Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
BUSANA TRADISIONAL SUKU KIPUT, ETNIK ORANG ULU
Busana Tradisional
Gambar
1
Video
tiada
Pelawat Hari ini
14
Jumlah Pelawat
14
Pengenalan dan sejarah
Terma Orang Ulu diasaskan oleh Orang Ulu National Association (OUNA) bagi mengelaskan kumpulan suku yang terlalu banyak di sesuatu daerah. Suku Kiput atau Lakiput juga tergolong dalam etnik Orang Ulu dan antara suku minoriti di Sarawak. Mereka juga dikenali sebagai Lepo Pu’un yang bermaksud ‘suku atau bangsa awal’. Penempatan awal mereka kebanyakannya di sekitar pesisir Sungai Baram, serta di Kuala Tutoh dan Lubok Nibong, Miri.
Masyarakat suku Kiput mengamalkan animisme (pagan) sebelum kedatangan pengaruh agama-agama Kristian dan Islam. Sekitar tahun 1920-an, kebanyakan mereka menganut kedua-dua agama berkenaan. Yang beragama Kristian tinggal di rumah panjang, manakala yang beragama Islam menetap di kawasan perkampungan Melayu tradisional seperti di Kampung Benawa, Baram.
Busana Wanita:
Para wanita memakai tenunan songket sebagai busana utama dengan aksesori seperti berikut:
Pekah: Hiasan kepala.
Kelasang: Rantai.
Tali pinggang perak
Belao: Telinga panjang seperti anting-anting.
Gelang
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Encik Boniface Anak Babai
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93000, Kuching,
SARAWAK
019-2399682/082-422006
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!

Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000 Kuching Sarawak



