Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
BUSANA TRADISIONAL SUKU LUN BAWANG, ETNIK ORANG ULU
Busana Tradisional
Gambar
1
Video
tiada
Pelawat Hari ini
14
Jumlah Pelawat
14
Pengenalan dan sejarah
Lun Bawang adalah suku daripada etnik Orang Ulu yang majoritinya bermastautin di Bahagian Limbang, terutama di Daerah Lawas. Dipercayai juga bahawa ada beberapa kelompok besar telah tinggal di kawasan Hulu Trusan dan Sungai Kelalan berkurun-kurun lamanya.
Kisah Lun Bawang bermula daripada kisah Labu’ Danur, ketua masyarakat Lun Bawang yang menguasai Hulu Sungai Trusan, dan pengikut-pengikutnya. Penguasaan dan keturunan serta pengikut-pengikut Labu’ Danur berakhir dengan tibanya Lun Kemaloh (‘Orang Kemaloh’) dari kawasan tinggi Kepulauan Borneo, yang suka berperang. Kedatangan Lun Kemaloh menyebabkan ramai orang Labu’ Danur berpindah ke kawasan Sungai Lawas dan ke Temburong (jajahan negara Brunei Darusalam).
Kebiasaannya, komuniti Lun Bawang menamakan perkampungan mereka daripada sungai yang berhampiran. Maksud Lun Bawang adalah ‘orang tempatan’. ‘Lun’ bererti ‘orang’ manakala ‘Bawang’ bermaksud ‘tempatan’.
Dahulunya, suku ini mempunyai sistem kasta. Bagi golongan bangsawan, penggunaan tembaga yang lebih banyak pada perhiasan mereka serta aksesori manik turut membezakan tahap kasta masyarakat ini.
Busana Lelaki:
Busana lelaki dipakai lengkap untuk majlis-majlis keramaian dan perkahwinan. Terdapat juga perhiasan manik.
Busana Lelaki:
Terdapat juga perhiasan manik.
Baju diperbuat daripada kulit kayu tulun.
Sigar: Menutup sebahagian kepala yang memperlihatkan sifat kepahlawan.
Abpar: Cawat.
Pelepet: Dipakai di pinggang ketika berperang pada zaman dahulu.
Bane: Dihasilkan daripada gigi binatang dipakai di leher.
Kubil Pung: Jaket.
Gileng, pakel kukud, pakel peti dan eput.
Busana Wanita:
Terdapat dua persepsi tentang busana wanita suku ini. Pertama, busana yang berwarna hitam adalah untuk golongan wanita yang telah berkahwin, manakala busana yang berwarna putih adalah untuk golongan kanak-kanak, remaja dan wanita yang belum berkahwin.
Kedua, busana berwarna hitam adalah untuk mereka yang menetap di kawasan Sarawak seperti di Lawas, Merapok, Trusan, bahagian pedalaman seperti Ba’ Kelalan dan Longapan yang berada di atas bukit, manakala baju putih bagi suku Lun Dayeh di Sabah.
Aksesori manik dan tembaga membezakan kasta dalam kalangan masyarakat Lun Bawang.
Pata Baw: Dipakai di kepala, diperbuat daripada manik. Semakin tinggi kasta seseorang semakin banyak baris manik menutupi kepala.
Bane Bau: Dipakai di bahagian leher, diperbuat daripada dua jenis manik iaitu bane bau tulang dan bane bau alai.
Beret Baw: Tali pinggang manik.
Beret Ringgit: Berbentuk seperti duit syiling, dipakai di pinggang.
Selapit Perak: Dipakai di pinggang di antara Beret Baw dan Beret Ringgit.
Asalnya, busana suku ini diperbuat daripada kulit kayu pokok talun, diketuk sehingga menjadi helaian yang nipis dan selesa dipakai. Antara pakaian dihasilkan ialah cawat, jaket dan pakaian wanita.
Suku ini juga menggunakan serat-serat daun pisang dan daun nanas untuk dijadikan kain. Serat-serat ini direndam dan dijemur lalu diproses menjadi benang, kemudian ditenun menjadi kain berwarna hitam atau warna yang agak gelap. Kedatangan saudagar dari China dan India yang membawa kain mengubah cara pemakaian suku ini.
Sumber Rujukan
Bantong Bin Antaran, Awang, Sadiah Binti Haji Awang Ghafar, Dayang, & Brunei. Department of Museums. (2018). Penyelidikan Budaya, Warisan dan Sejarah. Department of Museums, Ministry of Culture, Youth and Sports.
Long Tanid. (2008, September 5). Lun Bawang. LONG TANID. https://nubalaya.blogspot.com/2008/09/suku-kaum-lun-bawang-berasal-dan.html
Meechang Tuie. (1995). Masyarakat Lun Bawang Sarawak Suatu Pengenalan. Kuching: Desktop Publishing Sdn. Bhd
Mohd Azurin Othman: Koleksi Manik Puak Lun Bawang. (2013). Mohd Azurin Othman. https://nicitoden.blogspot.com/2013/12/koleksi-manik-puak-lun-bawang.html
Nama Pakaian Tradisional Lun Bawang. (n.d.). Baju Adat Tradisional. Retrieved October 27, 2021, from https://bajuadatradisional.blogspot.com/2020/08/nama-pakaian-tradisional-lun-bawang.html
Statistik Penduduk – Sarawak Malay Culture Foundation. (n.d.). Retrieved October 28,
2021, from https://melayusarawak.org.my/statistik-penduduk/
STRUKTUR SOSIAL MASYARAKAT LUN DAYEH/LUN BAWANG. (2015, December 4). Folks of Dayak. https://folksofdayak.wordpress.com/2015/12/04/struktur-sosial-masyarakat-lun-dayeh-lun-bawang/
Ipoi Datan. (1989). A Brief Ethnography of The Lun Bawang of Sarawak. Sarawak Museum.
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Encik Boniface Anak Babai
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93000, Kuching,
SARAWAK
019-2399682/082-422006
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!

Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000 Kuching Sarawak




