi dan Peranan

Busana etnik Melanau di Dalat berkait rapat dengan amalan budaya kehidupan seharian seperti adat resam dan pantang larang. Contohnya, busana dalam adat sebelum dan selepas perkahwinan, semasa kematian dan pengebumian, upacara kaul termasuk permainan tibau, dan perubatan tradisional iaitu bebayuh. 


Busana Lelaki:

Bajo Kancin:

Bajo kancin atau baju butang digayakan bersama kain batik ikat kepala dan samping songket merah hati. Tiada perlambangan pada kancin, manik dan renda, hanya sebagai hiasan sahaja. Baju-baju ini adalah pakaian harian, namun kini hanya dipakai bila ada majlis keramaian atau perkahwinan.


Busana Wanita:

Bajo baban asalnya tanpa hiasan manik dan renda, serta digunakan sebagai pakaian harian.   Kini, baju kurung pendek hitam ini dihias dengan manik, kemudian ditambah lagi dengan renda berwarna kuning melambangkan warna keemasan, serta menggunakan dapet iaitu tali pinggang besi.  Dipakai bersama kain sarung batik atau songket bidek lugik berwarna merah hati kerana warna ini mudah didapati dan warna lain susah dihasilkan ketika itu. 

Baju baban menjadi kemestian untuk menghadiri sesuatu acara, majlis adat atau keramaian hingga sekarang


Busana/ Aksesori

Busana Lelaki:

Bajo Kancin:

Bajo kancin atau baju butang digayakan bersama kain batik ikat kepala dan samping songket merah hati. Tiada perlambangan pada kancin, manik dan renda, hanya sebagai hiasan sahaja. Baju-baju ini adalah pakaian harian, namun kini hanya dipakai bila ada majlis keramaian atau perkahwinan.


Busana Wanita:

Kaum wanita menggunakan dua helai kain iaitu kain sarung sebagai kain kemban dari paras dada hingga ke paras lutut, dan kain sarung atau kain hitam sebagai kelubung tutup kepala. 

Busana tradisi terawal yang masih kekal sampai hari ini ialah bajo baban. Selainnya ialah bajo kurong dadit dan bajo kebaya dadit dipadankan bersama kain sarung batik. Sera’o digunakan bagi menutup kepala, jika suka.

Kedatangan pedagang Cina secara tidak langsung mempengaruhi dan menokok tambah busana wanita. Mereka mengenakan bajo kebaya dadit draw ala busana Baba Nyonya dengan kain batik sarung dalam majlis perkahwinan atau aktiviti di luar rumah. 

Bajo baban asalnya tanpa hiasan manik dan renda, serta digunakan sebagai pakaian harian.   Kini, baju kurung pendek hitam ini dihias dengan manik, kemudian ditambah lagi dengan renda berwarna kuning melambangkan warna keemasan, serta menggunakan dapet iaitu tali pinggang besi.  Dipakai bersama kain sarung batik atau songket bidek lugik berwarna merah hati kerana warna ini mudah didapati dan warna lain susah dihasilkan ketika itu.


Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Kain sarung yang diperbuat daripada kain karung guni gulapun ada juga dipakai. Ia diubah menjadi kain sarung yang dipadankan dengan kurung dadit atau kebaya dadit, dijahit menggunakan urat daun nanas.  Kain sarungnya juga berwarna hitam sahaja.

Sumber Rujukan

https://pentasdarulhana.blogspot.my/2020/11/adi-badiozaman-tah-jadi-ahli-mppk.html

http://youtube.com/watch?v=FspKCAFX0e8

Zaini Bin Oje @ Ozea. 1997, Bahasa Melanau Dalam Konteks Perubahan Budaya. Jurnal Sarawak Muzium. Vol. XLVII. Special Issue No.5. Part II. Seminar II Warisan Budaya Malay dan Melanau, 1993. Kuching: The Museum.

Dr. Tengku Intan Zarina Bt Tengku Puji, 2014. Analisa Terhadap Adat dan Keistimewaan Masyarakat Melanau di Sarawak, Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik.

Yasir Abdul Rahman, 1987. Melanau Mukah: Satu Kajian Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahawa dan Pustaka.

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
  • Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sarawak
  • Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000 Kuching Sarawak
  • +6082-422006
  • -
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Encik Boniface Anak Babai

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000, Kuching, SARAWAK

019-2399682/082-422006

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!