Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
BUSANA TRADISIONAL (NGEPAN) ETNIK IBAN BATANG RAJANG
Busana Tradisional
Gambar
1
Video
tiada
Pelawat Hari ini
18
Jumlah Pelawat
18
Pengenalan dan sejarah
Ketrampilan Ngepan Iban Batang Rajang adalah unik yang membezakannya dengan busana tradisi yang lain. Ngepan dianggap bermartabat kepada pemiliknya kerana nilainya tidak terhingga, terutama pada manik-manik kaca dan batu-batu permata separa bernilai yang dikumpul, menyebabkan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan busana tersebut.
Baju ujan ini dipercayai telah dipakai oleh etnik Iban yang tinggal di bahagian Katibas/Balleh dan Batang Ai/Leboyan sejak zaman Perang Dunia Kedua lagi. Ngepan ini cuma dipakai pada upacara-upacara tertentu sahaja dan juga masa perkahwinan.
Amnya, manik digunakan untuk membezakan ngepan Batang Rajang dengan ngepan dari daerah lain. Dipercayai Ngepan ini adalah yang awal sebelum dipengaruhi oleh perak ataupun tembaga hasil daripada pengaruh orang-orang Cina Selat ataupun tukang besi suku Maloh pada masa itu.
Baju ujan ini dipercayai telah dipakai oleh etnik Iban yang tinggal di bahagian Katibas/Balleh dan Batang Ai/Leboyan sejak zaman Perang Dunia Kedua lagi. Ngepan ini cuma dipakai pada upacara-upacara tertentu sahaja dan juga masa perkahwinan.
Busana Lelaki:
Busana ini dilengkapi dengan lavung iaitu topi yang dihiasi manik dan bulu kambing serta diletak bulu burung ruai atau tajai di bahagian belakang. Pada bahagian badan ialah baju kulit kambing atau harimau bintang, dipanggil gagung. Terdapat tenunan kain sirat di bahagian pinggang hingga ke bawah. Di bahagian belakang terdapat alas yang dipanggil tikai burit yang kosong atau dihiasi sulaman manik.
Aksesori-aksesori ialah kalung dipanggil leka marek, diperbuat daripada manik-manik kaca ataupun tulang dan taring haiwan. Di pergelangan kaki ialah sama ada resam diperbuat daripada serat tumbuh-tumbuhan, ataupun engkerimut diperbuat daripada gelungan perak atau tembaga. Perhiasan untuk lengan ialah simpai diperbuat daripada kulit siput atau perak.
Busana Wanita:
Hiasan di kepala yang dipanggil dujung manik membezakan busana ini dengan busana etnik Iban yang lain yang hiasan kepala mereka dipanggil sugu. Di dasar dujung manik terdapat bahagian yang dinamakan tempuga diperbuat daripada kayu. Tempuga ini dicucuk dengan batang-batang kayu yang dihiasi dengan benang kapas berwarna-warni dan manik-manik halus digantung di hujung, butang buri dan igi bemban/buah puru.
Terdapat dua jenis baju yang masing-masing dipanggil baju ujan dan baju marek. Manik-maniknya disusun secara simetri agar tidak berserabut. Baju ujan lebih panjang daripada baju marek dan lebih sesuai dipakai dengan kain sarung yang labuh. Baju marek lebih sesuai dipadankan dengan burai lumit dan kain buri kerana corak kain buri lebih jelas tampak pada baju marek.
Burai lumit terdiri daripada bahan-bahan manik kaca berwarna merah, biru, kuning, putih dan hijau, serta batu pelaga/akik yang dianyam. Di bahagian hujungnya dihiasi kulit siput/buri bersama hiasan manik corak ‘lion/tiger bells’ yang merujuk kepada ‘kekuatan’. Kain buri adalah kain tenun hitam yang disulam bermotifkan buah bunga pucuk rebung dan dihiasi dengan sejenis kulit kerang.
Saiz aksesori gerunong siong agak besar, kadang- kadang digunakan pada tali ujan (susunan hiasan manik) atau sebagai perhiasan di tangan seperti buah pauh.
Gelang kaki dipanggil tumpa bulu’k. Versi asal diperbuat daripada sejenis sap getah daripada pokok bulu. Versi kedua didapati daripada pedagang saudagar zaman penjajahan. Versi ketiga ialah gelang rangki diperbuat daripada siput laut, manakala gelang tumpa gading diperbuat daripada gading gajah
Tali ujan digantung di bahagian belakang dan gerunong di bahagian hujungnya. Manik-manik tali ujan terdiri daripada kaca, batu akik (carnelian) dan tulang keras. Tali ujan dibuat sama ada secara ditusuk untuk menghasilkan motif ataupun disusun secara menegak mengikut warna yang diingini. Di hujungnya diletakkan manik-manik bersaiz besar dan gerunong supaya mengeluarkan bunyi mengikut pergerakan si pemakai.
