BUSANA TRADISIONAL SUKU KELABIT, ETNIK ORANG ULU

Busana Tradisional

Gambar

1

Video

tiada

Pelawat Hari ini

14

Jumlah Pelawat

14

Pengenalan dan sejarah

Suku Kelabit adalah kumpulan orang asal yang menetap di tanah tinggi Sarawak dan Kalimantan Utara, Indonesia. Suku ini mempunyai hubungan rapat dengan suku Lun Bawang kerana mereka berasal dari kawasan pergunungan di Sarawak. Kelabit adalah salah satu istilah Bahasa Melayu yang telah wujud sejak zaman pemerintahan Rajah James Brooke di Sarawak. 

Menurut tradisi, suku ini memiliki cuping telinga yang panjang dan ini adalah simbol kecantikan wanita mereka yang diamalkan sejak turun temurun.  Lelaki Kelabit juga turut memiliki cuping telinga yang panjang.

Busana/ Aksesori

Busana Lelaki:

Busana lelaki Kelabit adalah ringkas dihiasi dengan pelbagai jenis manik yang indah dan mempunyai ukiran atau corak tersendiri. Mereka memakai cawat yang dikenali sebagai ‘paar. Terdapat juga baju yang diperbuat daripada kulit kayu. Mereka memakai topi dan jaket diperbuat daripada manik untuk perayaan.


Busana Wanita:

Bagi mempercepatkan cuping telinga meregang dan memanjang, wanita Kelabit memakai aksesori berupa tembaga kuning keemasan dan merah pudar pada cuping telinga sejak bayi lagi. Panjang cuping telinga haruslah 20 sentimeter atau setakat pangkal dada. Peredaran zaman menyebabkan berkurangnya pemilikan cuping telinga panjang kerana dikatakan tradisi sebegini adalah ketinggalan zaman. 

Busana kaum wanita dihiasi manik-manik pelbagai bentuk  dengan corak alam di atas kain berwarna hitam. Busana mereka terdiri daripada: 

  • Kain hitam: Sebagai simbol atau lambang kuasa pada busana.

  • Bao Rawir: Topi manik legap dan berwarna oren sepanjang 15-25 sentimeter.

  • Bao Alai: Diperbuat daripada kaca Venetian, berbentuk bujur dan berwarna kuning.

  • Bao Bata Madi dan Bata Agan: Tali pinggang.

Sumber Rujukan

Blanchet-Cohen, N., & Urud, M. (2017). Tana’ Bawang (homeland): Cultural Safety and the Kelabit Land Struggle in Borneo. AlterNative: An International Journal of Indigenous Peoples, 13(3), 170–178. https://doi.org/10.1177/1177180117714409

Collin Duncan (2015, May 19). Anak Dayak Sebuyau Lundu: Etnik Kelabit. Anak Dayak Sebuyau Lundu. http://anakdayaksebuyau.blogspot.com/2015/05/etnik-kelabit.html?m=1

JKKN Pemetaan Budaya | ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM ORANG ULU: SUKU KELABIT: ADAT MENYAMBUT TETAMU ATAU PAHLAWAN. (n.d.). Pemetaanbudaya.my. Retrieved October 26, 2021, from https://pemetaanbudaya.my/culture/dis/321

jplmadmin. (n.d.). Jurnal Linguistik Vol. 24 (1) Jun 2020 | Jurnal Linguistik. Retrieved October 26, 2021, from https://jurnal.plm.org.my/?p=324

Mujib, A. (2009). HUBUNGAN BAHASA DAN KEBUDAYAAN (Perspektif Sosiolinguistik) Adabiyyāt: Jurnal Bahasa Dan Sastra, 8(1), 141. https://doi.org/10.14421/ajbs.2009.08107

Shze Hwa Lee. (2016, July 8). Hubungan Etnik-Final. https://www.slideshare.net/shzehwa/hubungan-etnikfinal

Asmah Hj. Omar. (1983). The Malay Peoples of Malaysia and Their Languages. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amster, Matthew H. (1999). “Tradition”, Ethnicity and Change: Kelabit Practices of Name Changing. Jurnal Muzium Sarawak, 75 (12), 183-200.

Poline Bala. (2016). Masyarakat Kelabit: Tradisi dan Perubahan Sosial. Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad, Ampang, Selangor.

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
  • Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sarawak
  • Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000 Kuching Sarawak
  • +6082-422006
  • -
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Encik Boniface Anak Babai

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000, Kuching, SARAWAK

019-2399682/082-422006

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!