BUSANA TRADISIONAL SUKU KEDAYAN, ETNIK ORANG ULU

Busana Tradisional

Gambar

1

Video

tiada

Pelawat Hari ini

18

Jumlah Pelawat

18

Pengenalan dan sejarah

Suku Kedayan, juga dikenali sebagai Kadayan, Kadaian atau Kadyan, terdapat di seluruh Pulau Borneo. Di Sarawak suku ini adalah minoriti dan tertumpu di Daerah-Daerah Limbang, Lawas, Miri, Sibuti dan Bintulu. 

Nama Kedayan dipercayai berasal daripada bahasa pertuturan suku itu sendiri, ‘Kadang Kadayan’ bermaksud ‘pengikut kepada kerabat di raja’. 

Busana tradisional mereka diperbuat daripada kain bernama Kain Siabun berwarna putih, kelabu atau hitam.

Fungsi dan Peranan

Busana Wanita:

Pakaian lengkap bagi wanita ialah Baju Bersuja Berkubamban iaitu baju kurung daripada kain kapas berwarna hitam. Baju tersebut biasanya dilengkapi dengan kerongsang, manakala pada hujung lengan baju dipasang giring-giring, sejenis  loceng  yang diperbuat daripada tembaga ataupun perak yang mengeluarkan bunyi bila  ada pergerakan  tangan.  

Busana ini dapat dilihat pada hari keramaian tertentu sahaja seperti Acara Makan Tahunan masyarakat berkenaan.

Busana/ Aksesori

Busana Lelaki:

Busana mereka ialah Baju Butang Tipai atau Baju Melayu tanpa kolar, dengan warna hitam sebagai warna utama. Berikut adalah senarainya: 

  • Baju Butang Tipai: Baju berwarna hitam tanpa kolar dihiasi renda berwarna merah.

  • Seluar juga berwarna hitam dihiasi renda bewarna merah pada hujung kaki seluar.

  • Topi.


Busana Wanita:

Pakaian lengkap bagi wanita ialah Baju Bersuja Berkubamban iaitu baju kurung daripada kain kapas berwarna hitam. Baju tersebut biasanya dilengkapi dengan kerongsang, manakala pada hujung lengan baju dipasang giring-giring, sejenis  loceng  yang diperbuat daripada tembaga ataupun perak yang mengeluarkan bunyi bila  ada pergerakan  tangan.  

Kain dan jaket bewarna gelap dihiasi jalur kuning dan merah serta loceng-loceng. Rambut ditutupi dengan kain berwarna merah. 

Dalam majlis-majlis istimewa kaum wanita biasanya memakai kerongsang yang unik bentuknya. Kerongsang tersebut adalah sekeping atau beberapa keping syiling keemasan yang dipateri dan diletakkan pin di bahagian belakangnya. 

Keunikan perhiasan wanita Kedayan terletak pada butang dikenali sebagai kubamban. 

Busana wanita suku ini terdiri daripada:

  • Baju Bersuja Berkubamban

  • Kain Sarung

  • Penutup Kepala

Sumber Rujukan

Dilah Tuah, Remmy Gedat, Muhammad Jazlan Ahmad Khiri & Chong Shin (2020). Pengekalan dan Peralihan Bahasa Dalam Kalangan Generasi Muda Etnik Kedayan di Bekenu, Sarawak.

Normala Othman (2016). Sejarah dan Latar Belakang Masyarakat Kadayan. Al-Hikmah 8(2)

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
  • Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sarawak
  • Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000 Kuching Sarawak
  • +6082-422006
  • -
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Encik Boniface Anak Babai

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000, Kuching, SARAWAK

019-2399682/082-422006

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!