Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
SINIPAKAN
Busana Tradisional
Gambar
1
Video
tiada
Pelawat Hari ini
2
Jumlah Pelawat
62
Pengenalan dan sejarah
Suku Dusun Tobilung terdapat di Daerah-Daerah Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat. Pakaian tradisi lelaki mereka ialah Sinipakan yang dihiasi Tombuku, butang putih diperbuat daripada kulit siput yang diasah sehingga leper, melambangkan keakraban dan kepahlawanan si pemakai.
Seluar dipanggil Nompiran diperbuat daripada kain hitam dihiasi kain merah. Di bahagian pinggang terdapat Sinabala sebagai pengikat pinggang yang kebiasaannya mempunyai jalur warna. Sigar dipakai di kepala, dilipat mengikut teknik Tolu Podong.
Hiasan pakaian ini ialah Langkit yakni hasil tenunan suku ini sejak dulu. Teknik menghasilkannya dipanggil ‘simpul kait benang’ secara selang seli. Kebiasannya penghasilan Langkit dilakukan oleh kaum wanita menggunakan jarum dan benang kapas pelbagai warna. Pemilihan warna benang adalah berdasarkan motif dan corak yang berunsurkan binatang, bentuk dan tumbuh-tumbuhan.
Jenis-jenis Langkit Tobilung adalah Langkit Kinulampung, Langkit Ginuntiyow, Langkit Kinilong, Langkit Sumbit Walu, dan Langkit Sinusuk Rabung.
Terdapat juga hiasan Sulat yakni sulaman tangan dibuat mengikut motif dan corak. Ia biasanya menggunakan benang kapas pelbagai warna. Motif dan corak Sulat berunsurkan tumbuh-tumbuhan, binatang dan bentuk. Berikut adalah jenis-jenis Sulat tersebut:
Kinarawing Masapou
Binakud
Kinirilong
Sinayat-sayat
Kinorumbatang
Sinumpak Lubah
Sinubung
Nampatod
Pinisugut
Pinalad Bonong
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Puan Nurshahrinna Syahrial
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah
Kompleks JKKN Sabah,
Jalan Tasik off KM4 Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu
SABAH
088-205070
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah, Kompleks JKKN Sabah, Jalan Tasik Off KM 4 Jalan Penampang, 88200 Kota Kinabalu Sabah.