Gelang kaki iaitu giring diperbuat daripada tembaga. Di dalamnya terdapat butiran tembaga yang menghasilkan bunyi semasa dipakai. Gelang kaki (geruncong giring) ini mempunyai persamaan dengan yang dipakai oleh masyarakat Iban di Kalimantan, Indonesia, seperti Iban Sebaruk yang menamakannya sanggau, Iban Mualang (sekadau), Iban Desa (sintang), Iban Ketungau (sintang), Iban Kebahan (otdanum), serta memanggilnya gelang giring/gereng.
Aksesori tangu adalah manik-manik yang ditusuk baris demi baris dan dipakai sehingga ke bahagian dada. Manik besar yakni batu akik dan manik kaca yang lebih besar diletak di bahagian hadapan supaya tangu jadi berat dan kelihatan lebih menjuntai.
Busana Lelaki:
Aksesori-aksesori ialah kalung dipanggil leka marek, diperbuat daripada manik-manik kaca ataupun tulang dan taring haiwan. Di pergelangan kaki ialah sama ada resam diperbuat daripada serat tumbuh-tumbuhan, ataupun engkerimut diperbuat daripada gelungan perak atau tembaga. Perhiasan untuk lengan ialah simpai diperbuat daripada kulit siput atau perak.
Busana Wanita:
Hiasan di kepala yang dipanggil dujung manik membezakan busana ini dengan busana etnik Iban yang lain yang hiasan kepala mereka dipanggil sugu. Di dasar dujung manik terdapat bahagian yang dinamakan tempuga diperbuat daripada kayu. Tempuga ini dicucuk dengan batang-batang kayu yang dihiasi dengan benang kapas berwarna-warni dan manik-manik halus digantung di hujung, butang buri dan igi bemban/buah puru.
Burai lumit terdiri daripada bahan-bahan manik kaca berwarna merah, biru, kuning, putih dan hijau, serta batu pelaga/akik yang dianyam. Di bahagian hujungnya dihiasi kulit siput/buri bersama hiasan manik corak ‘lion/tiger bells’ yang merujuk kepada ‘kekuatan’. Kain buri adalah kain tenun hitam yang disulam bermotifkan buah bunga pucuk rebung dan dihiasi dengan sejenis kulit kerang.
Gelang kaki dipanggil tumpa bulu’k. Versi asal diperbuat daripada sejenis sap getah daripada pokok bulu. Versi kedua didapati daripada pedagang saudagar zaman penjajahan. Versi ketiga ialah gelang rangki diperbuat daripada siput laut, manakala gelang tumpa gading diperbuat daripada gading gajah
Gelang kaki iaitu giring diperbuat daripada tembaga. Di dalamnya terdapat butiran tembaga yang menghasilkan bunyi semasa dipakai. Gelang kaki (geruncong giring) ini mempunyai persamaan dengan yang dipakai oleh masyarakat Iban di Kalimantan, Indonesia, seperti Iban Sebaruk yang menamakannya sanggau, Iban Mualang (sekadau), Iban Desa (sintang), Iban Ketungau (sintang), Iban Kebahan (otdanum), serta memanggilnya gelang giring/gereng.
Aksesori tangu adalah manik-manik yang ditusuk baris demi baris dan dipakai sehingga ke bahagian dada. Manik besar yakni batu akik dan manik kaca yang lebih besar diletak di bahagian hadapan supaya tangu jadi berat dan kelihatan lebih menjuntai.
Sumber Rujukan
Munan, Heidi. (2022). Beads Borneo by Heidi Munan - AbeBooks. Abebooks.com. https://www.abebooks.com/book-search/title/beads-borneo/author/heidi-munan/
Kaitan Manik – Bead Links (Megimbas Manik Borneo), Galeri Petronas, 2001
Crafts and The Visual Arts, Datuk Syed Ahmad Jamal, 2007
Galeri Tun Jugah, Katalog Tun Jugah, Yayasan Tun Jugah.
Ngepan Asal Iban, Jimbun Tawai, Majlis Adat Istiadat Sarawak, Yayasan Kebudayaan Dayak, 2013
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Encik Boniface Anak Babai
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93000, Kuching,
SARAWAK
019-2399682/082-422006
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!

Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000 Kuching Sarawak




