Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
BUSANA TRADISIONAL ETNIK BIDAYUH
Busana Tradisional
Gambar
1
Video
tiada
Pelawat Hari ini
3
Jumlah Pelawat
3
Pengenalan dan sejarah
Etnik Bidayuh mempunyai beberapa suku yang kecil dengan dialek bahasa yang berbeza. Antaranya Bidayuh-Bidayuh Salako, Lara dan Undu di Daerah Lundu. Bidayuh-Bidayuh Singai, Jagoi, Serembu, Gumbang dan Tringgus di Daerah Bau. Bidayuh-Bidayuh Bibukar, Sambat, Mentu, Sumpas, Temong, Taup, Engkeroh, Riih, Gahat serta Suntas di Daerah Serian. Di Daerah Padawan terdiri daripada Bidayuh-Bidayuh Bibenuk, Biperoh Bisitang, Biatah, Penyawa, Biannah, Tibia, Simpok, Braang dan Bengoh.
Kebanyakan busana Bidayuh hampir sama. Perbezaan adalah daripada penggunaan aksesori tambahan.
Busana Lelaki:
Busana lelaki terdiri daripada sepasang baju dan seluar kain satin berwarna hitam. Terdapat jalur-jalur merah dan putih di bahagian-bahagian tengah, bawah dan sekeliling lengan baju. Baju luar atau vest yang dipanggil jipo boyuh, yang dihasilkan daripada kulit kayu membuat busana tersebut lebih kemas lagi.
Terdapat juga selendang dan topi sebagai aksesori serta manik-manik kalung diperbuat daripada gigi beruang.
Busana Wanita:
Busana wanita kebiasaannya berwarna hitam dihiasi renda dengan warna-warna merah, perak dan emas. Kain sarung, lebih dikenali sebagai jemuh, berwarna hitam sepanjang paras lutut sahaja dan harus dilipat dari kanan ke kiri.
Baju atau bajuh pula berwarna hitam dan dihiasi dengan renda berwarna merah, perak dan emas. Terdapat tiga atau empat kancing baju bergantung kepada saiz ukuran baju seseorang itu. Mereka juga mempunyai baju kulit dipanggil jipo pendek. Penutup kepala dipanggil sipiah berwarna merah, putih dan hitam, diletak di atas kepala tetapi tidak menutupi kening dan tidak juga terlalu tinggi.
Bagi aksesori terdapat kalung/rantai leher diberi nama pangiah diperbuat daripada manik-manik yang besar, dan ini menjadi salah satu identiti bagi perempuan etnik Bidayuh. Rantai manik diperbuat daripada manik seramik berkualiti tinggi dengan, dahulunya, gigi binatang liar sebagai loket. Ia berwarna-warni, boleh dijahit atau diikat sahaja menggunakan tali nilon dan dawai kecil.
Silapai, yakni selendang, dikaitkan di leher dan hujungnya haruslah sama rata ukurannya di kedua-dua belah kiri dan kanan. Tali pinggang logam, sot kupuang pilak, mempunyai kepala yang posisinya wajib berada di tengah-tengah pinggang pemakai. Anting-anting manik krabu atau klabu sebagai hiasan telinga.
Sumber Rujukan
Arifah A. Riyanto. (2003). Desain Busana. Bandung: Yapemdo.
Barnard, M. (2008). Fashion as Communication. Routledge.
Dahlia, N. (2020). Mari Kenali Sejarah Asal Usul dan Sub-etnik Bidayuh di Sarawak. SUKASUKA.TV. https://sukasuka.tv/index.php/2020/07/25/mari-kenali-sejarah-asal-usul-dan-sub-etnik-bidayuh-di-sarawak/
Robert Sulis Ridu, Ritikos Jitab, & Noeb, J. (2001). King Siliman and Other Bidayuh Folk Tales. Universiti Malaysia Sarawak, Dayak Studies.
Sarawak (Malaysia). (2012). Sarawak, a Pictorial Journey of Progress and Development. Jabatan Ketua Menteri.
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Encik Boniface Anak Babai
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93000, Kuching,
SARAWAK
019-2399682/082-422006
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!

Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000 Kuching Sarawak



