Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
LAPOI RININGGITAN
Busana Tradisional
Gambar
1
Video
tiada
Pelawat Hari ini
4
Jumlah Pelawat
67
Pengenalan dan sejarah
Dusun Tinagas adalah salah satu suku kaum Kadazandusun di Sabah. Nama Dusun Tinagas (Nagas) diambil daripada nama kawasan batu yang luas di muara Sungai Sugut.
Baju tradisi suku ini ialah Lapoi Rininggitan, yakni Lapoi adalah kain yang ditenun menggunakan serat tumbuhan seperti pisang dan nanas. Baju ini dihiasi beberapa aksesori seperti Timbok untuk bahagian kepala manakala untuk bahagian leher adalah kalung dipanggil Sinandang Pino’og, Sinandang Nulang-ulang, Sinandang Pinorunduk, Sinandang Ganggalung, dan Sinandang Dumpong ataupun Dalai. Di bahagian pinggang terdapat Toorot Rinagang dan Sinsing, manakala untuk tangan ialah Golong yakni gelang tangan.
Baju ini mempunyai keunikannya tersendiri seperti corak pada Lapoi dan Tapi. Antara corak-coraknya ialah Balasu iaitu garis berwarna putih dan Kasumba, garis berwarna merah. Setiap corak mempunyai maksud tersendiri. Contohnya, corak Nundaloh yang merujuk kepada ‘alat menangkap ikan’ suku ini. Corak Sinorosipon berbentuk gigi gergaji bermaksud ‘simbol peralatan membina dan membuat rumah’.
Terdapat juga corak Tinubou-tubou bermaksud 'peralatan atau permainan tradisi’. Tinukad-tukad bermaksud ‘tangga rumah’ yang merujuk kepada ‘simbolik keteguhan dan kesatuan masyarakat Dusun Tinagas’. Akhirnya, corak Tiang iaitu simbol tiang rumah yang ‘memegang adat istiadat’ suku ini.
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Puan Nurshahrinna Syahrial
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah
Kompleks JKKN Sabah,
Jalan Tasik off KM4 Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu
SABAH
088-205070
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah, Kompleks JKKN Sabah, Jalan Tasik Off KM 4 Jalan Penampang, 88200 Kota Kinabalu Sabah.



