Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
BUSANA TRADISIONAL SUKU BEKETAN @BAKETAN, ETNIK ORANG ULU
Busana Tradisional
Gambar
1
Video
tiada
Pelawat Hari ini
13
Jumlah Pelawat
13
Pengenalan dan sejarah
Contoh busana Beketan atau Baketan ini diambil daripada suku Beketan di Rumah Rajau, Sungai Metah, Belaga.
Sekumpulan Baketan yang diketuai oleh wanita bernama Sagah meninggalkan Palin di Kalimantan Barat, Indonesia, berhijrah ke Batang Maloh (atau Kanyau). Setelah beberapa waktu mereka berpindah randah ke beberapa tempat sehingga tiba di Sungai Nangka, bertentangan dengan Nanga Arai dan menetap di situ.
Mereka kemudiannya diserang oleh pejuang kaum Iban yang diketuai oleh pahlawan bernama Bekatang dari Machan dari Sungai Rejang. Beberapa orang pahlawan Baketan terbunuh dan, akibat pembunuhan beramai-ramai ini, orang Baketan bergerak ke hulu Sungai Rejang untuk menetap bersama saudara-mara dan rakan-rakan mereka di Pala Wong.
Mereka kemudian berpindah lagi ke beberapa tempat sehingga tiba di Merit di bawah pimpinan ketua mereka, Meru, yang meninggal dunia pada tahun 1966.
Busana Tradisi:
Busana Beketan mempunyai sedikit persamaan dengan busana suku lain tetapi berbeza nama. Keindahan busana ini adalah ragam hias yang mempamerkan kemahiran kerja tangan dalam penghasilannya. Ragam hias berbentuk motif suku ada pada pakaian, serta pada jalinan manik dan labucinya.
Perhiasan diri seperti emas, perak dan tembaga adalah perlambagan status dan kekayaan pada sesuatu keluarga yang berkemampuan.
Sumber Rujukan
Benedict Sandin. (2022). The Living Legends: Borneans Telling Their Tales. Very Good Hardcover (1980) First edition. | The Penang Bookshelf.
Abebooks.com. https://www.abebooks.com/first-edition/Living-Legends-Borneans-Telling-Tales-Benedict/31243553683/bd
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Encik Boniface Anak Babai
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93000, Kuching,
SARAWAK
019-2399682/082-422006
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!

Negeri Sarawak
Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93000 Kuching
Sarawak



